Tuesday, October 12, 2010

RENTAK HARGA ISNIN HINGGA PAGI RABU (11,12 DAN 13 OKTOBER 2010)

SALAM BUAT SEMUA,

HARI NIE BARU BERKESEMPATAN DAN MEMPUNYAI MOOD UNTUK MELIHAT HARGA PASARAN EMAS SEMASA DUNIA.

NAMPAKNYA HARGA EMAS CAM IKUT MOOD SAYA. INI DISEBABKAN AWAL MINGGU SAYA MERASA KURANG TERTARIK UNTUK MEMBUAT RAMALAN HARGA YANG MUNASABAH.

WALAU BAGAIMANAPUN HARGA YG SAYA SUKA DAN TETAPKAN ADALAH PADA USD1400. KALAU DALAM RINGGIT MALAYSIA SAMA DENGAN USD1400/0Z -:-28.35 GRAM =USD49.38 X RM3.20 =RM158.00/GRAM. SO KALAU 20GRAM HARGANYA IALAH RM158 X 20 GRAM=RM3160.00

SECARA REALITI, ADAKAH SASARAN SAYA INI TERLALU JAUH UNTUK DIGAPAI?
PADA SAYA TIDAK, KERANA PADA MINGGU LEPAS HARGA SEMASA DUNIA TELAH MENCECAH PADA PARAS USD1365/0Z =USD1365 -:-28.35 = USD48.15 X RM3.20=RM154.00. sO SETAKAT MAHUKAN KENAIKAN USD4.00/GRAM TIDAK MUSTAHIL DICAPAI KERANA TREND KENAIKAN HARGA MENDADAK MEMBUKTIKAN MENGIKUT ANALISA SEMASA YANG DIBUAT.

KESAN ATAS KENAIKAN INI, HARGA PAJAKAN EMAS TELAH NAIK IAITU EMAS 24K PADA KEDUDUKAN ATAS RM150-155/GRAM. MANAKALA BARANG KEMAS NAIK KEPADA RM142/GRAM (HARGA EMAS 24K X PERATUS EMAS) =155/G X 91.6%

SO PADA MINGGU INI KITA TELAH MENDAPAT TREN KENAIKAN HARGA SEBAGAI BERIKUT:
ISNIN- LINE BIRU
PAGI - NAIK SEDIKIT KEMUDIAN MENCERUN TURUN DAN NAIK SEMULA PADA KADAR JULAT HARGA SEMASA DUNIA YANG KECIL
PETANG - SITUASI SAMA BERLAKU
MALAM-SITUASI SAMA BERLAKU

SELASA-LINE MERAH
PAGI - TURUN DAN TURUN UMPAMA MEMBENTUK SATU JERAM, TETAPI NAIK SEMULA KE PARAS YANG SAMA DENGAN HARI ISNIN
PETANG - SITUASI HARGA NAIK TETAPI HANYA PADA SEKITAR USD1350/OZ
MALAM- SITUASI SAMA BERLAKU

RABU- LINE HIJAU
PAGI-BERADA PADA ATAS PARAS 1350/OZ MENJADI SATU FENOMENA HARGA YANG BARU
TENGAHARI-LOM TIBA MASANYA
MALAM-LAGI JAUH MASANYA

KESIMPULAN

PERGERAKAN HARGA SELAMA 2 1/2 HARI INI SEBENARNYA MALAR. INI MACAM DILAKUKAN AUDIT DAN PENYUSUNAN SEMULA AKAUN PELABURAN EMAS. CUMA MENANTI BERITA SEMASA ATAU BERITA PADA SELASA AKAN MENENTUKAN HARGA EMAS NAIK MENDADAK PADA HARI INI RABU 13/10/2010. BERITA YANG DIPERLUKAN IALAH BERITA YANG MENAKUTKAN SEPERTI PADA MINGGU LEPAS VIETNAM MENGIMPORT EMAS DARI PASARAN DUNIA UNTUK MESTABILKAN HARGA DOMESTIK YANG TIDAK TERKAWAL.

No comments: