Wednesday, December 8, 2010

HARGA TURUN MENGUNTUNGKAN AGENT BARU MENDAFTAR DAN AGENT LAMA





Salam,

Di atas terdapat 2 graf yang berbeza menunjukkan harga terakhir pada minggu lepas berakhir pada 4/12/2010 dan graf minggu terkini dimulai jam 1.00 petang 7/12/2010 sehinggalah jam 3.30 petang 8/12/2010.

Seronok memang seronok bila melihat harga emas dunia menurun. Ramai menantikan harga akan menurun lagi. Sebenarnya itu adalah satu harga gimik supaya kita sentiasa alert melihat pergerakan harga emas sepanjang masa. Lepa sahaja kita, tetiba harga berada dipuncak semula.

Kembali bercerita tentang harga menurun, sebenarnya yang turun adalah harga dalam minggu ini sahaja setelah berada dipuncak seketika. Sebagai contoh harga menurun pada hari ini hanya mencecah USD1390 adakah mempunyai nilai setara harga paling rendah pada minggu lepas?

Jawapannya tidak bukan, harga terendah pada minggu lepas USD1385.00(3/12/10) dan USD1384(2/12/2010). Nah ini menyaksikan harga menurunpun ia masih tinggi dari harga paling rendah minggu lalu.

Bagaimana pula dengan harga tertinggi minggu ini, kita menyaksikan harga tertinggi pada minggu ini sehingga 8/12/2010 ialah USD1429.25 sedangkan pada minggu lepas setakat USD1415.00.

Ini menunjukkan bahawa julat keuntungan pada minggu lalu dan awal minggu ini sangat berbeza. Ini baru hari ketiga (Rabu) urusniaga emas dalam minggu ini. Ini bermakna selagi belum tiba hari penutupan rasmi urusniaga, banyak perkara upset akan berlaku.

Kesimpulan: Harga menurun ini adalah harga gimik supaya kita menyediakan wang secukupnya untuk membeli emas pada harga rendah. Walau bagaimanapun jika kita menanti harga untuk terus menurun kita akan mensesiakan peluang terhidang.

Insyallah kita tidak akan merasa harga RM3171 hingga 3179 pada hari ini untuk hari mendatang. Jika beli sekarang pada harga tinggi, kita tidak akan rugi kerana emas berada di tangan walaupun seketul itu adalah lambang kejayaan dan status anda.

Keuntungan di pihak agent baru, dengan penurunan harga emas dunia dan tempatan kepada RM3171 mereka akan dapat membeli stok 7PC 20 gram dengan harga RM22197. Berbanding pada jhari semalam jika 20g/pc berharga RM3254.00 didarabkan dengan 7 ketul tentu kos berbeza iaitu RM22778.00. Perbezaannya ialah pengurangan RM580 hampir dengan harga seketul dinar.

Keuntungan di pihak agent lama, sudah tentu kita dapat menambah stok yang banyak. Sambil itu, membuat buyback emas milik orang lain.

No comments: