Friday, October 22, 2010

KESIMPULAN HARGA EMAS PADA MINGGU INI(18-23 OKTOBER 2010

salam,

Minggu urusniaga pelaburan emas minggu ini sangat panas membahang. Bukan sahaja panas di luar tetapi panas di dalam blog yang menghentam saya kerana sasaran harga emas yang dibuat Pendita Emas yang dipostingkan pada 16 Oktober 2010, dua hari sebelum urusniaga pelaburan emas minggu ini menongkah arus dan menggugat banyak pihak.

Harga Jatuh, Harga Runtuh, Harga Rendah. Itulah harapan Pendita Emas. Alhamdulillah ia menjadi kenyataan yang tercatat dalam posting blog Pendita Emas secara dokumentasi yang boleh Pendita Emas gunakan dalam ceramah-ceramah pendita emas.

Mohon maaf kepada agen Pendita Emas diseluruh negara kerana pada minggu ini Pendita Emas mengharapkan harga emas akan jatuh dan jatuh.

Kepada pelabur group lain juga memberi respon, dia menongkah arus dari harapan harga sasaran harga Pendita Emas mengatakan harga tidak akan turun dan memperlekehkan sumber yang pendita gunakan.

Jawapan Pendita Emas mudah sahaja, itu adalah sasaran harga Pendita Emas, dengan kata lain harga harapan Pendita Emas tanpa dipengaruhi oleh orang yang berhampiran dengan Pendita.

Apa yang Pendita mahu, harga baru yang Pendita kehendaki dapat pendita share bersama dengan pengunjung blog Pendita. Di sini anda menjadi penganalisa dan menghakimi sendiri harga harapan Pendita. Apa yang pasti sasaran Pendita di buat sebelum masuknya urusniaga emas sebenar pada 18 Oktober 2010.

Jika ditanya sumber apa yang digunakan Pendita Emas, Pendita Emas menggunakan sumber Pertama iaitu pengalaman terlibat dengan perniagaan internet dan FOREX selama 5 tahun di gabungjalinkan dengan sumber kedua iaitu laporan semasa ekonomi dunia, pengamatan keadaan ekonomi semasa, Carta Forex dan Carta Kitco.

So di sini pendita Emas membuat sasaran harga emas tidak dipengaruhi oleh khabar-khabar angin dari mulut-mulut manusia yang terdekat dengan Pendita emas. Tiada siapa menggangu gugat kehendak harga Pendita Emas.

Pendita Emas mencabar mereka, kalau berani membuat ramalan harga bagi pihak mereka sila dokumentasikan harga ramalan dalam blog masing-masing. Tiada pulak pemilik blog berkenaan berani membuat ramalan harga seperti yang Pendita Emas lakukan iaitu atas nama Harga Sasaran Pendita Emas.

Maka bertalu-talu talian telefon dan sms pendita emas terima melahirkan rasa kecewa kerana dengan sasaran harga emas yang tercatat sebagai satu dokumentasi bermula pada 16 Oktober 2010 menarik perhatian banyak pihak.

Ada pelabur setia bersama Pendita Emas 24 jam menanyakan harga masa depan (sejam akan datang) untuk dia lock harga.

Ada pelabur setia Pendita Emas bertanyakan harga yang tercatat semasa boleh lock atau tidak dan bertanyakan harga pada masa sejam akan datang.

Ada pelabur setia pendita Emas mengambil perhatian sasaran harga pendita dan membuat pinjaman bank, saudara mara serta merta untuk mendapatkan wang tunai bagi membuat pembelian emas pada harga rendah.

Tahniah kepada ejen pendita emas di Segamat, mula kata loan akan diluluskan RM80,000.00 tetapi semalam melahirkan rasa gembira pada Pendita Emas overlap pinjaman mendapat kelulusan RM150,000.00.

Tahniah juga kepada pelabur yang membuat pembelian panik dapat membeli pada harga 2997 hanya menggunakan hujung jari.

Ada pelabur baru, menahan pembelian dan kemasukan diri sebagai ejen baru untuk menanti Sasaran Harga Pendita Emas (terima kasih)


Mengapa pendita mahukan harga rendah?

1. Membolehkan Pendita Emas menambah bilangan gram emas 20gram daripada 3000 gram kepada 5000gram melalui pembelian Easy payment Plan.

2. Membolehkan Pendita Emas menarik pelabur baru menjadi ejen di bawah Pendita Emas.

3. Membantu pelabur lama yang setia, menambah pembelian stok baru secara runcit mencukupkan pembelian sebanyak RM40,000.00 untuk Pendita Emas membantu dan mempromosikan pembeli yang setia dengan pendita menjadi ejen kepada Public Gold.




JACKPOT

SASARAN ZON HARGA YANG TEPAT PADA MINGGU INI. HARGA BERGERAK DI BAWAH USD1330 DAN MENCECAH HARGA PALING RENDAH YANG PENDITA HARAPKAN PADA HARGA USD1315.00. WALAUPUN SATU KESILAPAN TELAH BERLAKU, HARGA PENUTUPAN YANG PENDITA HARAPKAN SEKITAR 1317,1315 DAN 1312 TIDAK TERCAPAI KERANA HARGA LANTAI TERENDAH PENDITA TAMBAT PADA HARGA 1315. SEPATUTNYA DITAMBAT PADA HARGA 1310 BARU HARGA PENUTUP YANG DIHARAPKAN BERLAKU. WALAU BAGAIMANAPUN HARGA SASARAN HANYA SATU HARAPAN DARI PENDITA EMAS, TUHAN YANG MENENTUKAN.


----------------------------------------------------------------------

ZON SASARAN HARGA JUMAAT

-----------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN HARGA PADA HARI KHAMIS DAN PAGI JUMAAT



SEJARAH HARGA PAGI JUMAAT BERKEDUDUKAN PADA USD 1317/OZ



Salam, Pada jam sebelas malam tadi pendita emas telah mensasarkan harga emas akan jatuh ke paras hampir usd1320. Alhamdulillah sasaran harga telah dipenuhi sehingga posting ini ditulis pada jam 6:07 pagi Jumaat.

Kesan kejatuhan harga pada kedudukan usd1325.70 telah mencapai sasaran harga 20 gram yang pendita harapkan iaitu RM2997.00 dan 1 dinar kepada RM619.00.

So kepada teman-teman yang menongkah arus mengenai sasaran harga pendita emas yang jatuh bukan satu pilihan tepat, terpaksalah menelan kata-kata masing-masing dan menghadapi kerugian paling besar kerana membuat pembelian panik.

Pendita juga membuat pembelian panik sebanyak 20pc pada harga RM3007.00 untuk 20 gram, tetapi hanya kerugian sedikit iaitu beza RM3.00 X 20 pc = RM60.00 pada minggu ini.

Kepada teman-teman yang masih menyimpan wang, pendita emas sarankan buatlah pembelian dihujung minggu nie kerana pergerakan emas dunia masih berlangsung sekarang.

Jika sudah mencecah harga usd1320.00, insyallah ia akan berada di bawah usd 1320.00 sekurang-kurangnya ditutup pada kedudukan usd1317, 1315 atau 1312. Pendita beri 3 pilihan harga untuk kedudukan harga penutupan urusniaga minggu ini.

---------------------------------------------------------------------
POSTING KEJATUHAN HARGA EMAS YANG MENGHURU-HARAKAN KERABAT AGENT PENDITA EMAS SEAWAL MINGGU YANG DIBUAT PADA 16/10/10. KESAN SASARAN HARGA PENDITA EMAS RAMAI PELABUR EMAS MEMBUAT PENANGGUHAN PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD.

POSTING SASARAN HARGA EMAS PENDITA EMAS JADI SATU PANDUAN PELABUR EMAS YANG HANGAT?


Salam sejahtera,
Sasaran Harga Emas yang pendita emas tambat untuk keperluan diri pendita emas telah menggugat dan melahirkan rasa panik dalam kalangan pelabur-pelabur emas di Malaysia. Maaf dipinta.
Majoriti mengatakan sasaran harga emas yang pendita emas buat mempunyai nilai kepercayaan 9:10. Senang kata hanya sipi sedikit. Saya bertanya kembali, ya ka? Tetapi jawapan pendita emas semua itu adalah kebetulan dan semua itu kuasa tuhan. Pendita emas tiada apa-apa kelebihan.
Pada hari ini penat pendita emas memberi penjelasan seorang demi seorang agen di bawah pendita emas mengenai sasaran harga emas yang pendita sasarkan pada minggu depan.
So ini menandakan pelayar blog ini, sudah mempunyai pengetahuan yang mantap dari segi pasaran emas semasa. Tahniah dan syabas.

Kesan posting pendita emas mengenai penurunan harga emas :

1. Ramai pelabur baru menangguhkan seketika pembelian emas pada minggu ini kepada minggu depan.
2. Ramai pelabur merasa gembira kerana masa inilah peluang untuk menambah kuantiti emas.
3. Ada pelabur memajakkan semua emas yang dimiliki untuk mendapatkan jumlah tunai yang banyak.
Apakah kelebihan harga emas rendah seketika?

1. Memberi peluang kita menyediakan tunai untuk membeli emas yang berharga rendah dengan kuantiti yang banyak.
2. Dapat merapatkan jurang kemiskinan di dalam sesebuah negara. Pelabur dan pelelong kecil-kecilan dapat sama bergerak membida mengikut harga emas semasa.
3. Harga domestik stabil, membolehkan majlis pernikahan dijalankan dengan harmoni kerana harga cincin rendah. Jika harga emas tinggipun, jika nilai wang domestik rendah apa mempelai dapat?
4. Menyusun dan mengaudit keuntun
gan dan kerugian pelaburan emas dengan lebih tepat.Iaitu melunaskan tempahan yang belum dibayar, mengambil tempahan yang tidak diambil lagi dan melangsaikan pajakan yang dibuat.
5. Memberi sedikit ruang pelabur untuk bercuti merehatkan badan dan memdapatkan kualiti kesihatan yang baik.
Sumber-sumber yang pendita gunakan:

1. Pergerakan penjualan semula emas dunia
untuk mendapatkan keuntungan segera berdasarkan graf kitco dan forex gold. Berlaku lambakan berterusan emas dalam pasaran. Sudah pasti harga emas akan susut seketika.



3. Kemungkinan kemasukan rezab emas negara-negara di dunia yang memiliki mata wang yang tinggi untuk turut serta dalam pelaburan emas dunia.




No comments: