Tuesday, February 1, 2011

PENDITA EMAS AKAN BERWAJAH BARU MULAI 2/2/2011

Salam,

Nada bebas Pendita Emas mula berkemundang.
Selamat tinggal Public Gold dan pendapatan beribu-ribu dari anda.

Alhamdulillah, dengan keluarnya surat reminder dari Public Gold, blog Pendita Emas kini bebas untuk membuat promosi besar-besaran pelaburan emas dari syarikat-syarikat lain dengan aman secara umum.


Promosi hari ini Pendita mahu high lightkan tentang jongkong emas GCP?



Mengapa Jongkong Emas GCP?

1. GCP menyediakan harga dealer dan harga runcit di pasaran terbuka. Umpana harga cili, kita ada harga ladang, ada harga pemborong dan harga runcit. Begitu juga dengan produk GCP, GCP menyediakan harga kilang, dealer mendapat harga pemborong manakala runner akan mendapat harga runcit sebelum sampai kepada pelanggan. Ini bermakna pergerakan emas GCP ke pengguna dealer sendiri yang menentukan.

2. Standard emas setanding dengan emas tempatan yang lain. Insyallah, sudah ada rakan arrahnu yang sedia untuk menguji purity emas jongkong GCP seperti emas KFH. Tunggu hasil bedah siasat Pendita selepas ini.

3. Harga spread yang tinggi, sebenarnya akan membantu industri emas berkembang dengan sihat dan berterusan. manipulasi harga itu sendiri akan menjadikan emas satu pelaburan menarik. Emas yang ada di pasaran dapat ditukar ganti dengan emas yang baru dalam kuantiti yang banyak dipihak kilang mengikut masa ditetapkan.

kenapa Pendita berkata begitu? Jika pemilik emas melihat kejatuhan emas yang ekstrim, dan kenaikan yang perlahan akan menggangu psikologi mereka. Mereka akan terus menjual emas jika menghadapi situasi berkenaan. Senang kata kita sentiasa alert tentang harga emas.


Tetapi sebaliknya, jika harga emas berada pada spread yang kecil, sudah pasti pemilik emas akan menyimpan emas dalam jangka masa yang panjang untuk mendapatkan harga emas paling tinggi. Kita kata penyimpan berada dalam zon selesa. Naik atau turun tiada memberi makna.

Kena pula spread hanya RM5.00, nak sampai harga jualan asal menunggu 3 bulan. Jika ini berlaku sudah pasti tukang-tukang emas tidak dapat bekerja untuk menghasilkan design emas yang baru kerana bahan mentah yang ada terhad. Kenaikan harga mendadak akan berlaku tetapi kemudiannya berlaku penjualan emas yang ekstrim. Kesannya akan berlaku kelompangan masa jual beli emas yang menyebabkan bayaran dah dibuat, barangan akan tiba 3 minggu lewat.


4. harga market yang fleksibel. Senario keadaan harga begini akan menjadikan kita seorang peniaga emas yang tidak mementingkan keuntungan maksima. Dalam masa sama kita dapat melakukan tanggungjawab sosial terhadap pelanggan. Dengan kata mudah selain berniaga kita dapat membantu memberi peluang pembeli yang kekurangan wang untuk medapat emas dikehendaki dengan potongan harga paling minima. Yang penting niat.

Penafian : Platform ini merupakan platform bebas membincangkan produk emas mana-mana syarikat yang Pendita fikirkan sesuai untuk dikongsi bersama. Pendita tiada kaitan pematuhan dengan mana-mana syarikat emas.

No comments: