ANDA DAN PENDITA EMAS PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN BERSAMA
Salam,
Moga anda mendapat kerahmatan dari Ilahi. Hari ini Pendita mahu menyampaikan sedikit info mengenai sistem pelaburan emas Goldcrest Pavilion(GCP). Tujuan Pendita menyertai GCP untuk mengetahui sistem perniagaan yang dikendali iaitu dari segi produk, harga, akad perniagaan dan kaedah jual beli produknya.
Maaf kata, Pendita sebelum ini memang tidak berminat langsung untuk menyertai GCP kerana orang kata Pendita Emas dah kukuh bersama Public Gold. Walaupun ramai rakan mengatakan GCP syarikat yang bagus tetapi Pendita tidak ambil pusing.
Tetapi tidak tahu apa punca, tiba-tiba Pendita tertarik dengan satu seminar yang dianjurkan pada malam 25 Disember 2010. Untuk ke sana, Pendita telah membuat tinjauan di mana tempat dan alamat lokasi yang tertera dalam SMS.
Banyak kali pendita menghubungi dan hantar sms dengan berbunyi " telefon banyak kali tak angkat, nie nak maju ke tidak dalam bisness nie". Alhamdulillah pemilik sms mengangkat panggilan Pendita dan terus mendapatkan info dari beliau.
Pada malam harinya, kata-kata penceramah lebih kurang berbunyi "dalam perniagaan emas memang banyak persaingan, GCP tidak menyokong ahli-ahlinya memusuhi pesaingnya. Kita perlu berhemah tinggi kelak orang yang kita musuhi akan menjadi semulia-mulia manusia". Kata-kata ini memang menarik hati Pendita kerana cara inilah yang Pendita amalkan selama ini.
Kini, Pendita mempunyai kepelbagaian produk emas untuk didagangkan. Ketika orang lain sibuk mendengar taklimat dalam mesyuarat, Pendita sempat mencuri masa mendapatkan harga emas semasa GCP. Sambil tu, ganggu rakan sebelah cerita tang GCP, ermmm menarik minat 5 orang jejaka nampaknya.
Alhamdulillah ketika harga emas 999 disekitar RM159/g, Pendita telah dihidangkan dengan harga emas yang menarik untuk dealer iaitu ..................Pendita terus merancang dan melakar untuk membuat pembelian cash dan guna arrahnu.
Anggaran harga pajakan hari ini emas 999 24k(RM162.75), emas 950 22.8K (156.75). Pendita membuat kiraan yang sesuai dengan gram awal mengikut harga .............. kepada dua bentuk:
Pertama :Cash
10 gram =........... x 10g =??????????
20 gram =........... x 20g =RM2927.40
30 gram = ...........x 30g =RM4391.10
50 gram = ...........x 50g =RM7318.50
100gram =...........x 100g =?????????
-------------------------------------
Jumlah -----------------RM30737.70
-------------------------------------
kedua :Arrahnu
berat ----kk-----------30%(wang sendiri) -------70% wang arrahnu
10g ------1 -----------RM 439.11 ---------------RM 1024.59
20G------1-----------RM 878.22----------------RM 2049.18
3OG------1-----------RM1317.33----------------RM 3073.77
50G------1-----------RM2194.40----------------RM 5124.10
100G-----1-----------RM4391.10----------------RM10245.90
Anggaran awal
210g x 156.75 =RM32,915.50 (jika semua dapat nilai emas 999)
210g X 154.67 =RM32,480.70(jika semua dapat nilai emas 950)
Ambil harga paling rendah RM32,480.70 jika 70%(22,735.49, 65%(21,112.00)
Keputusannya Pendita membeli emas menggunakan kaedah pinjaman wang Arrahnu dan menyediakan wang sendiri RM10,500.00
Setelah bertemu di hadapan arrahnu, berikut harga sebenar yang pendita terima iaitu RM31,053.85 dengan berat keseluruhan 212.16g.
Harga pajakan seperti berikut emas 999/24k (RM162.75) dan 950/22.8K(RM154.61)
Minta maaf tarikh terpotong bersama nama bank (rahsia bank kena jaga kata pegawai bank yang melayan kerenah Pendita)
Jumlah pinjaman wang arrahnu diterima RM22,650.00 dalam 3 surat berlainan dengan takrifan kualiti berlainan.
surat A: gelang tangan 20g +30g+50g mendapat taraf 24K
Surat B dan C kedua-duanya mendapat penilaian 950/22.8K
Wang terkumpul ialah RM10500.00 (milik Pendita) + RM22650.00(Arrahnu)=RM33,150.00-RM31053.85=RM2096.15 bermakna wang pendita digunakan hanya RM8403.85(27% sahaja). Oleh kerana ada lebihan Pendita tambah lagi 20g dengan belian cash.
Kesimpulannya:
1. Pendita dapati sistem jual beli mengikut Islam iaitu ada wang ada barang depan mata(dahulukan 10% sebagai pengesahan)
2. Dengan arrahnu Pendita pinjam wang dan bukan pinjam emas.
3. Cuma menyediakan RM10,500.00 Pendita telah mendapat emas seberat 232.86gram (212.16 +20.70). Ikut harga pasaran RM159.10 x 232.86g =RM37,048.00
4. Dapat bantu resseler mendapatkan komisen hari ini RM232.86 (RM1.00 untuk setiap gram)
5. Lebih menarik emas 20.70g tak sempat masuk rumah Pendita kerana dibeli orang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan harga RM159.10/g. Senang cerita dapat RM254.60( RM12.73 x 20 gram). Kalau jual 10 pc gelang tangan 20g sehari pasti dapat RM2546. So nak dapat income macam nie stok kena banyaklah beb.
Penafian : Info ini bukan untuk menarik sesiapa menyertai Pendita, Pendita just untuk berkongsi berita. Jika bercerita, tidak disertakan bukti nanti Pendita dikatakan menipu, tak pandai kira maklumlah matematik dan stastistik dari darjah 1 hingga peringkat master asyik fail.
Fikir-fikirkan lah .....Hi hi hi. Ada banyak lagi ilmu emas yang Pendita boleh bongkarkan untuk dikongsi bersama tetapi melalui pertemuan empat mata.
No comments:
Post a Comment