Saturday, October 16, 2010

POSTING SASARAN HARGA EMAS PENDITA EMAS JADI SATU PANDUAN PELABUR EMAS YANG HANGAT?


Salam sejahtera,
Sasaran Harga Emas yang pendita emas tambat untuk keperluan diri pendita emas telah menggugat dan melahirkan rasa panik dalam kalangan pelabur-pelabur emas di Malaysia. Maaf dipinta.
Majoriti mengatakan sasaran harga emas yang pendita emas buat mempunyai nilai kepercayaan 9:10. Senang kata hanya sipi sedikit. Saya bertanya kembali, ya ka? Tetapi jawapan pendita emas semua itu adalah kebetulan dan semua itu kuasa tuhan. Pendita emas tiada apa-apa kelebihan.
Pada hari ini penat pendita emas memberi penjelasan seorang demi seorang agen di bawah pendita emas mengenai sasaran harga emas yang pendita sasarkan pada minggu depan.
So ini menandakan pelayar blog ini, sudah mempunyai pengetahuan yang mantap dari segi pasaran emas semasa. Tahniah dan syabas.

Kesan posting pendita emas mengenai penurunan harga emas :

1. Ramai pelabur baru menangguhkan seketika pembelian emas pada minggu ini kepada minggu depan.
2. Ramai pelabur merasa gembira kerana masa inilah peluang untuk menambah kuantiti emas.
3. Ada pelabur memajakkan semua emas yang dimiliki untuk mendapatkan jumlah tunai yang banyak.
Apakah kelebihan harga emas rendah seketika?

1. Memberi peluang kita menyediakan tunai untuk membeli emas yang berharga rendah dengan kuantiti yang banyak.
2. Dapat merapatkan jurang kemiskinan di dalam sesebuah negara. Pelabur dan pelelong kecil-kecilan dapat sama bergerak membida mengikut harga emas semasa.
3. Harga domestik stabil, membolehkan majlis pernikahan dijalankan dengan harmoni kerana harga cincin rendah. Jika harga emas tinggipun, jika nilai wang domestik rendah apa mempelai dapat?
4. Menyusun dan mengaudit keuntun
gan dan kerugian pelaburan emas dengan lebih tepat.Iaitu melunaskan tempahan yang belum dibayar, mengambil tempahan yang tidak diambil lagi dan melangsaikan pajakan yang dibuat.
5. Memberi sedikit ruang pelabur untuk bercuti merehatkan badan dan memdapatkan kualiti kesihatan yang baik.
Sumber-sumber yang pendita gunakan:

1. Pergerakan penjualan semula emas dunia
untuk mendapatkan keuntungan segera berdasarkan graf kitco dan forex gold. Berlaku lambakan berterusan emas dalam pasaran. Sudah pasti harga emas akan susut seketika.



3. Kemungkinan kemasukan rezab emas negara-negara di dunia yang memiliki mata wang yang tinggi untuk turut serta dalam pelaburan emas dunia.




1 comment:

Anonymous said...

saya pembaca blog ini...terima kasih pada pendita atas ramalan tersebut...semoga pendita dapat terus membantu dealer2 dengan memberi panduan yang berterusan....tahniah