Thursday, December 30, 2010

CARA-CARA MEREMPIT TAMBAHAN STOK 5 GRAM EMAS 999.9

Emas Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 694/pc RM: 590/pc
Rantai Tangan 999 RM: 162.53/g RM: 138.15/g
PAMP SUISSE 5g RM: 862/pc RM: 732.7/pc
PAMP SUISSE 10g RM: 1,641/pc RM: 1,444/pc
PAMP SUISSE 20g RM: 3,176/pc RM: 2,795/pc
PAMP SUISSE 50g RM: 7,940/pc RM: 6,987/pc
PAMP SUISSE 100g RM: 15,532/pc RM: 13,901/pc
PAMP SUISSE 500g RM: 77,395/pc RM: 69,269/pc
PAMP SUISSE 1kg RM: 154,791/pc RM: 138,538/pc
Kemaskini pada : 30 Dec 2010 - 09:58:49

Salam,

Apa cerita Pendita Malam Ini?

Pendita ingin berkongsi merempit tambah stok 5 gram emas 999.9 setiap hari.

Berapa kosnya dan bagaimana caranya?

Pendita menyediakan kos permulaan RM3000.00 dan buat belian secara Cash and Delivery setiap hari.

Tolong ceritakan transaksinya, Pendita?

Begini, Pertama sediakan RM3000.00. Kita mulakan pada hari Isnin dan buat belian pertama emas 999.9 5 gram (RM862.00) Baki deposit awal RM2138.00 dan terus buat pajakan di arrahnu Agro bank (RM165.80) dengan nilai pajakan diterima 70%(RM580.30(RM165.80 X 5 gram X 70%). Pada hari Isnin anda punya modal RM2718(RM2138 + RM580) dan stok emas 5 gram bernilai RM862.

Kedua : Belian hari Selasa harga emas 999.9 (RM862). Baki modal RM1856(2718-862) kemudian pajak lagi dapat nilai sama pada hari isnin RM580.00. Baki modal pada hari selasa RM 2436(RM1856 + RM580). Stok menjadi 10gram

Ketiga : Belian hari Rabu harga emas 999.9 (RM874). Baki modal RM1562(RM2436 -RM874). Pajak lagi dengan harga 166.00/g x 5 gram x 70%(RM581). Modal berbaki RM2143.00(RM1562 + RM581). Stok emas 15 gram.

Keempat : Belian hari Khamis harga emas 99.9 (RM874). Baki modal RM1269(RM2143.00-RM874). Pajak RM166 X 5 gram X 70% (RM581). Modal berbaki RM1850(RM1269 + RM581). Stok emas bertambah 20 gram.

Kelima : Belian hari khamis harga emas naik mendadak (RM900). Baki modal RM950(RM1850-RM900). Pajak RM166 X 5 gram X 70% (581). Modal tunai berbaki RM1531(RM950+RM581). Stok emas bertambah 25 gram.

Keenam: Belian hari Jumaat harga emas sama hari Khamis (RM900). Baki modal RM631(RM1531-RM900). Pajak RM166 X 5g X 70%(581). Modal tunai berbaki RM1212(RM631+RM581) . Stok emas bertambah 30 gram.

Diakhir minggu berapa pendapatan sebenar diterima?

Modal awal RM3000.
Tambahan modal percuma dari arrahnu RM3484=(580+580+581+581+581+581)
Nilai stok emas RM5400.00=5gram x 6 pc x RM900(harga terakhir)
Baki Tunai =RM1212.00
Hutang pajakan
dari arrahnu RM3484=(580+580+581+581+581+581)
Upah simpan sebulan RM30.00=RM5.00 x 6 pc

Apa tindakan meminimakan kos?

1. Boleh tebus semua emas 30g bernilai RM3514(pajak + upah simpan), emas terus dalam simpanan anda.
2. Buat bayaran installment, cara ini dapat mengecilkan jumlah pajak dan akan dapat menebus semua sekaligus dalam tempoh sebulan dengan sokongan wang simpanan.
3. Membuat keuntungan kecil RM98.00 dengan menjual semua emas anda pada teman-teman anda menggunakan harga sale. Bayar tunai kita serah emas fizikal. Jika berjaya menjual semuanya pada minggu berikut pada harga RM900/pc anda mendapat modal anda dan sebahagian modal percuma arrahnu RM1886 (RM5400-RM3514).

jika mahu untung besar simpan untuk jangka masa 3 bulan atau lebih. Naik harga terus jual segera.

Penafian: Ini adalah satu cadangan dari Pendita Emas.

No comments: