Friday, October 8, 2010

HARGA EMAS MENARIK PEMBELIAN STOK BARU


KETERANGAN RAJAH

LILIN YANG BERWARNA BIRU PENUH BERMAKNA LAMBAKAN STOK DI PASARAN. BERLAKU PENJUALAN EMAS OLEH PELABUR UNTUK PENGAMBILAN UNTUNG. SEMAKIN PANJANG LILIN BERWARNA BIRU PENUH KE BAWAH MAKA SEMAKIN RENDAH HARGA EMAS SEMASA

LILIN YANG KOSONG BERMAKNA PEMBELIAN SEMULA OLEH PELABUR. IA MENGAKIBATKAN STOK DALAM PASARAN KOSONG. INI MENYEBABKAN HARGA NAIK SEMULA. SEMAKIN PANJANG SUMBU LILIN YANG KOSONG NAIK KE ATAS HARGA EMAS DI PASARAN SEMAKIN NAIK.

KESIMPULANNYA SETELAH LILIN PENUH AKAN DIIKUTI DENGAN LILIN YANG KOSONG. KEDUA-DUA LILIN INI SEBAGAI TANDA BAGAIMANA SENTIMEN PASARAN BERLAKU. KEDUA-DUA FORMASI MENGIMBANGI ANTARA SATU SAMA LAIN.



Salam,

Harga memancing pembelian stok emas yang baru sudah kembali menjelma. Tetapi pada paras RM3000.00 ke atas bagi jongkong emas 20 gram dan RM620.00 bagi 1 dinar.

So kepada mana-mana pengunjung yang rasa ingin membeli pada harga ini, segera lakukan. Bila-bila masa harga akan memantul semula line yang saya gariskan.

Jika kekal keadaan begini alhamdulillah kita jangan kecewa dengan harga emas yang kita beli, apa yang kita perlu lakukan buat penambahan stok emas dalam tangan kita insyallah minggu hadapan harga emas cukup ranum iaitu keuntungan mekar umpama kembangnya bunga rose di pagi hari.

Kelebihan pelaburan emas,
berlaku kejatuhan harga mendadak bagi jangka masa singkat tetapi akan naik mendadak untuk jangkamasa lama. Nisbah penurunan dan kenaikan ialah 1:10 kali dalam sehari. contoh pada hari ini kejatuhan sekali antara jam 6.00 pagi pada harga RM3012, 6.20 melantun semula pada RM3015 diikuti RM3018, RM3023, RM 3025, RM 3028, RM3031, RM3034, RM3035, RM3035, RM3035

SASARAN HARGA PENUTUPAN 9/10/2010 ANTARA USD1347/OZ HINGGA USD1352/0Z

No comments: