Friday, October 22, 2010

BERITA TERKINI

Sepintas

Berita Harian ms 25
Bahagian Ekonomi
Sabtu, 23 Oktober 2010

RIZAB BNM RM322.7BILLION

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM322.7 billion(AS$104.6 billion) pada 15 Oktober 2010.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negara jangka pendek, menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan semalam.

Rizab antarabangsa terdiri daripada:

Matawang asing (AS$94.1 billion)
Dana Monetari Antarabangsa (AS$500 juta)
Hak Pengeluaran Khas (AS$2.1 billion)
Emas (AS$1.5 billion)
Rizab lain(AS$6.4 billion)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadar Inflasi Naik 1.8% Pada September
Ruangan Ekonomi
Berita Harian m/s 25
22 Oktober 2010

Kadar inflasi yang diukur Indeks Harga Pengguna (IHP) hanya meningkat 1.8% pada September lalu, berbanding bulan yang sama pada 2009, lebih rendah daripada jangkaan ahli ekonomi pada 2.1%.

Berbanding bulan sebelumnya, IHP pada September itu tidak berubah pada 114.4 mata.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun ini pula, IHP hanya naik 1.5% dan pada 113.6 mata berbanding 111.9 mata pada tempoh yang sama tahun lalu.

"kenaikan 1.5% itu disumbangkan daripada kenaikan dalam indeks bagi semua kumpulan utama kecusli pakaian serta kasut dan komunikasi yang masing-masing turun 1.5% dan o.3%," kata Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya semalam.

Dalam tempoh itu, katanya peningkatan ketara dicatatkan dalam indeks makanan dan minuman bukan alkohol(2.3%), pengangkutan(1.3%) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.1%).

Sementara itu, ahli ekonomi berpendapat kadar inflasi sudah pun mencapai paras tertinggi dan ia memberi ruang kepada bank pusat untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat jawatankuasa monetorinya bulan depan.

"Kadar inflasi boleh dikatakan sudah sampai ke paras tertinggi untuk tyahun ini dan kami menjangkakan ia akan berlegar antara 1.9% hingga 2.0% untuk sepanjang tahun kecuali jika kerajaan menyemak harga minyak sekali lagi.

"Jika harga minyak dinaikkan, inflasi boleh melepasi 2%,"kata Ahli Ekonomi Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimie Wan Saidie.

Mengenai kadar faedah, beliau berkata, ia sudah pun berada pada paras sewaajarnya dan jika kerajaanmahu menaikkannya ia mungkinakan dilakukandalam separuh kedua tahun depan.

Kesimpulan Pendita Emas

Kenaikan Harga barangan memang diduga

Kenaikan memang sudah diduga. Lihat sahaja pada indeks pengguna kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol(2.3%), pengangkutan(1.3%) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.1%).

Mengapa ini terjadi, kerana semua yang dinyatakan merupakan barangan asas/perlu kepada semua penduduk dari makanan, minuman, pengangkutan, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain. Semuanya berkaitan dengan bahan utana sumber tenaga petrolium iaitu naik minyak kenderaan akan menaikkan semua kos pembuatan rumah, makanan dan minuman tanpa alkohol, kos merawat air, kos menjana elektrik, kos gas memasak dan lain-lain bahan api seperti karosein yang digunakan penduduk pendalam sebagai pelita.

Kenaikan Harga Minyak Petrol

Benda ini akan dibuka semula selepas Pembentangan Budget dan Pilihan raya. Semuanya akan bergantung kepada pihak kerajaan. Jika semakan harga minyak domestik dinaikkan maka, sudah pasti sasaran inflasi semasa akan berlaku kenaikan kepada semua kumpulan Indeks Pengguna.

Pembelian Emas Sebagai Pengubat Masalah Inflasi

Emas tidak dipasarkan di dalam negara secara domestik. Negara seolah-olah tidak nampak kekuatan kuasa emas. Sedangkan Cina telah mendahului menyimpan aset atau simpanan negaranya bukan sahaja untuk negara malah semua rakyat di negara diarahkan membuat simpanan dalam emas. Lihat sahaja data simpanan emas China berbanding negara lain.


Apa yang pasti China sudah mengatasi Rizab emas Jepun dan bakal ditabalkan sebagai peneraju ekonomi Asia dalam masa terdekat. Bagaimana? Mata Yuan akan meninggalkan Yen. Bak kata peribahasa China ada Yang akan ada Ying, ada Yuan(China) , kita tinggalkan Yen(Jepun). Sudah pasti negara kita sekarang juga sedang berlumba-lumba menambat hati pelabur China untuk menjadi rakan niaga antarabangsa dan domestik.

Apa yang ingin pendita war-warkan, hasil pelaburan emas menjadi penyelamat harta keseluruhan milik kita. JIka minya naik, semua bahan keperluan naik. Maka dengan sendirinya harga emas naik. Dengan sendirinya harga emas menstabilkan pendapatan sekeluarga untuk mendapatkan sumber asas yang sedia naik dengan berhemah dan ceria. Penyimpan emas tidak menghadapi panik berbanding pemegang wang fiat(RM)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malaysia dijangka catat lebih dagangan dengan China
Berita Harian Online
2010/10/23

MALAYSIA dijangka mencatatkan lebihan dagangan yang tinggi dengan China tahun ini berdasarkan kepada angka yang dikeluarkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ketua Eksekutif MATRADE, Datuk Noharuddin Nordin, berkata antara Januari hingga Ogos lalu, perdagangan Malaysia dengan China berjumlah AS$30.23 bilion.

Daripada jumlah itu, katanya, eksport Malaysia ke China berjumlah AS$16.58 bilion, manakala import pula adalah AS$13.66 bilion, mewakili lebihan dagangan sebanyak AS$2.92 bilion.

“Eksport kita ke China meningkat walaupun eksport keseluruhan ke negara lain seluruh dunia merosot,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan di Ekspo China Asean yang ketujuh (CAEXPO) di Nanning, China kelmarin.

Perdagangan dua hala Malaysia-China bagi seluruh tahun lalu adalah berjumlah AS$36.34 bilion.

Eksport Malaysia ke China berjumlah AS$19.10 bilion, manakala import pula sebanyak AS$17.23 bilion, iaitu lebihan dagangan sebanyak AS$1.87 bilion.

Noharuddin berkata, Kawasan Perdagangan Bebas China-Asean (CAFTA) dan pemulihan awal ekonomi China menyumbang kepada pertumbuhan ketara itu dan terdapat kecenderungan untuk terus meningkat pada masa akan datang.
CAFTA berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

Lebihan dagangan atau defisit tidak semestinya membawa kesan baik atau buruk kepada ekonomi Malaysia, katanya sambil menjelaskan ia bergantung kepada jenis import.

“Dalam perdagangan kita dengan China, prestasi eksport yang kukuh dikaitkan terutama kepada permintaan mantap untuk produk elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk getah, mesin, peralatan pengangkutan dan makanan diproses.

“China ialah pasaran eksport kedua terbesar Malaysia. Import utama kita dari China ialah barangan pembuatan yang menguasai 93.4 peratus daripada jumlah import Malaysia dari negara itu.

“China adalah sumber terbesar Malaysia untuk import tahun lalu, menjadikannya 14 peratus daripada jumlah import Malaysia,” katanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

IMF naik unjuran ekonomi negara
Daripada Kamarulzaidi Kamis di Jakarta
bhbiz@bharian.com.my
2010/10/23

pix_gal0
Pertumbuhan bagi 2010 kepada 6.7 peratus, manakala 2011 kepada 5.3 peratus

TABUNG Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2010 dan 2011 masing-masing kepada 6.7 peratus dan 5.3 peratus daripada 4.7 peratus dan 5.0 peratus yang dibuatnya sebelum ini.

Pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Anop Singh, berkata bagi tahun ini pertumbuhan kukuh itu bakal dipacu perbelanjaan swasta susulan pemulihan ekonomi.

“Peningkatan perbelanjaan swasta itu selaras peningkatan persekitaran pekerjaan dan pertambahan pendapatan khususnya penduduk di luar bandar,” katanya kepada Berita Harian selepas taklimat mengenai Laporan Jangkaan Ekonomi Serantau Asia dan Pasifik Oktober 2010 di Jakarta, kelmarin.

Bagi 2011, Anop berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangkakan menyederhana susulan penurunan permintaan luar walaupun pelaburan swasta akan meningkat kukuh.

“Pelaburan swasta dijangka terus meningkat tinggi tahun depan susulan pelaksanaan reformasi struktur ekonomi yang dilaksanakan kerajaan bagi merangsang pertumbuhan dalam jangka sederhana,” katanya.

Terdahulu dalam taklimatnya, Anop berkata, negara Asia akan terus menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi dunia.
“Peningkatan pertumbuhan ekonomi Asia khususnya pada separuh pertama tahun ini adalah di luar jangkaan. Ia sekali gus menyebabkan kami menyemak semula dan menaikkan unjuran prestasi ekonomi Asia bagi tahun ini dan tahun depan,” katanya.

IMF menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Asia kepada lapan peratus bagi tahun ini berbanding tujuh peratus pada April lalu.

Katanya, ekonomi Asia akan terus diterajui China dan India tahun ini dengan masing-masing dijangka berkembang pada kadar 10.5 peratus berbanding tujuh peratus dibuat pada April lalu, sebelum kembali sederhana kepada 6,.8 peratus tahun depan.

Katanya, ekonomi Asia akan terus diterajui China dan India tahun ini dan masing-masing dijangka berkembang pada 10.5 dan 9.7 peratus.

Namun, Anop mengingatkan negara Asia meningkatkan pengawasan terhadap tekanan inflasi susulan peningkatan tinggi aliran masuk modal asing ke rantau ini.

“Asia bersedia untuk kekal menarik sebagai destinasi pelaburan asing susulan kelembapan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah. Aliran masuk modal asing boleh meningkatkan tekanan harga dalam tempoh akan datang.

“Sudah tiba masanya, negara di rantau ini mengimbangi pendirian fiskal dan monetari masing-masing.

“Kami mengalu-alukan langkah awal pihak berkuasa negara Asia dalam mengawal risiko inflasi dan memperkukuhkan sektor kewangan masing-masing,” tegasnya.

Susulan itu, Anop berkata, ada keperluan untuk memperketatkan dasar monetari, termasuk. membenarkan pengukuhan kadar tukaran.

“Penamatan rangsangan fiskal yang dilaksanakan ketika krisis kewangan global dengan lebih awal juga akan membendung risiko peningkatan keterlaluan harga.

“Jika prestasi ekonomi global semakin teruk pada masa akan datang dan memberi kesan negatif kepada Asia, masih ada ruang untuk melaksanakan pakej rangsangan selanjutnya,” katanya.

No comments: