Salam,
Ketika ini jam 4:10 pagi waktu Malaysia 24 Oktober 2010 Pendita mengharapkan harga akan mencecah paras harga yang paling rendah untuk bulan ini iaitu pada harga USD1250.00/oz.
Sasaran ini dibuat ketika mata berada dalam keadaan mengantuk, kepala melayang-layang , tangan seolah-olah longlai menahan keletihan dan kepenatan kerana tiba lewat pulang dari Parit Raja setelah mengikuti program Seminar Pelaburan Emas Uncang Emas.
so lupakan hal itu. Yang penting kita tumpukan perbicaraan mengenai harga harapan emas semasa atau sasaran Pendita Emas pada minggu ini. So harga harapan Pendita Emas pada minggu ini adalah seperti berikut:
Isnin,
Pada sebelah pagi Pendita Emas mengharapkan berlaku penjualan panik dalam kalangan pelabur dunia untuk mendapatkan untung singkat pada kedudukan harga penutup minggu lalu pada kedudukan USD1325.00.
Jika ini berlaku diharapkan harga emas dunia akan jatuh ke paras USD1300.00, seterusnya akan lambakan emas dalam pasaran dan menyebabkan kejatuhan harga emas secara berperingkat-peringkat.
So Pendita maukan harga semasa dunia mencapai sasaran berlegar pada paras harga terbawah dari 1300 kepada USD1270.00. Naik semula berada dalam keadaan malar sekitar USD1280.00
Selasa, harga merudum dan merudum ke paras akan saya nyatakan kemudian
Selasa, harga merudum dan merudum ke paras akan saya nyatakan kemudian
No comments:
Post a Comment