Friday, February 18, 2011

HARGA EMAS PADA MALAM 18/2/2011 DAN PAGI 19/11/2011


Salam,



Beginilah kedudukan graf harga emas yang dapat Pendita lakarkan sebagai pergerakan graf emas dihujung minggu ini.

Kenapa pendita berkata demikian?

1. Harga emas bubble telah dipecahkan pada minggu ini melalui pecahan harga psikologi yang tertinggi pada ketika itu jam 9;45 malam 17/2/2011 di kedudukan harga USD1382. Harga berkenaan merupakan satu-satunya harga ujian paling tinggi pada minggu ini dan telah diikuti secara berturutan pada hari-hari selepasnya. Senang kata harga take off berada pada minggu ini. Kunci segala kekalutan harga emas selama sebulan lebih telah terbuka dengan luasnya.

2. Pergolakan politik di Timur Tengah sebenarnya menjadi satu perang psikologi kepada rakyat di sana mengenai keamanan dan kestabilan negara terutama yang menghadapi pemerintahan tentera buat jangkamasa 6 bulan. Segalanya pasti akan berlaku, celik sahaja mata mereka, perasaan tidak puashati setiap rakyat akan membuak-buak. penggulingan kuasa akan terus berlaku bila satu penggulingan telah tercetus. Lebih-lebih lagi penglibatan politik parti sayap pembangkang yang diharamkan semasa pemerintahan sang diktator sudah pasti akan menjadi tunjang dan juara demokrasi. Bila dilihat kepada kedua-dua situasi maka akan ada usaha-usaha membawa keluar aset-aset berharga keluar negara. salah satunya ialah emas.

3. Kejatuhan Dollar Amerika sebenarnya membuka peluang kepada kenaikan kadar tukaran mata wang masing-masing. Dikalangan penyelidik ekonomi tempatan sudah pasti mengatakan sudah ngantuk disorongkan bantal, atau besar tapak tangan nyiru kami tadahkan. Sudah pasti kenaikan harga mata wang memberi kuasa beli mereka dan satu instrumen yang paling bernilai ialah emas. Dengan sendirinya permintaan terhadap emas naik mendadak kerana emas pelindung nilai seantero dunia. Nilainya seragam diseluruh dunia.

No comments: