Thursday, December 16, 2010

SASARAN HARGA PENUTUPAN MINGGU INI



Salam,

Dalam minggu ini, Pendita dapati harga emas merudum terus-terus. Jelas pelabur di bahagian Barat dunia seolah-olah menyepi umpama kena tindihan salji batu yang turun dengan banyak. Tidak mengapa tentu semua itu menyukarkan pergerakan pelabur untuk berada sebumbung bagi memainkan peranan sbagai penjual dan pembeli emas dalam market terbuka.

Rata-rata tentu ramai yang mengambil cuti kerana cuaca di Barat berada dalam situasi luar jangka. Seolah-olah pelabur dari bahagian Barat tidak membuat support kepada pelabur emas bahagian Timur.

Justeru itu ramai meramalkan bahawa harga emas akan jatuh sehingga mencecah USD1350. Ramai menunggu penurunan harga ini bagi membolehkan semua pelabur emas di Malaysia dapat juga menerima tempias.

Biarkan pelabur lain dengan telahan mereka. Pendita Emas dengan cara sendiri. Memandangkan suasana sekarang berada dalam keadaan tenang, jangan sangka tiada buayanya. Harga ini memang sengaja menurun pada tahap minima tetapi masih terkawal agar semua pelabur besar tidak menghadapi kerugian pada margin yang besar.

Justeru itu, tanpa mengira pandangan pelbagai pihak seperti harga sideway, kurang harga support, pendita tetap mensasarkan harga pasti naik selepas jam 2.00 pagi waktu tempatan.

Sasaran harga dunia naik semula pada USD1385
Sasaran harga 20gram = RM3170.00

No comments: