Wednesday, October 13, 2010

Harga Tengahari Dan Awal Petang Khamis 14/10/10 Hampir Melepasi Harga Sasaran Mingguan



Salam,

Sepanjang pagi Khamis sehingga jam 2:25 petang ketika posting ini ditulis, harga emas semasa telah meningkat naik pada USD1360, USD1370 dan USD1380/oz. Perkembangan ini hampir menyamai harga yang disasarkan oleh Pendita Emas pada minggu ini.

Adakah pergerakan harga ini menyamai harga sasaran pendita emas pada minggu ini ?


Bunga-bunga menghampiri target harga pendita emas disusun bermula pada malam rabu, pagi khamis dan akan membuat satu lagi lonjakan harga selepas petang ini.

Apa yang akan berlaku selepas jam 4.00 petang ini? Segalanya akan terjawab kemudian. Harga jam 4.00 petang akan menentukan harga emas seterusnya. Jika naik maka simpan ajer wang tunai buat seketika dan buat pembelian terus ketika harga emas menurun. Jikanak jual emas anda juallah sebahagian sahaja emas anda untuk dijadikan modal pusingan berikutnya.

No comments: