Seperti pada hari semalam, keseluruhan bursa saham dunia Asia Timur terus mengekalkan momentumnya. Indeks Nikkei, Hun Seng semua malatop. Kira dalam sejarah dunia harga saham naik tinggi di minggu pertama tahun baru.
Manakala dipihak lain pula, harga emas dunia terus merudum. Mengheret sama harga emas domestik dengan berkata "i follow u" lah. Pendita pula menyambutnya dengan kata-kata "i like u" dan anda pula kata baguslah gitu.
Maka, siapa yang untung? Pembeli yang mempunyai kuasa wang. Dari mana datangnya wang tu? Tentu dari diveden simpanan ASB 2010, pajakan emas yang tidak digunakan atau simpanan gaji yang tidak terguna. Senang cerita wang tunai yang ada boleh digunakan untuk menambah pelaburan emas fizikal. Cara ini Pendita sangat sokong.
Manakala Pendita pula, menggunakan stok tunai dari wang pajak gadai yang tidak digunakan. Dan pada hari ini baru sebentar tadi pada jam 4.00 petang, Pendita memajak dua rantai tangan 999 100g keluaran GCP dengan harga emas 999 (RM158/gram).
Alhamdulillah dapat wang pajak 70% dari pajakan yang dibuat, dapat juga Pendita mengeluarkan emas Public Gold dan lebihannya digunakan untuk membeli rantai tangan baru GCP yang berada pada harga rendah (harga dealer) hari ini sekitar RM144.
Info terkini , bermula hari ini, kebanyakan pengeluar emas yang mantop cuba mempromosi emas masing-masing. Memainkan emosi pengguna dengan keruntuhan harga emas. Antara kenyataan mereka seperti berikut:
Poh Kong " Harga emas akan mengekalkan memontumnya pada tahun ini dengan peningkatan harga emas dari USD1400 kepada USD1500/oz troy. (Berita Era jam 7.00 pagi tadi)
Habib Jewel " Harga emas akan menokok daripada RM4400.00(harga semasa kijang emas BNM) akan naik kepada harga RM6400.00/oz. Malah Habib juga sudah mengeluarkan barang kemas berpaternkan design yang baru.
Beberapa syarikat lain pula rasanya merasa panik, mungkin esok akan mengadakan mesyuarat tergempar cuba menangani kemelut harga yang merudum ketika ini. So sudah pasti tambatan harga emas akan dilakukan untuk tidak membaham harga kos. Hal ini Pendita faham dan sokong.
Harga emas Public Gold (segram)
Seperti pada posting yang lalu, harga emas 20g Public gold menjadi instrumen pilihan Pendita untuk menjejak harga emas semasa. Nah lihat harga emas terkini untuk 20gram pada harga RM3094.00 (6.40 petang ), ini bermakna harga emas segram ialah RM154.70 dan akan berubah setiap 20 minit. Jika bernasib baik harga emas akan jatuh lagi dan dalam satu tempoh berikutnya akan diperbaiki dengan satu harga yang tinggi sedikit sebelum penutupan harga mingguan jam 5.00 pagi Sabtu.
Kekuatan harga
1. Berubah-ubah setiap 20 minit
2. Boleh ditempah 24 jam menggunakan sms atau online 7 hari seminggu.
3. Jika mahu mencairkan, Agrobank menerima emas ini sebagai emas 24K.
4. Spread yang kecil 6%-7% untuk belian balik.
5. Sesuai disimpan lama untuk mendapatkan untung maksima. Maaf cakap, Pendita menyimpan semua stok emas di arrahnu Agrobank, Arrahnu Exchange Bank Rakyat dan KPMJ.
Kelemahan
Rahsia Pendita.
KESIMPULAN:
EMAS JONGKONG PUBLIC GOLD TETAP JADI PILIHAN PENDITA
Harga emas CGP (segram)
Salah satu prospek pilihan pelaburan emas Pendita ialah emas keluaran GCP. Menduduki carta pilihan pertama Pendita untuk pilihan harga emas yang mantap.
Kekuatan Emas GCP.
1. Emas GCP dijual dalam harga yang berlainan.
a. Harga Dealer (spread 8% dari harga pasaran). Mahu lihat ingat dealer : Yatiman bin kamsidin AD1243 klik sini
b. Harga pelanggan
Emas | Kami Jual | Kami Beli |
Dinar 999.9 | RM: 675/pc | RM: 574/pc |
Rantai Tangan 999 | RM: 157.22/g | RM: 133.64/g |
PAMP SUISSE 5g | RM: 840/pc | RM: 714/pc |
PAMP SUISSE 10g | RM: 1,595/pc | RM: 1,404/pc |
PAMP SUISSE 20g | RM: 3,085/pc | RM: 2,715/pc |
PAMP SUISSE 50g | RM: 7,713/pc | RM: 6,787/pc |
PAMP SUISSE 100g | RM: 15,079/pc | RM: 13,496/pc |
PAMP SUISSE 500g | RM: 75,103/pc | RM: 67,217/pc |
PAMP SUISSE 1kg | RM: 150,206/pc | RM: 134,434/pc |
2. Sesiapa sahaja yang menjadi dealer GCP akan berubah menjadi tokey emas sebenar.
Beli harga dealer yang ditetapkan , jual harga pelanggan yang dicadangkan. Ini bermakna dealer GCP yang berhajat mahu menjual emas GCP sudah membawa sekali keuntungan 8% dari harga pelanggan dalam lingkungan RM12 hingga RM13 sebelum bertemu pelanggan lagi.
Dalam perjalanan otak sentiasa mencongak , berapa nak bagi harga minah lawa nie ya, berapa harga nak bagi pada mak datin ni ya. Ini bermakna dealer sudah mempunyai sejumlah harga emas untuk dibuat tawaran kepada pelanggan.
Testimoni 1: Pelanggan was-was dengan kualiti rantai tangan 999 20.70g GCP yang dibeli
Jualan rantai tangan GCP, Salah seorang ustazah yang ragu-ragu membeli emas GCP telah membuat survey di kedai emas sekitar Angsana dan Bandar Baru Uda.
keputusannya harga emas yang Pendita jual lebih murah daripada harga kedai emas (seingat Pendita harga emas dealer RM146.00, pendita tolak RM159/g walaupun harga pasaran ketika itu RM162.00).
Kesimpulannya Pendita jadi tokey emas, boleh dijual harga murah sedikit dan membantu insan yang mahukan emas yang Pendita jual.
Keadaan inilah yang Pendita nyatakan pada posting yang lepas, keluar dari akaun modal RM146/g, masuk semula RM159/g dalam akaun. Untung pendita (RM13.00 setiap gram).
3. Spread harga tinggi tapi lebih rendah dari kedai emas
Mahal dan merugikan kerana spread 12% hingga 17%.
Takut ke Pendita dengan kata-kata momoka begitu. Lu nak rugi apa bro. Lu ada minda yang mantop. Lu fikirlah wa sudah sediakan harga yang mantop iaitu harga dealer dan harga pelanggan.
Makanya jika anda mengatakan harga spread GCP melebihi 12%, belilah mengikut harga dealer, pilih emas yang paling mudah untuk dijual. Itupun lebih rendah jika dibandingkan dengan buy back oleh kedai-kedai emas.
Senang kata nak beli emas GCP atau tidak itu pilihan anda. Tugas Pendita share apa yang telah Pendita lakukan ke atas milik Pendita.
Testimoni 2: Uji harga rantai tangan emas 999 50.60g (RM146.00/g) mengalami penyusutan
Pada hari selasa 4/1/2011 Pendita telah menjaja rantai emas bernilai RM7387.00 yang baru keluar dari arrahnu yang memberi pinjaman atas nilai harga 24K. Sampai ke kedai Cina, Pendita suruh tauke Cina nilai. Lihat harga penilaian mereka pertama meminta RM5000.00(32.31%) bila digertak naik lagi RM6000.00(24.87) dan itu adalah harga mati. Yang kelakar tauke tu tanya berulang kali tentang harga belian Pendita. Pendita ziplah mulut. Lawakkan, takkan penjual nak beritahu harga belian.
4. Rantai emas 999 GCP mendapat nilai pajakan emas 999(24K). KPMJ telah menerima pajakan emas GCP Pendita dengan purity 24K pada 7/1/2011. Kira mendapat harga pajakan tertinggi hari ini di arrahnu mereka emas 999 (24K) RM158/g.
5. Single Price. Jual pada customer tiada penambahan upah tukang. Ini bermakna tiada manipulasi harga kerana Pendita menggunakan single price. Kalau ke kedai emas anda akan membayar dua harga untuk emas yang anda beli seperti berikut:
Jika harga tinggi, tauke emas akan memberi cas upah tukang yang kecil. Bila harga emas rendah, upah tukang akan dinaikkan.
KESIMPULAN :
RANTAI TANGAN DAN DINAR 999 PILIHAN PENDITA
Penafian : Penilaian ini adalah penilaian peribadi Pendita. Tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Nak selamat dalam pelaburan emas buatlah kajian peribadi. Diakui memang banyak harga emas di pasaran masa kini. Pendita ikut cara Pendita, Anda pilih cara anda.
No comments:
Post a Comment