Tuesday, December 7, 2010

BANK KEKURANGAN KECAIRAN???

Salam,

Hari ini saya berpeluang bertemu beberapa teman dari pelbagai bank. Nak kata, semua bekas murid saya semasa sekolah rendah, kemudian saya ikut mereka ke sekolah menengah dan bila naik ke kolej atau universiti saya pun mengikut mereka sebagai pensyarah sambilan.

Perkara pokok menjadi topik perbincangan petang ini ialah mengenai pelaburan emas. So ini berkisarkan dengan Gold Investment account(GIA) dan Arrahnu.

Pertama menyentuh produk simpanan emas dalam bentuk tunai. kebanyakan mereka telah bersetuju bahawa mereka telah kena tempias dengan pegangan emas fizikal baik keluaran Public Gold atau lain-lain MOK.

Lantaran itu untuk menyeimbangkan pemilikan emas fizikal oleh kebanyakan pelanggan bank, bank-bank saudagar telah beralih mengeluarkan satu produk lain iaitu simpanan berasaskan emas dipanggil GIA. Melalui skim ini, pelabur menyalurkan wang tunai dalam akaun dan dalam akaun digantikan dengan unit gram emas yang dibayar.

Kedua, pembukaan pajakan arrahnu disetiap bank bertujuan untuk bersaing merebut pengguna mendapatkan wang tunai. Ini disebabkan arrahnu menjadi instrumen kedua, menyediakan pinjaman wang tunai selepas pinjaman peribadi.

Ketiga, kemungkinan bonus tahunan akan mengecut, kerana ramai pelanggan telah mengeluarkan simpanan masing-masing untuk menyediakan diri dengan kuasa beli yang kuat dalam mendapatkan emas fizikal pada harga terendah. Secara psikologi setiap masa berlaku kenaikan dan penurunan harga emas semasa. Bila turun harga emas sahaja maka cash akan berpindah ke pembekal emas.

Keempat, ramai pembeli emas mengeluh, pemindahan melalui kiriman wang atau cek menyusahkan pengguna. Kalau ada cek kena tunggu melebihi tiga hari jika ada cuti umum diantara 5 hari bekerja seperti yang dihadapi oleh pendita emas.

Ketika ini sahaja di tangan pendita terdapat 6 cek masing-masing bernilai RM21,000.00 ke atas yang belum Pendita dapat tunaikan. Semua cek adalah bayaran pembelian emas melalui ejen Public gold. kenapa terjadi begini, Pendita menyediakan stok untuk mereka terlebih awal dengan kata lain pendita serah emas, pelanggan serah wang.

Kelima, dengan kenaikan harga barang yang mendadak terutama menjelangnya pembukaan sekolah ia turut menjejaskan budget semua ketua keluarga. Apa lagi, wang simpanan akan terkakis sedikit demi sedikit.

Sumber: Pembacaan dari majalah kewangan, Internet dan maklumat dari rakan-rakan yang menjadi pekerja banker tempatan.

No comments: