Friday, December 24, 2010

PERNIAGAAN PALING LARIS HARI INI

Salam,

Alhamdulillah, hari ini hari paling ceria sempena hari pembetulan akaun Pendita Emas yang lintang pukang dek aliran harga emas yang terlalu drastik pada akhir tahun. Ini disebabkan akaun Pendita terdapat tunggakan bayaran yang ditimbulkan oleh pelanggan yang membatalkan tempahan disaat-saat akhir.

Ditambah faktor pembayaran yang kurang sihat dari pelanggan menyukarkan Pendita untuk terus mempertahankan polisi mahu membantu semua yang ada, maka kata dua terpaksa dikeluarkan dan lelongan dilakukan.

Ironinya Bubble price yang memagari harga bull dan bears price memberi sedikit tekanan dan peluang semakan akaun liabiliti dapat dinyahkan. Biarpun mengalami kerugian , tindakan yang berkesan untuk memperkasakan akaun Pendita perlu dilakukan untuk memastikan pelastarian perniagaan Pendita terus berkembang.

Dalam kes ini kos melepasnya ialah Pendita memberi bantuan topup kepada rakan yang menerima tawaran dari Pendita. Walaupun dikira rugi tetapi sangat menguntung.

Terima kasih kepada agent Razak Osman yang bertalu-talu menelefon saya untuk membuat tempahan awal emas 20g X 2pc X RM3050, diikuti dengan agent Hafiz Batu Pahat jam 8.00 pagi telah memberi respon dan terus bank in ke akaun Pendita harga emas 20g X 4pc X RM3050. Diikuti dengan En Aswadi yang mahu memborong 14pc emas 20gram milik Pendita, tetapi hanya sebanyak 10pc bahagian yang diterima olehnya ditambah dengan satu emas 20gram yang baru beserta 1 dinar X 3pc X RM637.00.

Untuk makluman saudara/saudari harga emas 20g yang Pendita lelong sebenarnya pelbagai harga iaitu pada RM3058, RM3064, RM3117 dan RM3130.

Apa-apapun terima kasih diucapkan kepada tiga penama yang tercatat di atas.

KEPADA SEMUA EJEN PENDITA EMAS YANG MENGALAMI NASIB SAMA SEPERTI PENDITA JANGAN MALU, JANGAN SEGAN CALL ME BILA-BILA MASA UNTUK MENDAPATKAN INFO DAN BIMBINGAN DARI PENDITA.

ANDA PENYOKONG MEMBAWA KEJAYAAN PENDITA

No comments: