Ar Rahnu
Posted By salina on November 16, 2010
Salam semua. Saya rasa terpanggil untuk menyentuh satu isu. Penulisan saya ini bukannya untuk menuding jari kepada mana-mana dealer secara khusus. Angaplah teguran saya ini sebab sayangkan anda semua. Kita sebagai manusia di bumi Allah SWT ini tidak sempurna. Jadi tegur-menegurlah sekiranya ada kesilapan. Dan apa yang saya nak sentuh ini juga tidak sempurna. Pandangan dan perkiraan saya mungkin salah
Berhati-hatilah sebab matlamat tidak menghalalkan cara. Pada saya memang kita perlu pelbagaikan bentuk simpanan kita untuk keperluan masa hadapan. Terkini dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, EMAS adalah satu bentuk simpanan yang sepatutnya diambilkira oleh setiap individu. Satu niat yang murni untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan emas dan menggalakkan pengguna diluar sana mula menabung dalam bentuk emas juga. Namun dalam kegalakkan menyedarkan pengguna, penjual juga perlu ada satu sikap tanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan juga jangan sampai menindas pengguna sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Kenapa saya berkata begitu??? Saya cuma nak sentuh promosi kreatif penjual iaitu memiliki emas dengan hanya bermodalkan 30% dari harga emas dan 70% lagi dibiayai melalui duit gadaian (Ar Rahnu). Kaedah ini tidak sesuai untuk pembeli kerana membeli emas yang pertama melalui duit pajakan emas yang dibeli tersebut. Kepada yang beragama islam, semak dahulu hukum urusniaga jual-beli ini dengan yang pakar. Pembelian emas yang berharga mahal dengan kaedah ini sebenarnya kita secara tak langsung, sedar atau tidak, bagi saya adalah satu penindasan. Pada saya lebih baik membeli emas melalui pinjaman peribadi yang islamik atau pun beli sahaja mengikut wang yang dimiliki.
ArRahnu merupakan satu teknik bagi mendapatkan modal pusingan yang segera, tapi hanya sesuai bagi pemilikan emas yang telah sempurna, iaitu emas yang telah dibayar harganya 100% sama ada melalui pinjaman peribadi atau pun simpanan peribadi. Bagi pemilikan emas yang sempurna, duit gadaian tersebut digunakan sebagai modal pusingan untuk membeli stok emas yang baru bertujuan sebagai simpanan atau pun stok jualan. ArRahnu boleh membawa suka dan menambahkan stok emas anda…namun jangan lupa ianya boleh membawa DUKALARA SEKIRANYA TIDAK DIGUNAKAN SECARA BERHEMAH. Janganlah kita semua jadi seperti pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran”.
Klik pada imej pengiraan yang saya buat. Saya hanyalah insan yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Kesempurnaan itu milik ALLAH SWT.
Berjual-belilah secara adil, jujur dan saksama.
“just my 2 kupang je…”
adui.. banyak nye nombor.. pening kepala..
En Kemm pening pasal apa? nombor mudah menerangkan maksud secara telus.
benar2 membantu saya untuk menambah stok…nasib baik x mula kan ar-rahnu ni.beli mana yg mampu.tanpa perlu nk pening kepala pikir hutang
En Zahary, 10Q. Utk pembelian pertama memang saya tak setuju langsung 70% dari harga emas dibayar gunakan Ar Rahnu. Konsep pusingan wang untuk beli emas yang lain dah tersangkut kat situ. Tetapi untuk pajak emas yg memang sedia di beli menggunakan duit sendiri atau pun dari personal loan saya tak de komen. Cuma jangan sampai kita terbeban sudah.
salam smua, pembelian cara 30% dan 70% tu x betol, ak penah bace 1 blog,, dan ak call owner die, die cakap , menurut ap yg die blaja, care tu haram sbb jadikan ahrahnu sbgi tmpt hutang, klu ak salah, bleh tegur
mungkin ini dpt membantu
http://nusantaragold.blogspot.com/2010/08/haram-dan-riba-membeli-emas-guna-kaedah.html
bg sy.
sbg peniaga boleh memaksimakan keuntungan tapi dgn syarat hanya simpan dalam tempoh satu bulan.
so harga pergram kos akan ditambah dgn kos upah,so untung still tak lari.
Itu bg sy.
sbb harga kita peniaga yg tentukan.
Bagi PG,mungkin lain gamaknya situasi.
Ar-Rahnu bagus sbg nak manipulasi stok ketika harga rendah atau sesuai,so apabila jual,kira amik untung dan ulangi proses.
tetapi tempoh seeloknya sebulan.
Tapi kita peniaga,so kita leh tentukan harga.
nak diterangkan disini secara tulisan mmg agak payah tp bg saya,Ar-Rahnu boleh menguntungkan dgn cara2 tertentu.
http://www.bulliondinar.com
Salam, kaedah pembelian emas dgn pinjaman arrahnu spt carta tu kurang sesuai. Sebab tu puan rasa rugi dan tertindas. Sebenarnya dgn arrahnu kita boleh dapat emas tu secara percuma dan hutang tu kita tak perlu bayar. Banyak lagi yg puan perlu belajar. Dari segi hukum banyak khilaf ulamak dahulu dan sekarang ttg jual beli emas ni. Jika ada kemusykilan sila email ke admin@gcp.com.my
salam,
menarik ulasan anda, tetapi angka yang terlalu banyak hanya menggunakan ilustrasi tanpa penerangan teperinci bagi setiap bahan sukar difahami. mengenai arrahnu sebenarnya konsep yang tuan punya blog ceritakan terlalu jumud.
Anda menggangap apabila kita menggunakan arrahnu kita akan menjadi papa dengan maksud kita akan tergadai emas akhirnya. Itu mungkin cara anda buat pajakan follow bulan2 disediakan. malahan cara anda bercerita seolah2 anda tidak membuat bayaran sedikit demi sedikit. Ini menunjukkan rasanya anda tidak mahir menggunakan kaedah arrahnu. So sya sedia berkongsi pendapat jika anda rasa terseksa dengan arrahnu.
Ini memang berlaku kepada budaya kita, nak pinjam cepat tetapi nak pulang lambat dan bertangguh. Kalau dah tahu upah simpan mahal, mainkan emas tersebut keluar masuk setiap bulan dengan membuat sedikit bayaran setiap bulan. Maka bila harga emas naik, kita boleh mendapatkan extra money melalui cara tukar surat pajakan. Kalau tak naik hargapun bayarlah sedikit2 setiap bulan.
So sebagai teman anda yang memang menggunakan teknik arrahnu ini banyak kelebihan yang kita boleh dapat:
1. Ia merupakan pinjaman wang tunai paling top di bank2 seluruh negara kedua paling besar dari segi volumenya selepas pinjaman peribadi. Pinjaman wang bercagar emas. Bukan pinjam emas bercagar wang.
2. Emas sebenarnya menjadi aset modal yang di sediakan oleh dealer kepada mana-mana cust yang tidak cukup wang, So macam saya, selalu bertemu dengan cust yang berminat dengan emas tetapi tiada modal yang cukup.
So saya cadangkan(ingat tu cadangan) bukan paksaan kerana ia mengikut naluri dan kehendak cust. Jika berniat betul mahukan emas, pendita mempermudahkan cara, customer sediakan 30% wang , Pendita bawa emas yang telah kami lockkan. sebagai contoh pada bulan Dis arrahnu berharga RM165.80, jika ia lock harga emas pada harga RM15600.00, cust hanya sediakan RM4680 shj pada kiraan awal dan jika cust telah sedia ada rekod pajakan , emas 100 gram bernilai RM16580 menghasilkan pinjaman wang RM11606.00 (70%) dan setelah dikira semula cust hanya perlu menokok RM3994.
Lihat 30% sepatutnya dia tambah RM4680 tetapi melalui belian arrahnu dia hanya menyediakan wang 25.60% sahaja (RM3994). Apa dia dapat, tentu emas 100g dan wang baki RM686. Kaedah ini dilakukan lebih elok dari kaedah belian tunai dengan Public Gold. Cust bayar penuh terus dapat gold but PG bayar penuh dapat seminggu kemudian, adakah ini jual beli yang sepatutnya ikut hukum Islam. Fikir-fikirkan.
Lagipun dalam transaksi arrahnu hanya pegawai arrahnu dan cust shj yang berurusniaga. Pendita hanya menanti wang dalam kereta
So cara ini, cust beli emas secara tunai, yang dia berhutang ialah wang tunai dengan bank. Setahu Pendita yang tidak dibenarkan ialah kita berhutang membeli emas. Emas dah ada dalam tangan kita, kita bayar berdikit2 memang tidak dibenarkan. Kemudian jadi beban kerja Pendita untuk mengingatkan cust bayar emas setiap bulan.
Lagi satu, harga emas sudah naik mendadak, adakah secara rasional walaupun harga emas naik mendadak kita nak biarkan emas berkenaan selama-lamanya dalam pajakan. Tettu ada teknik yang boleh kita ajar bagaimana nak keluarkan emas berikut.
Kalau tak boleh keluar Pendita akan sambar emas tersebut dan dia tiada kerugian atas wang 30% dan 70% modal diberikan. Wang akan dikembalikan mungkin susut 5% kerana kita beli emas dengan harga buy back.
Kalau ikut sejarah Pendita berarrahnu, tak pernah pendita terlajak simpan emas melebihi sebulan penuh kerana Pendita bukan suka berhutang lama-lama. buat apa bagi arrahnu makan upah simpan banyak2. Segalanya bergantung kepada niat cust. Jika mahu emas berada dalam tangan maka disegera menebus, tetapi jika suka menangguh itu yang zahir dan batin cust terseksa