Wednesday, February 2, 2011

BENARKAH HARGA SPREAD YANG KECIL MENGUNTUNGKAN PELABURAN EMAS SEMASA?

Salam,

Pada malam ini Pendita ingin mengeluarkan pendapat mengenai julat spread manakah yang menguntungkan samada spread yang kecil atau yang besar. Tiada ulasan mengenai spread secara ilmiah ditemui. Kebanyakan ulasan hanya tertumpu kepada pemilik emas mengalami kerugian yang kecil. Pernyataannya secara rambang, jika harga spread kecil maka kerugian yang kita alami sangat kecil manakala spread yang besar kita katakan sangat merugikan.

Jom kita bicarakan satu persatu permasalahan ini;

Julat Spread yang kecil

Julat spread harga yang kecil antara 5% hingga 6% yang diberi oleh sesebuah syarikat menampakkan kita tiada mengalami kerugian tetapi sebenarnya kerugian dialami sangat besar dipihak pengedar atau pembeli apabila harga we sell dan we buy telah ditetapkan.

Mengambil contoh harga di bawah, bila harga emas berada pada kedudukan harga jualan RM3022 dan harga belian RM2841 (beza harga RM181.00 nampak kecil tapi impaknya besar)



Di pihak penganjur

Spread yang kecil sebenarnya sangat menguntung pihak penganjur. Harga mengikat pengedar untuk setia kepada sesebuah syarikat. Di sini harga dimanipulasi. Jika merugikan harga emas akan distabilkan tanpa kita sedari dan jika menguntungkan hanya diturunkan sedikit. Kesannya pengedar akan kekal lama bersama pihak penganjur.

Di pihak pengedar

Apa yang berlaku seterusnya ialah semua pengedar bertindak sebagai jurujual sahaja kepada pihak penganjur. Pengedar kena akur dengan harga maksima dan minima yang ditetapkan. Tiada peluang pengedar untuk memaksimakan keuntungan melampaui harga ditetapkan Jika salah langkah kita akan mendapat harga kos atau kerugian. Senang kata pengedar tidak boleh membuka harga. Jika mengikut sistem pemasaran sebenar kita akan menemui pergerakan barangan dah harga seperti rajah di bawah ini:

pengeluar--->pemborong/pengedar ---> peruncit----> pengguna

Tetapi adakah prinsip pemasraan ini digunakan oleh pihak penganjur. pelaburan emas masa kini. Sila buat kajian tuan/puan?

Yang ada hanya ---> pengeluar(penganjur) ---> pengedar---> pengguna

Spread kecil sebenarnya merugikan

Kenapa dalam kerugian? Ini disebabkan untuk memastikan pembeli membeli produk pengedar, pengedar sebenarnya mengeluarkan pelbagai kos liabiliti yang kita lepas pandang antaranya perbelanjaan telefon, minyak petrol, minyak hitam/jarak perjalanan, tayar kenderaan, tenaga, masa, wang kopi/teh dan bahan bercetak.

Jika sekali bicara terus masuk, kita akan untung tetapi jika kita terpaksa membuat deal 3 hingga 4 kali dengan setiap deal memakan kos RM40.00 tentu kos memuncak kepada RM120 dan RM160.00. Untung lepas emas dibeli hanya RM20.00. Tambah dengan 2% komisen Master dealer belum tentu dapat menampung kos.

Ambil contoh kes yang Pendita alami sendiri, buat talk di Manjung, Perak selama dua hari. Perbelanjaan sendiri yang dikeluarkan RM1000.00. Masuklah 5 orang dengan setiap seorang melabur RM21,000.00 menjadikan pelaburan terkumpul RM105,000.00. Agak-agak anda berapa pendita dapat sebagai Master Dealer? Jawapannya hanya RM500.00 sahaja. Tertanggungkah kos yang Pendita keluarkan.

Kerugian di pihak industri

kerugian kepada industri pelaburan emas, pengeluaran emas menjadi terhad di sebabkan tindakan pelanggan memerap emas dalam jangka masa yang lama .Perniagaan emas menjadi malap. Penyimpanan emas berpanjangan bukan satu keuntungan tetapi satu musibah kepada aliran emas domestik. Jika disimpan lama dalam arrahnu sudah pasti menjadi liabiliti kepada pemajak jika harga emas turun mendadak secara berpanjangan.

Kita kena sedar adakah pendapatan tahunan sesebuah keluarga di Malaysia antara RM18,000 hingga RM50,000.00 boleh menjadikan rakyat kita bersedia menyimpan stok emas dalam tempoh yang lama?

Spread harga julat yang besar

Emas Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 658/pc RM: 559/pc
GoldBar GCP 10g RM: 1520/pc RM: 1300/pc
GoldBar GCP 20g RM: 3040/pc RM: 2600/pc
Rantai Tangan 999 RM: 152.77/g RM: 129.85/g
PAMP SUISSE 5g RM: 821/pc RM: 698/pc
PAMP SUISSE 10g RM: 1,558/pc RM: 1,371/pc
PAMP SUISSE 20g RM: 3,012/pc RM: 2,650/pc
PAMP SUISSE 50g RM: 7,529/pc RM: 6,625/pc
PAMP SUISSE 100g RM: 14,710/pc RM: 13,166/pc
PAMP SUISSE 500g RM: 73,184/pc RM: 65,499/pc
PAMP SUISSE 1kg RM: 146,367/pc RM: 130,998/pc


Julat yang besar sekurang-kurangnya 20% sebenarnya sangat menguntungkan banyak pihak antaranya.

1. Menjadikan pelaburan emas menjadi rancak dalam pasaran terbuka. pelabur akan sentiasa bersedia dengan pergerakan harga semasa. Jualan dan pembelian panik menjadi rencah pelaburan emas. Harga emas dapat dinaikkan dengan seberapa segera.

2. Pelbagai peringkat aliran produk emas akan dapat merasa keuntungan bersama, bermula dengan pelombong, pengilang, orang tengah, peruncit dan pelanggan. Ini membolehkan keuntungan berangkai dapat dilahirkan.

3. Kitaran hayat produk emas berlaku silih berganti. Ini membolehkan pelbagai design terkini dapat direka dan dipamerkan untuk mendapatkan harga yang tinggi mengikut stok emas yang dimiliki.

4. Pengedar syarikat emas silap-silap boleh menjadi tauke emas paling berjaya. Bergantung kepada daya kepimpinan yang dimiliki dengan sendirinya banyak pihak akan mendapat impaknya.


5. julat harga yang besar membantu pengedar atau pemilik emas jual mahal jika tidak mendapat persetujuan harga yang dikehendaki.

5 comments:

Unknown said...

Boikot PG

Unknown said...

Boikot PG

Unknown said...

Boikot PG

Anonymous said...

tahniah kerana membuka mata banyak pihak mengenai spread,mohon keizinan untuk copy artikel.

haidar said...

struktur dan mekanisma harga sentiasa boleh diperdebatkan. Spread yang besar akan maembuat tidak ada orang atau kurang orang akan menjual emaskembali kepada pengeluar kerana akan menyebabkan kerugian besar buat pelabur. SpreD yang besar membolehkan pengedar mendapat profit margin yang lebih tinggi. tapi buat pelabor, kalAu ingin mendapatkan keuntungan yang lebih, terpaksa mencari pembeli sendiri.