Wednesday, December 15, 2010

Menjana Stok Emas Dengan Cara Pajakan Arrahnu Dengan Cara Agihan 30-70

Salam,

REKOD UNTUK MASA DEPAN

Catatan ini, Pendita rakamkan sebagai satu posting untuk rujukan pada masa depan sebagai bahan untuk membuat pemantauan pergerakan harga emas dari setahun ke setahun bermula pada tahun 2011 hingga seterusnya.

HARGA EMAS TETAP MAHAL

Benar kata-kata yang disampaikan oleh Jutawanemas, kalau harga emas berada pada paras RM40/g kita akan kata mahal, pada harga RM90.00/g pun dikata mahal dan pada harga RM165.80 lagilah mahal. Itulah nilai pelaburan emas jika kita dapat menyimpannya ketika harga masih rendah.

TULISAN MENGENAI PELABURAN EMAS SUDAH TERSEBAR LUAS

Di dada-dada akhbar dewasa ini, banyak tulisan-tulisan mewar-warkan pemilikan emas fizikal sebagai satu pelaburan alternatif selain pelaburan saham dan mata wang. Ditambah lagi dengan temuramah pakar-pakar pelaburan emas dalam media elektronik untuk menarik minat pelabur merebut peluang yang terhidang.

Terbaru, banyak info-info yang datangnya dari kata-kata pakar pelaburan emas membuat pelbagai spekulasi tentang harga emas pada masa hadapan. Ada mengatakan tahun 2010 harga emas akan melepasi USD1500, kemudian meningkat naik pada paras USD176- dan paling tinggi ada yang mensasarkan harga pada paras USD2500.00 untuk tempoh tahun 2011 sahaja.

Semua ini dilakukan oleh berdasarkan kepada sumber-sumber sahih yang mereka gunakan uktuk membolehkan pakar-pakar membuat harga ramalan pada masa depan. Jika benar jangkaan mereka sudah tentu berlaku pemeluwapan permintaan emas yang mendadak mengatasi penawaran.

Diwaktu itulah kita akan merasa kehampaan. pemilik emas sedia ada akan rakus merebut emas pada apa sahaja nilai atau harga yang diletak. Bagaiana pula dengan pelabur baru yang baru berjinak?

LAUNGAN KATA KEHAMPAAN PELABUR BARU

Kata-kata hampa yang akan lahir dari mulut mereka ialah kata-kata "kalaulah aku tahu harga emas akan naik seperti sekarang, aku akan gunakan semua wang simpanan yang aku ada dalam pelaburan emas.

Pada pandangan anda siapa pernah berkata begitu?

Pendita turut mengalami peristiwa ini. Pendita mula bergiat aktif dengan pelaburan emas jongkong ketika harga sudah berada pada paras RM2824.00(20gram) pada bulan Jun 2010. Padahal Pendita telah mendapat maklumat ini dari pelajar berkenaan ketika harga emas masih di paras RM2200.00(20gram).

Kata-kata yang keluar dari mulut Pendita pada waktu itu" Kalau aku tahu harga boleh naik keparas RM600.00 seperti sekarang masa kau cerita tu saya dah belasah" Tetapi Pendita tambah kata-kata kehampaan tadi " Tak mengapa masih belum terlambat lagi ni.

KEHAMPAAN DAN KESAN KESEDARAN AWAL

Alhamdulillah, kebanyakan emas 20 gram yang pendita beli pada paras RM2824.00 pada bulan Jun 2010 kini telah berada pada paras RM3200.00. Wow tak rugi kerana emas Pendita telah meningkat naik kepada RM376 setiap ketul.

Walaupun tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya, kata-kata kehampaan dan pujukan masih terngiang-ngiang sehingga ke hari ini. Tentu menjadi bahan gurau kata-kata salah seorang pelajar Pendita dalam jurusan Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Terbuka Malaysia PPW Johor yang kini menjadi Master Dealer atas Pendita jika bertemu nanti.

KONSEP BELIAN STOK EMAS FIZIKAL 30-70

Kita tinggalkan kisah Pendita, masuk pula konsep pembelian emas menggunakan kaedah 30-70.

Ini adalah cadangan dari pihak Pendita yang daif dalam hukum hakam jualbeli emas. Jika ada kekhilafan sila buat teguran. Langkah-langkah program adalah seperti berikut:

PROSEDUR PROGRAM

Langkah 1: Syarat asas


1. Pembeli mahu mendapatkan stok emas tetapi tidak mencukupi wang simpanan.
2, Ada pembeli dan penjual dengan kedua-dua pihak bersetuju mengikut terma dan syarat yang disediakan oleh penganjur (Penditaemas)
3. Ada cash dipihak pembeli dan ada barang dipihak penjual(pendita emas)
4. Harga emas mengikut harga semasa pajakan arrahnu agrobank. Tiada kos tambahan dikenakan.
5. Ada akad jual beli.

Langkah kedua:


CONTOH : Pakej emas 100g (RM16,800.00 ikut rate Arrahnu Agrobank)


1. Perundingan antara Pendita dan pembeli emas.
2. Selesai perbincangan, pembeli perlukan sediakan wang permulaan sebanyak RM5000(30%). Pendita akan sediakan emas 100g bernilai RM16,800.00 yang dipersetujui bersama.
3. Pendita dan pembeli akan bertemu di pajak gadai arrahnu Agrobank dengan langkah berikut:
a. Pembeli membuat serahan wang RM5000.00
b. Pendita serahkan emas 100g bernilai RM15,000.00 kepada pembeli.
c. Pembeli perlu melangsaikan baki wang belian emas sebanyak 70% kepada Pendita.
d. Apa perlu pembeli lakukan, pembeli kena membuat pajakan seperti dipersetujui bersama.
4. Selesai bayaran 70%, akad jualbeli dibaca, emas fizikal milik pembeli dan kontrak antara pembeli dan Pendita selesai.
5. Selepas itu Pembeli hanya akan berurusan dengan pihak untuk menebus emas mereka.
6. Pendita akan memberikan khidmat berterusan bagaimana mahu menebus emas tersebut.

Langkah 3: Menebus emas semula

Salah satu khidmat berterusan yang Pendita sediakan ialah jika pembeli pertama dapat memperkenalkan teman baru membeli produk Pendita emas mengikut pakej berikut :

A. Pakej 100g - Bonus RM500/pc sediakan 30%(RM5000.00) 70% (pajakan 100g emas pendita serah)
B. Pakej 200g - Bonus RM1000 sediakan 30%(RM10,000.00) + 70%(pajakan 200g emas pendita serah)
C. Pakej 300g - Bonus RM1500 sediakan 30%(RM15,000.00) +70%(pajakan 300g emas pendita serah )
D. Pakej emas fizikal 100g (pemilik)+ dapat 200g (Pendita)- Bonus RM1000.00- tanpa tunai ketiga-ketiga emas dipajak (dapat tunai 100% serah pada Pendita)

Melalui wang bonus diterima, pembeli emas Pendita boleh membuat wang pusingan menebus emas terpajak.

No comments: