Monday, January 10, 2011

16 JENIS (TYPO) PELABUR EMAS DALAM PANDANGAN PENDITA


DOKUMEN DEALER RANGKAIAN PENDITA YANG MEMBUAT PENDAFTARAN UNTUK DUA SYARIKAT PELABURAN EMAS FIZIKAL GCP(MAYBANK2U SLIP RM600.00) PUBLIC GOLD (BANK IN SLIP RM 21,917.00)

Salam,

Alhamdulillah, beberapa pelabur baru nampaknya telah melihat kelebihan dalam potfolio pelaburan emas. Bukan satu tapi spot kedua-duanya sekali. Ini menunjukkan pelabur dalam rangkaian Pendita Emas tidak mahu menoleh ke belakang untuk merebut peluang yang terhidang di depan mata. Bukan tamak tapi peluang.

Ironinya, pendaftaran sebagai dealer berganda ini membolehkan mereka membuat spot harga yang menurun ketika ini. Yang sang suami akan berpuashati dengan jongkong emas dan dinar emas manakala sang isteri juga akan berpuashati dengan rantai emas. Ini akan mengelakkan suami isteri bertegang urat atau merasa terpinggir dalam bis ini.

Jika menceritakan keuntungan, jangan ambil peduli ketika ini kerana pelaburan ini memerlukan masa yang panjang. Jika mahu kerugian maksima, jual sekarang tetapi jika mahu keuntungan melambung simpanlah sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun.

Menyentuh tentang gelagat pelabur dalam pelaburan emas. Pendita senaraikan 16 jenis pelabur yang telah Pendita temui daripada 21 jenis. Ia dipengaruhi oleh psikologi diri dan persekitaran. Senang kata mana yang paling kuat.

Jika psikologi diri yang kuat, anda bakal mendapat dealer yang mantap, bermotivasi dan berkeyakinan diri. Jika persekitaran yang kuat, dealer yang anda dapat kurang bermotivasi dan perlu mendapat perhatian setiap masa dari upline.

Bergantung juga samada pelabur kita seorang introvert atau ekstrovert. Jom kongsi bersama typo pelabur emas yang telah Pendita temui seperti berikut;

1. Mengikut rakan. Pelabur jenis ini paling ramai Pendita temui. Tindakan mereka hanya suka melihat perkembangan pelaburan dari jauh. Mereka hanya suka menguji dengan membeli sekurang-kurangnya seketul emas. Jika rakan beli, dia akan beli. Jika rakan keluar diapun keluar. Jenis pelabur ini tiada kesetiaan. Sampai satu peringkat mereka akan menjual emas yang dimilikinya juga dengan harga yang lebih rendah dari harga buyback. Dah terlepas baru mengeluh alamak aku terjual dengan harga lebih rendah dari harga yang aku beli.

2. Hanya memikirkan keuntungan setiap masa . Dengar cerita sedikit tentang keuntungan pelaburan walaupun dari mulut orang yang belum joint pelaburan emas, tanpa usul periksa terus masuk. Nasib baik Pendita bis pelaburan emas yang elegal. Kalau scam kaya pendita. Pada mereka By Hook By Crook cerita mahu untung walaupun hanya 1 sen sahaja tidak mahu tercicir. Lagi kelakar sembang mereka lebih jauh, bukan bertanya macam mana kita boleh untung, tetapi apa untung syarikat, untung bank arrahnu dan untung kedai pajak

Biasa orang begini tiada kesabaran. Maka berlaku kejatuhan harga emas, hati mereka sudah mula goyang maka berlakulah penjualan panik. Apa lagi yang ini kegemaran Pendita, Pendita belilah dengan harga buyback. No compromi. Orang macam ini hanya menjengah sekali seumur hidup. Tetapi menariknya telahan Pendita meleset mereka akan mencari Pendita semula untuk melabur kembali.

3. Pelabur berhati-hati. Jenis pelabur ini sangat menarik. Ciri-cirinya mereka akan sentiasa membuat analisa pelaburan yang ingin disertainya. Mereka memerlukan masa yang panjang. Mungkin setahun atau lebih. Setelah mereka pasti pelaburan ini selamat baru mereka menceburi pelaburan emas yang sedia ada. Jenis pelabur ini jika sudah masuk dia tidak akan keluar dan tidak akan memilih pelaburan yang lain walaupun pelaburannya jenis yang sama. Jika pelabur ini joint dengan rangkaian kita insyallah pelabur ini akanmeningkatkan sale kita.

4. Merasa pelaburan itu adalah yang paling menarik. Berhati-hati dengan pelabur ini. Mereka akan mudah terpedaya dengan cerita-cerita yang kita sampaikan tentang keindahan pelaburan emas yang kita kendalikan. Apa sahaja kita sogok mereka tanpa memikir panjang akan terus menerima cadangan kita. Masuk terus beratus-ratus ribu. Mereka akan merasa megah. Tetapi sampai suatu peringkat mereka akan menjadi duri dalam daging. Banyak isu akan ditimbulkan jika tidak mendapat bimbingan dari upline terutama bila harga emas turun terus-terusan.

5. Berminat tambah stok emas sahaja. Pelabur ini paling menarik. Ajar sekali pandai 1000 kali dari upline. Tunjuk sekali cara, pelbagai cara memanipulasi emas dikembangkan sendiri melalui teknik try n error. Pantang ada peluang mencairkan emas pada harga tinggi dia mencuba. Pantang ada harga emas yang murah dia follow. Senang kata dia tidak fikirkan wang semasa tetapi memikirkan aset emas semasa. Jika anda mendapat pelabur begini anda akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda darinya. Kenapa? anda akan mendapati sale individu melampaui sale terkumpul kumpulannya. Jangan terkejut jika pelabur ini lebih maju dari tauke syarikat emas yang menjadi naungannya. Jika ada kesempatan, pelabur begini yang akan menerajui syarikat naungannya jika ada pewujudan saham syarikat. Senang cerita wawasanya jauh ke depan bukan satu tapak tapi sepuluh tapak.

6. Pelabur berlagak kaya. Pelabur ini sentiasa Pendita temui. Masuk rumah mereka, belum duduk lagi terus sergah Pendita, "berapa emas kau ada sekarang?" Satu pertanyaan yang melucukan tetapi kita kena buktikan . maka Pendita jawab,"Berapa wang tunai yang tuan ada dalam poket tuan sekarang? 20k, 30k baru Pendita tunjuk". Pelabur jenis ini jika kita boleh buktikan segera jam tu juga terus jadi dealer. Bertepatan pulak masa tu Pendita bawa emas 20g sebanyak 9pc berharga RM2950/pc dan dalam beg duit ada seketul lagi. Maka mereka kira dengan mata terbeliak. Malam tu terus jadi dealer dan belajar merempit.

Lagi haru, anda akan jumpa cust begini "Pendita, macam mana ya kalau saya ada 3 kilo pamp suisse, adakah company mahu terima jualan emas saya?. Saya berminat mahu joint bawah anda". Bila kita buat janji temu dilokasi ditetapkan, batang hidung tak nampak. Yang geram kita dari JB menuju ke lokasi alamat dia melepasi 2 3 buah negeri. So apa yang dia mahukan dari kita, orang ini setakat mahu mendapatkan info-info hal pelaburan untuk kepentingan mereka. Senang cerita pelabur ini syok sendiri.

7. Tak berwang tetapi terlalu minat mahu melabur
. Pelabur ini kita kena berhati-hati. Mula-mula macam kata orang tua-tua"lalu depan kita, pijak semut tak mati". Emas diberi kita suruh pajak buat modal, dia kata tidak berani. Maka kita bantulah melalui pelbagai kaedah, dapat sale kita beri 1.5% komisen, pinjamkan wang, pinjamkan emas, sale runcit orang lain boh nama mamat nie, pusing nama akaun orang lain untuk membantu mereka. Dalam hal ini jangan anda lakukan. Anda akan merana nanti. Kalau pinjamkan emas, kita minta balik tak pulang, dia akan bayar ansur-ansur. Kita minta baru dia bayar. Time nielah angin kita penuh satu badan.

8. Pelabur yang suka mengenakan orang lain. Jenis pelabur ini sangat bahaya. Kita tak kenalpun pelabur ini tiba-tiba mahu minta lockkan harga emas semasa. Bab ini pelabur telah terkena sebanyak 5 kali membuat empahan emas untuk mereka. Nasib baik Pendita nie cerdik dari mereka. Konon nak jatuhkan bis Pendita dengan hutang yang mereka buat. Pendita jadikan tempahan emas secara EPP. Sampai tempoh apa lagi ku lelonglah bila harga naik. Siapa untung, company, Pendita dan dealer yang membeli.

9. Pelabur murah hati. Pelabur jenis ini akan melihat populariti anda untuk dijadikan orang rujukan. Tanpa usul periksa mereka terus masukkan wang dalam akaun anda baru buat tempahan. Mereka merupakan pelabur sejati anda yang sentiasa membeli emas di bawah akaun anda. Suruh jadi dealer personal tak mau. Maka kita berilah 1% komisen untuk diri dia.

10. Bertangguh-tangguh. Pelabur ini paling pelik Pendita jumpa. Harga emas RM40.00/g dikatakan mahal sampailah sekarang harga emas RM154.00/g dia kata tetap mahal. Akhirnya tiada satu grampun dalam genggaman walaupun pelabur ini merupakan orang terawal menerima ilmu emas.

11. Mendapatkan kepuasan diri. Pelabur ini pantang dengan ada talk pelaburan emas dikendalikan oleh otai-otai maka dia akan pergi menghadiri tidak kira dimana ceruk rantau. Apa sahaja yang disampaikan oleh otai-otai berlainan akan diterima baik. Pelabur ini akan memasuki zon menjadi dealer bila dia bertemu dengan otai yang lebih mantop. Dengan kata lain dia bertemu buku dengan ruas bukan untuk bertanding tetapi untuk diajak melawan bicara. Bila dia rasa mengalah, otai ini akan dihubungi dan akan masuk menjadi dealer.

12. Mengkaji sistem
. Pelabur ini seperti pelabur yang mendapatkan kepuasan diri. Pelabur ini akan menghadiri talk otai-otai yang mereka minati. Diakhir talk dia akan membuat penilaian sendiri untuk diri sendiri. Mana yang baik dia akan buat. Senang kata dapatkan pengalaman sebenar baru mengakui sistem itu mujarab atau tidak. Mereka bukan jenis teoristik punya orang. Yang benar tetap benar, yang salah mereka akan perbetulkan sama-sama.

13. Pelabur pasif. Pelabur jenis ini ia tidak mempedulikan tentang harga emas semasa. Naik atau turun dia sentiasa happy. Emas menjadi barang simpanan seperti barangan kesayangan. Senang kata pelabur ini mempunyai ciri-ciri introvert. Suka menyendiri, tidak suka menjaja pada orang lain.

14. Pelabur tiada pendirian. Pelabur nie masa nak joint beria-ia. Kalah dengan perkataan untung berbaloi baloi. Penat juga Pendita melayan masa pelabur nie nak joint. Minta tolong Pendita jadi saksi pinjaman peribadinya ( Pendita menolak dengan baik). Dah masuk, belum dapat emas PG, suruh Pendita rolingkan emas dengan arrahnu dan dia tau dapat untung sahaja serta komisen terserah pada Pendita. Semuanya kerana terpengaruh dengan kenyataan akhbar otai-otai Public Gold income mereka melebihi RM10,000.00 sebulan.

Pendita kata itu semua usaha keras mereka menaja dealer-dealer baru. Bukan guna arrahnu. Pelabur berkenaan merajuk. dengar ajer pelaburan baru memberi pulangan USD25.00, dapat ajer emas dari Public Gold terus tukar channel pelaburan. Masuk pelaburan emas internet Panama. Yang kelakarnya dia suruh teman penghasut jualkan emas PG. Teman penghasut tidak tahu emas PG tu dari tangan Pendita. Apa lagi Pendita makan kanan dan kiri lah sambil dapat harga peribadi yang pendita tetapkan sendiri.

Kini apa dah jadi. Skim cepat kaya yang disertai sudah pupus ditambah USD dah jatuh merudum. Senyap dah Pendita dengar.

15. Pelabur tamak
. Pelabur jenis ini sangat berbahaya. Jangan berkawan dengan pelabur jenis ini. Yang penting dia sahaja nak untung. Pelabur ini boleh kita katakan pengkhianat dalam persahabatan. Satu peristiwa menjadi ikhtibar. Seorang pelabur berniat baik bawakan tiga orang cust pada uplinenya just nak uji tentang friendshipnya.

Maka pertemuan dilakukan di sebuah kedai makan. Seperti dijanjikan keempat-empat pelabur baru bertemu , salah seorang mahu melabur RM50K, sepasang suami isteri masing-masing RM40K dan RM70K dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM160K. Memang besar jumlah tu. Ingatkan letak bawah pelabur yang memperkenalkan pelabur-pelabur baru, rupa-rupanya dibelasah sendiri oleh upline. Dah tau dapat komisen 2% sesenpun tak hulur pada pembawa pelabur. Memang mengharukan jenis pelabur begini. Moga Allah sentiasa mengampuni pelabur begini.

16. Pelabur serakah. Wow memang ganas bunyinya. Pelabur jenis ini suka menyembunyi aktiviti pelaburan yang sebenar semata-mata mahu untung seorang diri. Pelabur jenis ini suka memberi sebahagian komisen untuk mengaburi customernya. Jika ada customer yang membeli runcit, belian mereka diletak atas namanya. Maka customernya sepanjang hayat akan membeli dengan dia tanpa berpeluang berstatus dealer belian terkumpul RM40K. Trade mark pelabur jenis ini ialah, jika mahu menjadi dealer bawah saya perlu membuat pembelian one shoot 40K atau 20K.



ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

No comments: