http://penditaemas999.blogspot.com/2011/02/jangkaan-pendita-terhadap-jongkong-emas.html
Salam,
Apa yang dijangkakan dan diingatkan tentang pasaran jongkong emas yang PE tetapkan pada bulan Mei 2011 kini telah menjadi kenyataan.
Posting berkenaan jika tidak silap PE ia dibuat setelah PE menghadapi krisis bersama pengurusan Public Gold yang berakhir dengan penyingkiran nama PE dari senarai Master Dealer Public Gold.
Atas kesedaran diri pelabur baru banyak pertanyaan atas desas-desus dan perkhabaran mengenai pihak Agrobank tidak menerima lagi pajakan jongkong emas di sepanjang minggu lalu mulai 10 Mei 2011 hingga 14 Mei 2011 diterima oleh PE.
Setelah recall kembali, baru PE teringatkan posting Pendita pada 2 Februari 2011 mengenai jangkaan pelaburan jongkong emas pada bulan Mei 2011 Klik sini untuk bacaan selanjutnya telah mencelarukan kebanyakan pelabur jongkong emas yang baru.
Natijahnya apa yang PE war-warkan pada posting 2/2/2011 kini telah menjadi kenyataan. Sebentar tadi PE telah menerima perkhabaran mendukacitakan dari pelabur Public Gold Dungun, Terengganu di bawah rangkaian Pendita Emas yang memaklumkan bahawa dia telah dimarahi oleh rakan-rakan pelabur emas fizikal Public Gold di bawahnya disebabkan ketika membawa emas Jongkong berkenaan untuk dipajak di Ar Rahnu Agrobank Dungun , produk mereka tidak diterima.
Alasan pihak bank ialah surat makluman mengenai tidak menerima jongkong emas di Dungun telah diterima mulai hari ini 15 Mei 2011.
Ini bermakna, tindakan pihak Agrobank ada kaitan dengan :
1. Banyak emas yang terpajak tidak dapat ditebus oleh pihak pelabur terutama jika kuantiti barangan melebihi 1 pc bagi setiap surat. PE juga telah merasanya kerana mahu menebus 1 pc dari 5 PC tidak dibenarkan sama sekali sebaliknya perlu menebus semuanya.
2. Pemanjangan tempoh pajakan tidak tertebus dirasakan mengecutkan terimaan dan kecairan bank. Ini yang merencatkan pendapatan bank dalam tempoh enam bulan setelah tempoh pajakan yang diberi tamat.
3. Membasmi program pemilikan emas 30%-70% yang terlalu giat menyebabkan emas fizikal memenuhi peti besi bank berbanding kecairan tunai yang diperlukan masyarakat perniagaan lain.
4. Membetulkan sistem pajakan emas bersandarkan emas fizikal semata-mata kepada pajakan yang lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.
1 comment:
hahahaahahahaha
Post a Comment