Alhamdulillah, impak kepada pergerakan harga cubaan di tingkat USD1380/oz telah mendorong kenaikan harga psikologi yang berterusan di paras melebihi USD1370.00. Cetusan harga telah bermula pada jam 1:10 pagi 17/2/2011 seperti berikut:
Petang ini pada jam 4:55 petang, Pendita baru berkesempatan melihat pergerakan harga semasa emas dunia. Tidak payah pergi terlalu jauh, jom kita lihat harga terkini yang pendita spot pada pergerakan harga setiap 1 minit menunjukkan harga seperti berikut bermula pada jam 12.00 tengahari hingga jam 4:55 petang:
Bagaimana pula dengan pergerakan harga emas semasa jika dilihat pergerakannya pada setiap 5 minit. Begini pergerakan harganya:
Berdasarkan pencerapan awal harga emas pada hari ini, kesimpulan awal harga yang boleh Pendita perkatakan ialah:
1. Harga emas sudah berada pada kedudukan paras harga yang meninggi sedikit dan mula bermain dipersekitaran harga USD1370 ke atas. Naik atau turun inilah harga paksinya.
2. Jika harga ini berterusan, angin perubahan harga ke paras yang lebih tinggi akan berlaku pada bila-bila masa sahaja, jika tidak jam 8.00 malam, jam 12.00 malam atau sekitar jam 2.00 pagi.
3. Hasil pergerakan harga emas semasa dunia, sudah membawa sekali perubahan yang besar kepada harga emas domestik. Lihat sahaja harga emas yang menjadi panduan Pendita selama ini iaitu emas 20 gram yang berada disekitar RM3050.00 telah melompat ke peringkat kawasan harga RM3100.00:
:
4. Siapa yang mahu menambah pelaburan emas melalui penggunaan buku pelaburan emas seperti Passbook Gold Maybank, inilah masa yang sesuai untuk anda menambah stok emas sedia ada. Ini disebabkan perubahan harga emas di luar akan mempengaruhi pergerakan harga emas di bank-bank tempatan.
5. Jika sesiapa yang mahu menambah stok yang sedia ada di tangan, inilah masa yang sesuai untuk melakukannya. Ingat emas adalah pelindung nilai walaupun pada hari ini emas 20 gram milik anda berharga RM3100.00 dalam masa 2 bulan lagi sudah pasti harga emas sama nilai berat berharga lebih mahal lagi. Umpama sekeping dinar, harganya tetap mempunyai nilai yang sama dengan seekor kambing dalam tempoh setahun, 10 tahun, 100 tahun maupun beribu-ribu tahun.
No comments:
Post a Comment