ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA
Salam,
Sebelum menyentuh mengenai pemilihan pelaburan emas terbaik pendita mahu bercerita mengenai info terkini lagi sensasi.
Hari ini Pendita menerima panggilan telefon bertalu-talu mengenai posting serahan 0.5% hasil sale Pendita diterima oleh MD yang telah menggemparkan pelaburan emas di Malaysia. Masing-masing bertanyakan siapa dan siapa. Pendita tak perlu menjawab dan hanya suruh mereka cari sendiri posting yang Pendita sertakan.
Pendita juga menambah penegasan posting itu juga sebagai amaran dan peringatan untuk diri Pendita yang juga sebagai Master Dealer PG, jika melakukan kelalaian dan kesalahan mengejar komisen hingga membiarkan downline teraba-raba mohon mendapat nasihat dan peringatan dari mereka.
Memang sukar mahu menambah komisen sendiri sebenarnya. Kita perlu mempunyai networking, pelbagai teknik dan kepakaran bermain emas. Sebab tu Pendita mencari satu produk emas alternatif yang menyediakan harga rendah dan dapat menjual dengan harga yang lebih sikit.
Jadi dapatlah Pendita menukar pemikiran dari dikatakan mengejar komisen kepada berniaga emas yang tulin. Adat berniaga, kenaikan harga emas mengikut masa. Kalau naik tinggi kita jual tinggi, kalau harga rendah gunakanlah harga rendah. Emas tiada harga subsidi macam minyak.
Takkan nak lihat akaun bank just sebagai alat transit wang dari orang lain sahaja. Masuk RM3000.00 lepas tu pindah ke syarikat emas RM3000.00. Keluar sahaja wang, akaun kontang. Pastu dah bayar tunai 100% nak dapat barang tunggu lagi 5-7 hari. Macam mana nak pusing.
Kan bagus kalau ada sistem cash n carry Pendita boleh buat rempit emas yang Pendita canangkan. Beli emas pada sebelah pagi, sebelah petang pajak di arrahnu, esoknya buat belian balik emas baru dengan menambah sedikit modal dan pajakan dilakukan berterusan, sudah pasti dengan sale sendiri sahaja kita boleh mendapat komisen yang banyak. Kata matlamat nak menambah gram emas.
Benar ke Pendita ada kes downline nak keluar parti? Memang benar secara realiti memang terjadi. Maka adalah anak buah Pendita sendiri mahu keluar dari group Pendita atas sebab Pendita mengabaikannya setelah downline tersebut memberi kata putus dia mahu berniaga sendiri setelah bantuan diberi (jual stok Pendita bagi mengekalkan kesetiaan rakannya kepada dia yang tiada stok) disalahanggap Pendita merebut klien dia. Walhal mereka teman rapat pendita semuanya.
So Pendita kata teruskan buat apa nak halang-halang. Sehinggalah telefon MD lain, so Pendita bagi ajerlah tapi tunggu-tunggu tak pulak datang surat untuk Pendita tandatangan berpindah akaun.
Bagi Pendita dan sahabat-sahabat sepupu pelaburan emas yang sama juga ada hasrat yang sama, tunggu lampu hijau dari atasan Pendita. Jika nak keluarkan Pendita bagi sahaja surat penolakan Pendita masuk akaun mereka.
Pendita tidak rugi apa-apa kerana pelaburan emas sebagai kerja sampingan Pendita yang menguntungkan. Simpan emas pun dah untung apalagi kita mendapatkan pembeli bertambah untung.
Tip memilih pelaburan emas yang terbaik
1. Jual beli cash n carry jika pembeli dikenakan bayaran 100%. Tiada tangguhan penyerahan emas selepas cash 100% dibayar.
2. Ada term tempahan emas (bayaran 10%) dan masa melangsaikan wang emas, emas fizikal ada untuk diserahkan.
3. Produk menarik dan mudah dipasarkan. Contoh gelang emas GCP.
4. Mempunyai purity yang stabil.
5. Mengandungi nilai gram yang lebih sekurang-kurangnya 0.02 point cth 20gram kandungannya 20.02g
6. Kita mengawal bisnis.
Kesimpulan:
Pendita mohon sentiasa diingatkan oleh semua downline untuk menjadikan pendita sebagai MD yang boleh bertahan lama dalam pelaburan emas.
No comments:
Post a Comment