Tuesday, December 28, 2010

SINAR EMAS MENGERLIP MULAI PETANG 29/12/10 MELEPASI USD1415

ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA

Salam,

Alhamdulillah bermula awal pagi 29/12/2010 harga emas bermula pada USD1405 kemudian mengalami sedikit jualan dan memantul semula kepada harga melebihi USD1405.

Ini bermakna harga emas 20g kekal pada harga dari RM3202 menurun kepada RM3195 jam 10.00 pagi dan berada pada paras RM3204. Begitu juga 1 dinar harganya masih berada pada kadar yang tetap iaitu pada harga RM662.00.

.
Selesai sudah harga emas pada jam 12.00 tengahari. Bagaimana pula harga selepas jam 12.00 tengahari. Pendita meramalkan harga akan menjadi menarik selepas jam 2.00 petang. Akan berlaku kenaikan harga yang terus menarik. Lihat carta harga di bawah ini sehingga jam 2:50 harga emas meningkat pada harga USD1407.48 yang dilakarkan pergerakan emas setiap 5 minit.


Ditambah lagi dengan lahirnya bentuk ular lidi akan menjadi satu naga yang sangat besar. Ular lidi ini yang Pendita tunggu selama ini sejak kenaikan harga pada 4 Disember 2010. Alhamdulillah ia telah menampakkan semula dirinya pada petang ini.

Berikut line harga idaman Pendita untuk malam ini iaitu jika positif melepasi USD1415 hingga USD1430 ke atas jika mengikut harga simetri line warna merah dan jika mengikut harga simetri line biru muda insyallah harga akan berada pada paras statik sekitar USD1405 hingga USD1410 sahaja. Kenapa Pendita berkata begitu?

Apa-apapun kita tunggu dan lihat harga pada malam ini yang akan Pendita postingkan dalam blog ini. Line di bawah sebagai asas analisa pergerakan harga emas antarabangsa pada malam ini.

Line harga sehingga 5:30 petang pergerakan malar mengikut garis simetri line warna biru. Ini menunjukkan harga emas dalam keadaan stastik disekitar RM3201 hingga RM3202(20 gram).

Bgaimana keluk line harga selepas jam 6:00 petang adakah mengikut A atau B? Adakah harga mengikut pancang harga yang disediakan pada line A atau adakah harga memilih untuk mengikut aliran B ATAU C?



Sama-sama kita teka, lihat siapa yang kena.

No comments: