Alhamdulillah Pendita Emas telah berada di Kuala Dungun menginap di lokasi seminar yang akan Pendita sampaikan talk bertajuk" Membongkar Rahsia Pelaburan Emas".
Banyaknya Kedai Ar-Rahnu Di Terengganu
Dalam kepekatan pagi, mata Pendita melilau melihat kanan dan kiri jalan sepanjang Chukai hinggalah destinasi dituju Kuala Dungun melihat logo bank Arrahnu seperti Agrobank ataupun Bank Rakyat Exchange. Tetapi nama arrahnu berikut ditemui.
Rakaman nama kedai Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN, The Royal Mint Exchange bersetentangan dengan kedai Tenaga Nasional di Kuala Dungun.
Ini bermakna jika rakyat Terengganu pandai memanipulasi wujudnya kedai arrahnu yang pelbagai seperti Arrahnu Agrobank, Bank Rakyat Exchange dan pelbagai nama arrahnu, insyallah pegagangan gram emas anda akan bertambah dan membukit. Segalanya bergantung kepada kekuatan kewangan masing-masing.
Perjalanan Mudah Ke Destinasi
Perjalanan sangat mudah, tuntas dan pantas bertolak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi, jam 6.00 pagi dah tiba dilokasi. Sejak Pendita mengaji di Institusi Perguruan Kota Bharu (dulu Maktab Perguruan Kota Bharu) pada tahun 1991/1993, diikuti dengan Ekspedisi Tasik Kenyir 2005 bersama-sama student Universiti Malaya, baru kini Pendita dapat ke sini dengan harapan dapat mendidik penduduk di sini mengenai kelebihan memiliki emas. Wow, betul-betul terkezut (pinjam kata-kata Hj Aznil) banyak berubah dari segi pembangunan pekan dan kotanya.
Harga Penginapan Hotel Murah
Wow, murahnya bayaran hotel penginapan dan chalet di Terengganu. Tempat Pendita menginap harganya RM135.00/malam dengan kemudahan 1 katil besar + 1 katil kanak-kanak dengan ruang bilik yang luas. Kalau di Johor bilik begini sudah tentu melebihi RM500.00 semalam
Terima kasih Program Pelaburan Emas dan Pn Hazrina bt Ab Rasib
Apa-apapun terima kasih dengan program Pelaburan Emas, tak terfikir pulak dapat pusing satu Malaysia. Terima kasih juga kepada Pn Hazrina bt Ab Rasib, Rangkaian Pendita Emas atas undangan beliau, walaupun terlalu sibuk dengan bisness e-cosway dapat juga ia membantu melebarkan sayap Pendita Emas. Sambil buat talk percuma, dapat juga berjalan-jalan di negeri orang yang memang sudah berubah.
Berminat untuk Talk Pendita tentang " Pembongkaran Rahsia Pelaburan Emas" jom ke Hotel IPM, Kuala Dungun, Depan Public Bank, pada 15/1/2011 jam 9.00 malam, Pendaftaran adalah percuma. Insyallah kemuskilan anda akan dapat dirungkai bersama-sama.
No comments:
Post a Comment