Saturday, May 28, 2011

SEJARAH PENDITA DAN PELABURAN JONGKONG EMAS 2010/2011

Sejarah pelaburan jongkong emas sangat menarik. Ketika pertengahan tahun 2010 semasa PE menyertai pelaburan emas fizikal ketika itu situasinya sangat lembab. Boleh dikatakan dealernya boleh dikumpulkan dalam satu dewan sekolah yang memuatkan kurang 1000 orang.Ini disebabkan PE memegang keahlian bernombor A0792.

Letih juga ketika itu, ke sana sini dalam memperkenalkan pelaburan emas fizikal kerana ramai pelabur kurang pengetahuan emas. Buta tentang istilah pajakan arrahnu (mereka ingat hanya orang perempuan sahaja yang buat pajakan). Pasarannya lembab sangat. Buta tentang zakat emas. Buta tentang jual beli emas.

Ini disebabkan peranan Arrahnu masih belum difahami sepenuhnya. Arrahnu yang menerima produk jongkong emas terhad ketika itu. Di Johor ada Koperasi Permodalan Melayu Johor di Jalan Segget kerana salah seorang pegawainya merupakan MD Public Gold. Dari satu pusat bertambah menjadi dua dengan penubuhan pejabat mini di Wisma Abu Kassim, Skudai. Manakala lain-lain negeri ada koperasi lain yang menerima. Kelembapan ini disebabkan kes jongkong emas Etika Emas

Walau bagaimanapun satu lonjakan penyertaan ke atas pelaburan emas jongkong mula memuncak. Masih ingat ketika itu wujud beberapa syarikat emas yang baru samada menggantikan nama lama kepada nama baru atau syarikat yang meningkat naik. Antara yang menjadi perbualan ramai ketika itu ialah GCP. Semasa pengenalan syarikat ini pelbagai tohmahan dikeluarkan oleh dealer-dealer pesaing emas GCP. PE juga terpengaruh sama.

Menariknya, dalam Ramadhan bersama Ogos 2010, Agrobank menceriakan semua dealer emas jongkong kerana telah membuka peluang untuk membuat pajakan emas. Penyertaan dealer mulai bertambah dari Kemasukan dealer pada angka RM40,000.00 dalam satu resit/ terkumpul sehinggalah kepada penurunan modal RM20,000.00. Melalui teknik rempit yang didokumentasikan oleh Pendita Emas memainkan peranan memajukan pergerakan pelaburan emas. Modul yang PE gunakan ialah harga emas pada bulan Ogos 2010

Atas penyelidikan PE ke atas pelaburan emas jongkong domestik, PE telah mendapat beberapa info yang merisaukan diri dalam pelaburan ini iaitu:

1. Anda tidak akan selamat berada dalam posisi anda dalam sesebuah syarikat bila syarikat membuat pelbagai perubahan polisi terutama mengenai had jualan yang ditetapkan dalam tempoh masa dan juumlah yang kurang munasabah.

2. Pajakan tidak akan bertahan lama jika amalan pajakan selama 6 bulan dan pinjaman setinggi 65% diberikan kecuali ke atas barang kemas dan pajakan di kalangan peniaga.

Atas maklumat tersebut dan pengalaman menyertai pelbagai perniagaan MLM, PE cuba mempelbagaikan penyertaan dalam pelaburan emas fizikal. Salah satunya ialah GCP. Keahlian GCP ketika bulan Disember 2010 masih kecil. PE menggunakan nombor keahlian A1243. Senang kata PE berada pada kedudukan keahlian ke 243.

Sebagai satu promosi GCP, PE muatkan posting mengenai kelebihan produk emas GCP dalam blog Penditaemas999. Rupa-rupanya ramai MD MD seteru GCP tidak senang dengan tindakan PE. Sampai ada otai MD menasihatkan PE jangan mempelbagaikan promosi dalam blog PE. Matlamat PE jelas, jangan bergantung kepada satu syarikat.

Akhirnya, PE telah dituduh menjual produk syarikat di dalam setiap siri ceramah PE seteru GCP. Maka tak semena-mena keluarlah kenyataan-kenyataan yang mengaku raja dealer memerintah memanda menteri yang mengerunkan lagaknya, mengaku MD otai pada PE. Walhal PE tak pernahpun belajar dengan makhluk nie samada dalam manipulasi emas maupun pengisian ceramah PE. Maka keluarlah surat peringatan yang terus melucutkan status PE sebagai MD.

Atas tindakan tidak profesional mereka, PE telah mengeluarkan posting dalam blog PE mengenai jangkaan penerimaan jongkong emas dalam pasaran domestik mulai Mei 2011. Salah satu yang PE perkatakan ialah jika tiada gangguan kepada pasaran domestik, perjalanan jongkong emas akan berjalan lancar dan berlaku sebaliknya jika tergugat.

Kini disebaliknya telah berlaku. Pasaran jongkong emas domestik terganggu dan terencat. Dokongan yang diberi oleh Agrobank telah dilepaskan secara perlahan-lahan menjadikan pasaran jongkong kini berputar kembali ke paksi permulaan. Lesu dan hambar. Keadaan ini telah menjadi satu situasi yang panik. Bagi MD MD yang berbangga berjaya membawa masuk pelabur bernilai ratusan ribu ringgit sudah pusing kepala. Janji mereka ditagih. Pening kepala bila mahu melayan kerena anak buah minta bantuan untuk mengeluarkan emas mereka apabila tempoh pajakan semakin hampir. Ketika inilah peranan MD yang berilmu dapat menyelamatkan mereka.

Jangan risau dengan pajakan yang hampir tamatt tempohnya. Mengadaplah pegawai Arrahnu berbincang minta lanjutkan tempoh pajakan 6 bulan lagi. Caranya mudah aja. Bawa surat pajak bersama ke Arrahnu.

Seronok PE melihat situasi Agrobank tidak menerima Gold Bar dan Dinar emas yang terkini sebab:

1. Akan lahir jutawan emas Melayu yang baru terutama yang sedia mengambil harga buyback dan yang banyak kecairan tunai.

2. Menghuru-harakan perniagaan emas jongkong sepanjang tahun

3. Pengetatan syarat menjadi dealer dan pembuangan dealer yang tidak ekonomik kerana profit mengecut termasuk PE dan rakan karib PE yang sama-sama memasuki GCP

4. Menjelaskan kepada dunia bahawa negara kita belum boleh menerima lagi secara total rakyatnya memanipulasi emas jongkong.

5. Menunjukkan kekuatan bank bahawa hanya mereka sahaja yang mampu mengerakkan kemajuan pasaran emas jongkong domestik dan dalam masa sama mencanangkan produk GIA, Passbook gold bersandarkan wang tunai.

6. Terbantutnya program belian emas jongkong mengikut harga arrahnu secara total menyelamatkan ramai pelabur yang bijak dan bebas dari masalah kewangan

7. Memperlihatkan tingkahlaku dealer-dealer yang kutuk mengutuk ke atas sesuatu produk pesaing, gigit jari atas pelastarian produk pesaing mereka yang mendapat pajakan 360 darjah.

Sekian.

Disclimer : Coretan ini hanya catatan untuk peribadi dan tiada kena mengena dengan orang lain

No comments: