Pada hari ini Pendita terpaksa menghadirkan diri ke Bank Islam Pasir Gudang setelah pagi tadi menerima sepucuk surat berupa notis arahan pengambilan buku cek milik Pendita. Terima kasih kerana dengan surat peringatan tadi menyedarkan Pendita bahawa buku cek yang Pendita pohon untuk kali ke 4 telah dikeluarkan lama sejak 30 November 2010.
Pendita terus pergi pada jam 4.00 petang tadi dan menuntut buku cek Pendita untuk mengelakkan diri dari kena denda RM20.00 jika gagal memunggutnya.
Menarik, memang menarik. Kemasukan dan pengeluaran wang dengan jumlah yang besar setiap hari tanpa henti mengundang minat kepada pegawai bank yang menyerahkan buku cek. Paling utama persoalan diajukan kepada Pendita ialah bagaimana dengan keuntungan perniagaan emas Pendita.
Sudah terbalik pula sistem kaunter pada hari ini, sepatutnya pegawai bank berada di dalam dan pelanggan bank berada di luar kaunter tetapi hari ini pelanggan berada dalam kaunter dan pegawai bank berada di kaunter. Maka panjang lebar Pendita sampaikan mengenai pelaburan emas yang Pendita lakukan. Alhamdulillah pegawai bank berkenaan menaruh minat untuk menyertai Pendita.
Kesimpulannya,
Pelaburan emas memang menarik. Apatah lagi dengan promosi dari pelbagai pihak masa kini. Bina nama dan keyakinan diri, insyallah pengikut anda akan menyusul kemudian.
Pendita membina jenama dalam blog, facebook dan rangkaian bank-bank tempatan. Alhamdulillah beberapa pengurus Agrobank di Johor menggunakan jenama Pendita untuk membantu melariskan arrahnu mereka.
Begitu juga dengan Maybank dan Bank Islam di Pasir Gudang, wang keluar masuk tanpa henti dalam volume yang besar juga menjadi tarikan mereka. Pantang kita buat transaksi melalui kaunter dan perkhidmatan bayaran melalui cek kepada pelanggan, nama kita dalam perhatian mereka.
Kepada rangkaian Pendita di bumi nyata usah gusar tidak menerima dealer baru, bersyukurlah dapat pelanggan runcit walaupun seorang sudah memadai. Ia akan berkembang selepas itu. Yang penting perkhidmatan kita beri secara berterusan.
Insyallah pelanggan runcit akan menjadi dealer bawah anda selepas itu. Hari ini salah seorang pelanggan runcit pendita menjadi dealer acum RM40,000.00 melalui pembelian emas 2 kali iaitu pada hari Khamis (9/12/2010) membeli 2 pc emas 100gram berharga hampir RM32,000.00 dan hari ini membeli lagi seunit emas 100g pada harga RM15500.00
------Wassalam----
No comments:
Post a Comment