SEJARAH HARGA PAGI JUMAAT BERKEDUDUKAN PADA USD 1317/OZ
Salam, Pada jam sebelas malam tadi pendita emas telah mensasarkan harga emas akan jatuh ke paras hampir usd1320. Alhamdulillah sasaran harga telah dipenuhi sehingga posting ini ditulis pada jam 6:07 pagi Jumaat.
Kesan kejatuhan harga pada kedudukan usd1325.70 telah mencapai sasaran harga 20 gram yang pendita harapkan iaitu RM2997.00 dan 1 dinar kepada RM619.00.
So kepada teman-teman yang menongkah arus mengenai sasaran harga pendita emas yang jatuh bukan satu pilihan tepat, terpaksalah menelan kata-kata masing-masing dan menghadapi kerugian paling besar kerana membuat pembelian panik.
Pendita juga membuat pembelian panik sebanyak 20pc pada harga RM3007.00 untuk 20 gram, tetapi hanya kerugian sedikit iaitu beza RM3.00 X 20 pc = RM60.00 pada minggu ini.
Kepada teman-teman yang masih menyimpan wang, pendita emas sarankan buatlah pembelian dihujung minggu nie kerana pergerakan emas dunia masih berlangsung sekarang.
Jika sudah mencecah harga usd1320.00, insyallah ia akan berada di bawah usd 1320.00 sekurang-kurangnya ditutup pada kedudukan usd1317, 1315 atau 1312. Pendita beri 3 pilihan harga untuk kedudukan harga penutupan urusniaga minggu ini.
---------------------------------------------------------------------
POSTING KEJATUHAN HARGA EMAS YANG MENGHURU-HARAKAN KERABAT AGENT PENDITA EMAS SEAWAL MINGGU YANG DIBUAT PADA 16/10/10. KESAN SASARAN HARGA PENDITA EMAS RAMAI PELABUR EMAS MEMBUAT PENANGGUHAN PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD.
POSTING SASARAN HARGA EMAS PENDITA EMAS JADI SATU PANDUAN PELABUR EMAS YANG HANGAT?
Salam sejahtera,
Sasaran Harga Emas yang pendita emas tambat untuk keperluan diri pendita emas telah menggugat dan melahirkan rasa panik dalam kalangan pelabur-pelabur emas di Malaysia. Maaf dipinta.
Majoriti mengatakan sasaran harga emas yang pendita emas buat mempunyai nilai kepercayaan 9:10. Senang kata hanya sipi sedikit. Saya bertanya kembali, ya ka? Tetapi jawapan pendita emas semua itu adalah kebetulan dan semua itu kuasa tuhan. Pendita emas tiada apa-apa kelebihan.
Pada hari ini penat pendita emas memberi penjelasan seorang demi seorang agen di bawah pendita emas mengenai sasaran harga emas yang pendita sasarkan pada minggu depan.
So ini menandakan pelayar blog ini, sudah mempunyai pengetahuan yang mantap dari segi pasaran emas semasa. Tahniah dan syabas.
Kesan posting pendita emas mengenai penurunan harga emas :
1. Ramai pelabur baru menangguhkan seketika pembelian emas pada minggu ini kepada minggu depan.
2. Ramai pelabur merasa gembira kerana masa inilah peluang untuk menambah kuantiti emas.
3. Ada pelabur memajakkan semua emas yang dimiliki untuk mendapatkan jumlah tunai yang banyak.
Apakah kelebihan harga emas rendah seketika?
1. Memberi peluang kita menyediakan tunai untuk membeli emas yang berharga rendah dengan kuantiti yang banyak.
2. Dapat merapatkan jurang kemiskinan di dalam sesebuah negara. Pelabur dan pelelong kecil-kecilan dapat sama bergerak membida mengikut harga emas semasa.
3. Harga domestik stabil, membolehkan majlis pernikahan dijalankan dengan harmoni kerana harga cincin rendah. Jika harga emas tinggipun, jika nilai wang domestik rendah apa mempelai dapat?
4. Menyusun dan mengaudit keuntun gan dan kerugian pelaburan emas dengan lebih tepat.Iaitu melunaskan tempahan yang belum dibayar, mengambil tempahan yang tidak diambil lagi dan melangsaikan pajakan yang dibuat.
5. Memberi sedikit ruang pelabur untuk bercuti merehatkan badan dan memdapatkan kualiti kesihatan yang baik.
Sumber-sumber yang pendita gunakan:
1. Pergerakan penjualan semula emas dunia untuk mendapatkan keuntungan segera berdasarkan graf kitco dan forex gold. Berlaku lambakan berterusan emas dalam pasaran. Sudah pasti harga emas akan susut seketika.
2. Penyelesaian krisis penimbusan pelombong emas di Chile Sejak 5 Ogos 2010 memastikan bekalan emas dunia mulai bertambah dalam pasaran antarabangsa
3. Kemungkinan kemasukan rezab emas negara-negara di dunia yang memiliki mata wang yang tinggi untuk turut serta dalam pelaburan emas dunia.
No comments:
Post a Comment