Tuesday, May 24, 2011

SEMINAR MENARIK KEPELBAGAIAN INCOME MELALUI PELABURAN EMAS FIZIKAL

Salam,

Hari ini Pendita Emas berpeluang mengunjungi beberapa rakan pegawai Agrobank Kota Tinggi dan KPMJ Johor Bahru atas jemputan istimewa pihak Agrobank melalui surat panggilan peringatan pertama supaya membuat penebusan pajakan emas yang dibuat disepanjang bulan Disember 2010 yang akan tamat tempohnya pada 2 Jun 2011 yang diterima pada 23 Mei 2011. Terima atas surat peringatan yang diberi.

Maka Pendita Emas pada hari ini, 24 Mei 2011 menuju ke Agrobank Kota Tinggi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setelah transaksi selesai maka kami berbual seketika mengenai pajakan jongkong emas dan dinar emas. Pelbagai pelabur terutama rakan-rakan master dealer Public Gold membuat kenyataan bahawa emas jongkong sahaja tidak diterima masuk dan dinar emas dibenarkan lagi.

Maka setelah perbincangan bersama pegawai Agrobank berkenaan inilah info yang PE dapat kongsi bersama iaitu:

1. Surat pekeliling mengenai Agrobank tidak menerima lagi pajakan jongkong emas dan dinar emas hanya menyentuh kemasukan jongkong emas dan dinar emas baru sahaja, dengan kata mudah bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu, 15 Mei 2011 (Ahad) dan Bercuti har Ahad, 16 Mei 2011 merupakan tarikh kuatkuasa tiada penerimaan kemasukan baru pajakan Jongkong dan Dinar Emas.

2. Kepada pemajak emas yang sedia ada, jongkong emas dan dinar emas anda boleh dibuat overlap berulang-ulang kali. Maksudnya jika telah genap tempoh pajakan bayar sahaja keseluruhan upah pajak dan sedikit nilai pinjaman. Pajakan anda akan dilanjutkan untuk jangkamasa enam (6) bulan lagi.

3. Perkembangan selanjutnya pihak Agrobank akan umumkan kemudian.

Setelah selesai di Agrobank Kota Tinggi, Pendita Emas mengunjungi pula rakan Ar Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Johor (KPMJ) atas undangan meminta Pendita Emas membayar RM90.00 atas kesilapan mengira wang yang dilakukan oleh kerani KPMJ ke atas overlap emas pajakan orang lain yang Pendita Emas beli sepenuhnya. Selesai transaksi, Pendita Emas bersembang-sembang dengan kerani Ar Rahnu berkenaan.

Antara Intipati yang dibincangkan ialah:

1. Kenaikan amount nilai terkumpul pajakan melepasi RM30,000.00. Info mengenai hal ini, amount berkenaan masih dikekalkan. Ini bermakna pemajak hanya boleh memajak di KPMJ maksima RM30,000.00 untuk satu akaun. Mahu lebih Juta gunakan nama ibu bapa, anak atau saudara mara yang boleh dipercayai.

2. Pinjaman Pajakan 65% dan 70%. Untuk makluman 65% ditetapkan kepada bukan ahli KPMJ dan 70% diberi kepada semua ahli KPMJ. Mahu mendapatkan keahlian mudah sahaja daftar di pejabat KPMJ dengan bayaran RM500.

3. Serbuan pemajak jongkong dan Dinar Emas ke premis KPMJ yang panik dengan makluman pajakan jongkong dan dinar emas tidak diterima di Agrobank memberi kejutan kepada kerani KPMJ yang bertugas. Purata seramai 35 orang ke Ar Rahnu KPMJ setiap hari mulai 16 Mei 2011.

Info-info lain:

1. Pelabur emas fizikal pening kepala jongkong emas tidak terjual. Ini disebabkan spread harga emas dibeli tidak tercapai lagi kerana kejatuhan harga emas dunia pada minggu lalu. Ramai pelabur mengeluh panjang.

2. Pelabur emas GCP menjana pendapatan berlipat ganda atas kepelbagaian transaksi berikut:
  • Rantai Emas 999 GCP pemangkin kepelbagaian income pelaburan emas. Bagaimana menjananya, bukan 1 tapi dua bukan 2 tapi 5. ( Pendita Emas tidak akan mendedahkan di dalam blog ini, ia eksklusif untuk rangkaian Pendita Emas)
  • Tidak terbabit dengan sekatan pajakan yang dibuat oleh Agrobank terutama pelabur yang menumpukan rantai emas 999.
  • Pendapatan berganda atas jualan rantai emas 999 mengikut harga pasaran domestik. Terus terang Pendita Emas dapat menjual rantai emas 999 dengan harga RM175/g di sepanjang minggu (16 -19 Mei 2011) berbanding harga pasaran RM177/g. Jika dealer lain mahu menggunakan emas milik Pendita sebagai pusingan emas mereka, Pendita mengenakan bayaran RM4.00 setiap gram bagi emas yang dipinjam ( kaedah ini telah diputuskan oleh pengurusan GCP). Amalan ini rasanya PE dan mulakan semasa pinjaman emas ke atas rakan Public Gold untuk replace kepada pelabur baru dengan bayaran terus 1% tunai jika PE terima komisen Master Dealer 2.5%.
Kepada rakan Pendita Emas (dengan syarat dealer GCP sahaja) yang berminat bolehlah sertai Pendita dan rakan Pendita Emas yang lain dalam seminar yang akan PE adakan:

TAJUK :

SEMINAR MENARIK KEPELBAGAIAN INCOME MELALUI PELABURAN EMAS FIZIKAL

TEMPAT:

SELURUH NEGARA MENGIKUT KETETAPAN RAKAN PENDITA EMAS YANG BERMINAT

MASA :

SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN MULAI 29 MEI 2011

KEPERLUAN ASAS PELABURAN :

MINIMA RM36,000.00

TOPIK PERBINCANGAN :

1. ASAS PELABURAN EMAS.

2. CARA MANIPULASI EMAS FIZIKAL MENJANA PELBAGAI INCOME

3. ASAS MEMBACA GRAF PASARAN SAHAM

4. TEKNIK BERMAIN SAHAM EMAS

No comments: