Monday, May 20, 2013

SIRI 1 : SASARAN HARGA DROP KE USD1320 PADA 20 MEI 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Hari ini tanggal 20 Mei 2013 menyaksikan harga emas masih berada pada posisi yang rendah dengan pasaran Asia tidak mampu membuat lonjakan apabila pelabur dan spekulator masih dipengaruhi sentimen pergerakan harga rendah sepanjang minggu lepas.


Menjelang petang harga emas mendaki sedikit ke paras USD1364 yang dipengaruhi oleh sentimen data ekonomi Eropah. Walau bagaimanapun kenaikan harga emas berlaku seketika sahaja apabila sentimen terhadap penantian minit mesyuarat FED pada rabu nanti menjadi perhatian kepada semua spekulator.

Malam ini akan berlaku sekali lagi harga emas untuk menyelam. Sejauh mana selaman kapal selam membawa harga emas bergantung kepada rumusan yang akan disampaikan oleh Evan, Pengerusi Fed Chicago pada jam 1.00 malam (waktu tempatan).

Berdasarkan analisis teknikal pula posting ini disokong oleh dua carta berikut:

a. Pergerakan harga emas dalam tempoh masa 4 jam mendapati harga hanya bergerak sekitar USD5.00/aun sahaja. Walau bagaimanapun jika melepasi USD1364 buat kali kedua pasti akan ada kejutan lonjakan harga saujana jauh memandang. Dan harga menyelam akan berlaku jika harga kekal di bawah paras USD1364.


b. Carta harga 1 hari, harga masih kekal di bawah tekanan.

Kenapa ucapan Evans menjadi faktor analisis fundamental harga emas?
Biasanya apa yang dituturkan oleh Evans akan menekan pergerakan harga emas semasa dunia.



Apa-apapun harga emas masih berada dalam lingkungan line harga sasaran Pendita Emas iaitu pada harga tambatan USD1364 sahaja. Untuk makluman harga tambatan merupakan harga rintangan peringkat pertama yang perlu ditembusi oleh harga emas bagi memastikan harga akan terus mendaki keperingkat seterusnya.

Harga sasaran Pendita Emas sepanjang minggu 20 hingga 24 Mei 2013.

Dari segi pembelian harga emas fizikal, harga terekod masih mampu milik untuk kita beli berdasarkan jadual harga dilampirkan.

Harga emas fizikal tempatan bermula jam 5.00pm 20 Mei 2013 hingga 10.00am 21 Mei 2013


No comments: