Sunday, May 15, 2011

Fikirkan, benarkah harga emas tahunan naik 20% hingga 30%, nilai emas kita pun naik pada angka yang sama?


Salam buat semua,

Pada posting ini, PE cuba melontarkan dan mengupas secara ilmiah mengenai kenaikan harga emas setahun dianggarkan mencapai paras setinggi 20% hingga 30%.

Persoalannya, adakah kenaikan harga emas ini, membawa kenaikan harga emas semasa milik kita?


Secara logiknya dan berfikiran waras PE katakan tidak mungkin kita menerima keadaan tersebut. Ini disebabkan :

1. Spread harga memberikan nilai kerugian secara automatik.

Semasa kita mengikat kontrak pembelian dengan penjual emas, kita telah diletakkan pada kedudukan membeli mengikut harga jualan. Ini bermaksud semasa proses pembelian tadi kita membeli emas mengikut harga emas semasa yang ditetapkan oleh pihak penjual.

Setelah kita membuat pembayaran penuh dan emas fizikal menjadi milik kita, secara automatik harga emas milik kita menjadi status harga belian. Kadar penyusutan harga emas bergantung kepada kadar spread yang ditetapkan oleh pihak penjual. Ini bermakna penyusutan harga emas berlaku dalam tempoh yang singkat.





Berdasarkan contoh di atas, jika kita membeli emas 20 gram dengan harga RM3,293, emas fizikal milik kita secara automatik berada pada harga RM3,095.00 (kerugian sebanyak RM198.00 atau perbezaan 6%) Ini bermakna jika harga emas mengalami kenaikan 20% setahun (RM3951.60), kenaikan harga emas sebenar anda berada pada paras 14% sahaja(RM3714).

2. Bergantung kepada nota janji yang berubah-ubah


Secara realitinya situasi ini memang berlaku. Sebelum menyertai program pelaburan emas fizikal yang diwar-warkan pelbagai janji diberi kepada pelabur baru. Antaranya jangan risau emas calar, bengkok, kapsul terbuka tetap kami terima, jika tidak tertebus emas dalam pajakan hubungi kami, kami akan bantu mengeluarkan emas anda.

Tetapi setelah pelabur sanggup membeli berkilo-kilo dan keuntungan memperkenalkan pelabur baru diterima dari sekilo emas dibeli hanya mampu membantu mengeluarkan 100g sahaja. Apa kes nie bro. Jika difikirkan kes ini, bukan sahaja harga emas naik 20% malahan naik 200% pun pelabur emas tetap akan kerugian bergantung kepada nilai pelaburan yang dibuat.

3. Kedai emas membeli emas milik kita pada harga runtuh 30% hingga 35%

Ujian telah dibuat ke atas beberapa produk emas milik PE. PE dapati sebagai pemilik emas kita berhadapan dengan masalah menjual semula emas kita pada mana-mana kedai emas. Ini disebabkan potongan 30% hingga 35% akan dikenakan ke atas emas kita. Bermakna jika harga emas naik sebanyak 30% sekalipun kita telah mengalami kerugian secara total sebanyak 10% lagi di pasaran terbuka. Kiraannya jika naik 30%, kenaikan emas kita sebanyak 24% kemudian dijual pada kedai emas kita mengalami penyusutan sebanyak 35%. Setelah dilihat perbandingannya kita masih kerugian 10% lagi.

4. Kiraan harga emas dalam unit gram dan auns tidak seragam

Mengenai kiraan harga emas semasa sebenarnya tiada keseragaman antara kenaikan harga emas dalam unit aun dan gram yang dikendalikan oleh para pengeluar emas domestik berbanding antarabangsa. Pelbagai cara dilakukan bagi melariskan jualan emas mereka. Antaranya walaupun harga emas semasa dunia naik tinggi, harga emas tempatan tetap naik tetapi pada kadar yang lebih kecil dan tidak selari. Matlamatnya untuk memancing pelabur yang mahu menjual semula emas mereka, pengeluar emas masih mendapat untung atas pembelian balik emas mereka pada nilai yang rendah.


Kesimpulannya,

Jika kita mahu mendapatkan pulangan sebenar atas simpanan emas dan perak , kita perlu mengekalkan emas fizikal untuk tempoh yang lama dan paling minima untuk tempoh 3 tahun.



1 comment:

HatiEmas said...

Assalamu alaikum wrt.
Terima kasih abang pendita emas atas pendedahan ilmiah begini. Itulah yang menjadi rungutan pembeli emas terutama mereka yang membeli semata mata untuk simpanan ganti kepada pelaburan kewangan. Bagi ejen mereka mungkin dapat mengejar komisyen. Berbeza dengan pelaburan berbentuk kewangan, boleh boleh keluarkan duit terutama ketika pembahagian keuntungan berupa dividen dsb. Namun bagi pelabur emas fizikal, mereka terpaksa menjual kepada ejen atau syarikat dengan harga yang lebih rendah. Jika nak jual sendiri pun agak sukar atau terpaksa tawar menawar harga. Pendek kata agak susah nak jual semula dengan keuntungan yang 'sepatutnya'. Betullah seperti kata tuan bahawa semasa kontrak jual.beli dijalankan, perlulah sangat diterangkan kepada pembeli kategori pelabur emas fizikal faham akan hakikat jenis pelaburan yang mereka sertai dan cara jual balik yang seharusnya dia tahu bagaimana dan tempatnya. Terima kasih.