Friday, October 15, 2010

SEDIAKAN WANG ANDA UNTUK MEMBELI HARGA EMAS YANG RENDAH BERMULA MINGGU DEPAN (18/10/10~30/10/10)

Salam,

Harga emas jatuh bermula minggu depan 18~30/10/2010.

Pendita Emas berangan-angan pada minggu hadapan harga emas dunia akan turun seketika. Tujuannya adalah untuk membuat penyusun semula akaun Pendita Emas yang hampir bercelaru selama dua bulan urusniaga ini.

Suasana harga emas yang panas membahang dan meluwap menghasilkan ketidakstabilan harga emas domestik sesebuah negara. Pendita Emas memang menantikan Goerge Soros yang suka memanipulasi perdagangan antarabangsa melambakkan komoditi ini untuk kita semua mengagihkan kek emas ini samarata.

Ini hanya hasrat Pendita Emas yang berfikiran secara peribadi. Matlamatnya, Pendita Emas akan dapat membeli emas di pasaran terbuka dengan menambah volume yang besar (unit gram) berbanding dengan nilai harga sekarang.

Sasaran Kejatuhan Harga Emas Pendita Emas


So, Sasaran harga Pendita Emas ialah harga emas akan jatuh pada paras harga sehingga USD 1250/oz dan jangan lupa ia akan memantul pada harga yang tidak akan kita capai lagi. Dari lonjakan ini harga emas akan tinggalkan kita pada dasar harga USD1350/oz ke atas.

Diakui harga emas sekarang memang mantap pada akhir bulan Ogos dan memanjat harga demi harga tinggi dengan meninggalkan harapan dan impian kebanyakan negara dan pelabur yang cuba memiliki emas dalam kuantiti yang banyak mungkin dalam 1000g, 10,000g, 100000g dan 1tan.

Persediaan yang perlukan dilakukan jika harga emas jatuh


So, kalau anda hanya bergantung keuntungan kepada harga emas sahaja, minggu depan adalah hari terakhir anda untuk membuat jualan. Simpan wang dan tunggu harga menurun terus buat belian secara besar-besaran.

Kepada rakan-rakan Pendita Emas, anda sudah dibekalkan dan memiliki alat penampan untuk menyerap kejatuhan harga emas secara tiba-tiba ini. Anda adalah orang yang berjaya kerana anda tidak terjejas dengan kenaikan atau kejatuhan harga emas di pasaran dunia.

Ini semua bergantung kepada praktikal yang Pendita Emas pelopori. Jika dah lakukan anda sudah bersedia dengan plan-plan kontigensi(luar jangka yang berlaku dengan harga emas).

Kesimpulannya,

harga jatuh menguntungkan kita dalam jangkamasa lama(dapat menambah gram emas setiap masa selagi harga pada paras rendah), harga naik menguntungkan kita dalam jangka masa singkat(hanya mampu menambah gram emas yang sedikit)

P.S: Ini hanya untuk keperluan Pendita Emas sahaja bagi mendapatkan peluang menambah seberapa banyak gram emas ketika harga rendah. Jika berlaku kejatuhan harga emas semasa ia tiada kaitan dengan Pendita Emas.

No comments: