Saturday, January 1, 2011

SEDIAKAN STOK EMAS SEBANYAK MUNGKIN. HARGA EMAS MELUWAP PADA BULAN JANUARI 2011 HINGGA AWAL MAC 2011 USD1600/0Z

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

salam dan selamat tahun baru 2011,

Moga anda semua berada di dalam peliharaan Allah. Sihat sejahtera buat sepanjang tahun seterusnya dapat mengunjungi blog Pendita dengan dada yang lapang, hati dan minda yang terbuka.



Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya tepat jam 12.00 malam tadi menyaksikan keluk sasaran harga yang dilakarkan menjadi kenyataan dengan terdapat penambahan harga bagi setiap point lakaran harga meningkat 0.61%. Ini bersandarkan harga harapan Pendita ditutup pada USD1413 dilepasi dengan harga terbaru USD1421.60. Harga emas yang sungguh mengujakan.

Bermula 1 Januari 2011, sebagai satu panduan kenaikan harga emas sepanjang tahun 2011, data dan maklumat di bawah menjadi asas Pendita membuat analisa dan penilaian harga emas pada masa akan datang.



Tahniah kepada pelabur emas di Dungun, tanggal 15 Januari 2011 anda merupakan pelabur pertama yang mengikuti seminar pelaburan emas versi yang baru dikendalikan Pendita Emas. nantikan Pendita di sana.

Bertepatan dengan kenaikan harga emas semasa seperti yang Pendita katakan akan berlaku selepas 25 Disember 2010. Momentum ini akan berterusan selama 2 bulan setengah dari sekarang.

Harapan harga dari Pendita pada minggu pertama Tahun 2011 (3 hingga 7) Januari ialah:

Harga emas dunia = meningkat 2.75% melepasi USD1460.00/oz
Harga emas Malaysia =melepasi RM163.00
Harga 20 gram =RM3260.00
Harga 1 dinar=RM703.00

No comments: