Wednesday, July 31, 2013

HARGA EMAS SEPANJANG 20 JUN SEHINGGA 31 JULAI 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN


Price History
Last: 1,326.90Last Trade: Jul 31, 2013
DateHighLowOpenCloseVolume
Jul 311,330.701,322.601,323.401,326.907,391
Jul 301,329.601,316.201,327.201,324.0044,769
Jul 291,338.101,322.601,333.601,328.40134,359
Jul 261,340.501,311.901,333.301,321.50169,765
Jul 251,337.501,308.401,321.201,328.80176,485
Jul 241,348.701,312.701,347.501,319.50182,162
Jul 231,348.701,325.601,334.301,334.70159,441
Jul 221,339.101,295.401,296.201,336.00191,735
Jul 191,297.101,281.401,282.401,292.90134,153
Jul 181,287.901,273.301,274.401,284.20123,913
Jul 171,299.701,269.301,291.201,277.50223,427
Jul 161,294.701,275.601,281.601,290.40127,630
Jul 151,293.601,272.501,283.901,283.50116,682
Jul 121,287.401,266.401,284.901,277.60136,396
Jul 111,297.201,262.101,265.701,279.90207,150
Jul 101,265.601,242.201,249.101,247.40190,149
Jul 91,258.701,232.001,235.201,245.90166,683
Jul 81,237.401,214.401,221.101,234.90140,566
Jul 51,257.101,206.901,252.701,212.70227,043
Jul 41,257.101,243.801,252.701,251.90152,851
Jul 31,259.301,236.001,241.901,251.90169,736
Jul 21,267.001,238.801,252.701,243.40169,736
Jul 11,261.701,224.101,232.901,255.70204,048
Jun 281,234.801,179.401,199.501,223.70309,347
Jun 271,244.201,196.101,225.501,211.60261,390
Jun 261,277.501,221.001,277.001,229.80318,396
Jun 251,289.001,270.701,281.701,275.10161,803
Jun 241,300.701,275.101,296.301,277.10160,333
Jun 211,301.701,268.701,277.601,292.00190,154
Jun 201,351.201,275.401,351.201,286.20368,874

Saturday, July 27, 2013

Bandaraya Detroit Mohon Perlindungan Muflis : Tragedi buat US, Bahagia buat pelabur emas fizikal

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Pendita Emas merasakan harga emas jatuh sehingga USD900/aun yang banyak diperkatakan ketika harga menyusut sehingga pada paras USD1177/aun (23 Jun 2013) akan gagal direalisasikan.

Minggu lepas kita mendapat perkhabaran bahawa Bandaraya Detroit diistihyarkan muflis kerana  hutang bandar berkenaan mencecah 20 billion dari 100,000 pemiutang. 

Dengan andaian pengistyharan muflis berkenaan bandar berkenaan akan dapat menghindarkannya daripada:

i. Membuat bayaran balik kepada pemiutangnya.
ii.Tanggungjawan  menguruskan bayaran pencen dan keselamatan buat penduduk dan pekerja awamnya.

Kesan jangka panjangnya ialah :

i. Bandar Detroit bakal menjadi pencetus kepada 9 bandaraya yang lain untuk mengikut jejaknya.
ii. Percetakan wang USD akan kembali melambak dalam pasaran untuk jangka panjang disebabkan kesediaan rakyatnya membuat pinjaman dan berhutang.
iii. Nilai USD akan melemah, Nilai Emas melonjak dimana kuasa beli dolar terus gagal membeli emas fizikal walau seaun.

Sumber : http://www.cnbc.com/id/100907995


Harga emas penuh ranjau minggu bertarikh 29 Julai 2013 hingga 2 Ogos 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Minggu hadapan bertarikh 29 Julai hingga 2 Ogos 2013 dikhabarkan harga emas akan mengalami kecelaruan apabila pada minggu terakhir Julai dan awal Ogos 2013 trading kita akan dipenuhi dengan aktiviti FOMC, US GDP, Payroll dan ECB.


Harga Minyak tinggi USD104/tong, Inflasi sudah bermula di sana-sini

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Minyak Global

10 Julai 2013 Persatuan negara-negara pengeluar minyak dunia (OPEC) menyatakan bahawa permintaan minyak akan bertambah 1,000,000 tong/ hari pada tahun 2014 dengan menjanjikan bahawa penawaran dijangka tidak terangsang akibat dari pergolakan politik dunia.

Ini bermakna tinggal 5 bulan sahaja lagi tahun 2013 meninggalkan kita kita telah dihidangkan dengan berita yang tidak enak seperti kita yang menjadi pengguna bandar menghadapi situasi serba-serbinya berbayar.

Terkini harga minyak telah bertahan melepasi USD100/tong dan pada 19 Julai 2013 berada pada paras tertingginya USD108/tong dan ditutup rendah sedikit pada akhir dagangan minggu ini di paras USD104/tong.


Kenaikan harga minyak dunia mendorong negara-negara pengguna bahan api akan menyerap kenaikan melalui kenaikan harga jualan minyak domestik negara masing-masing.

Minyak = Inflasi di Indonesia

Impak daripada kenaikan harga minyak telah menolak naik kadar inflasi di sana-sini. Berita dari negara jiran Indonesia inflasinya sudah berada pada kadar 8% apabila kenaikan harga minyak dunia membawa kesan kenaikan harga minyak tempatan yang ditentang oleh penunjuk perasaan pada 17 Jun 2013 yang lalu.

Kita sedia maklum bahawa bahan api gasolin (minyak tanah) sangat diperlukan oleh setiap isi rumah di Indonesia bagi kegunaan memasak (dapur kompor) dan menyalakan api pelita setiap malam seperti yang dialami rakyat negara kita tahun-tahun 1970an hingga 1980an.

Mengikut sumber, kenaikan inflasi pada tahun 2013 tidak seperti pada tahun 2005 dan 2008 apabila kenaikan mendadak inflasi pada 8% diakibatkan oleh kelemahan nilai Rupiah sedia ada.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130727/ek_01/Inflasi-Indonesia-8-peratus

Ini bermakna inflasi di Indonesia ketika ini disebabkan oleh kuasa beli rupiah itu sendiri.

Minyak VS Inflasi di Malaysia

Bagi negara Malaysia juga jika kenaikan  inflasi berlaku, Ringgit Malaysia berada pada nilai kuasa beli RM yang rendah kerana ketika ini nilai RM lebih kurang RM3.20 bagi setiap 1 USD.

Pendita Emas merasa bersyukur hidup di Malaysia, walaupun berlaku kenaikan harga minyak ia banyak menghambat pengguna berkenderaan secara total.

Untuk bebanan penggunaan gasolin (minyak tanah) di rumah-rumah rasanya dalam amount yang kecil bagi setiap bulan.

Manakala penggunaan gas memasak, harga gas bersubsidi RM24.60/tong mampu mengurangkan kos belanja gas sebanyak 4 bulan jika digunakan secara maksima setiap hari.

Dari sudut barang kepenggunaan dari Jan-Jun 2013 sekadar 1.6%.  Pendita Emas merasakan kerajaan Malaysia telah bertindak lebih bijak di sini walaupun kita melihat seolah-olah kerajaan lambat bertindak antaranya:

i. Perkongsian kekayaan melalui hasil sumber negara melalui subsidi minyak yang berterusan.
ii. Subsidi ke atas barangan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak makan.
ii. Pelan kontigensi penstabilan harga barangan asas seperti ayam dengan membuka lesen pengimportan yang baru.
iii. Kawalan harga barang keperluan untuk musim-musim perayaan sangat terpuji.

Walau bagaimanapun keberkesanan pelaksanaan harga barang kepegunaan bergantung kepada pelaksanaan penguatkuasaan.

Disamping itu kemakmuran ekonomi belum tentu mengekalkan kesejahteraan ekonomi domsetik jika persekitaran ekonomi negara serantau dan dunia mengalami inflasi sebabnya pembuangan pekerja akan berlaku jika produk kita gagal dieksport ke negara yang memerlukan.

Terkini MIER menurunkan kadar kenaikan ekonomi negara kita atas faktor nilai eksport yang menguncup sehingga Mei 2013.


Monday, July 22, 2013

Harga pajakan dah naik USD153/gram


PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua,

Harga emas mengekalkan momentunnya pada pagi ini 23 Julai 2013 apabila harga berada sekitar USD1335 selepas membuat break away melepasi harga USD1338/aun.


Ini membawa sedikit kenaikan harga emas pajakan yang melibatkan pergerakan harga sekali dalam sehari. Kita rekodkan harga pajakan Bank Rakyat sebagai bench mark harga pajakan negara




USD1334.78/aun menuju harga super dupa bonus Pendita Emas USD1335

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,



Alhamdulillah sekitar jam 12.00 malam tanggal 23 Julai 2013 harga emas telah menyentuh bumbung harga USD1334.78  menjadi harga terbaru selepas sebulan mendak.




Inilah yang dikatakan harga mekar apabila harga sasaran Pendita Emas 1324 dilepasi insyallah harga bakal mekar untuk melonjak lagi dengan anggaran sekitar USD1383.

harga rintangan dan sokongan sasaran pada 23 Julai 2013.

harga rintangan
harga xtra bonus USD1383/aun
harga super dupa bonus USD1373/aun
harga super bonus USD1363/aun
harga tinggi USD1353/aun
harga pertengahan USD1343/aun
harga tambatan USD1338/aun

harga sokongan
harga tebatan USD1328/aun
harga kaki USD1323/aun
harga sinki USD1318/aun


USD1328: Harga emas pecah rekod jam 10.00 malam, 22 Julai 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Alhamdulillah, dalam sehari dan sekelip mata sahaja harga emas memecah rekod melepasi harga USD1328 pada jam 10.00 malam tanggal 22 Julai 2013.


Walau bagaimanapun sebelum itu, harga USD1324 telah dilepasi sekitar jam 8.00 malam.


Cetusan harga ke arah USD1324 sebenarnya berlaku sejak jam 6.00 pagi pada 22 Julai 2013 dimana lonjakan ke paras USD1316 adalah luar biasa,



Tanggal 20 Julai 2013 lakaran harga Pendita Emas adalah seperti berikut dengan menetapkan USD1324 sebagai harga target. Jika harga melepasi USD1324, pasti harga mekar ke atas harga emas pasti akan berlaku. Segala catatan mengapa Pendita Emas memilih harga pada paras USD1324 dapat dijelaskan pada posting ini. http://penditaemas999.blogspot.com/2013/07/rm148g-rm150g-harga-emas-bertahan.html.



Berapa lama Pendita Emas menanti harga emas melepasi paras USD1324 sila baca posting berikut:

i. Harga emas disasarkan melepasi USD1324 pada minggu 22 hingga 26 Julai 2013.



ii. Harga emas disasarkan melepasi USD1324 pada minggu 15 hingga 19 Julai 2013.


iii) Untuk melepasi USD1324, harga rintangan USD1300 perlu dilepasi.



Kesimpulannya kenaikan harga emas didorong oleh tanda-tanda positif harga emas masa kini.


Sunday, July 21, 2013

USD1316/aun memecah harga rintangan USD1300 pada 22 Julai 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,


USD1324 merupakan harga rintangan tertinggi yang Pendita Emas sasarkan sejak 2 minggu yang lepas perlu dicapai. Walau bagaimanapun, paras harga USD1300 merupakan harga rintingan terawal perlu dibocori. Bocor harga siling USD1300/aun maka akan bermulalah mekanisma harga bullish.

Graf: Harga emas melonjak seawal jam 6.00am waktu Malaysia
Alhamdulillah pada jam 6.00am bertarikh 22 Julai 2013 lonjakan harga emas melepasi 3 harga rintangan sekaligus yang Pendita Galurkan. Ini menunjukkan pasaran Asia pada pagi ini memberi impak positif kepada harga emas.

Salah satu hint yang Pendita Emas rasakan harga emas melonjak apabila  Pilihanraya Parlimen Jepun pada 21 Julai 2013 memberi kemenangan mudah kepada Abe yang akan meneruskan dasar-dasar ekonomi negara yang dirancangkan sebelum pilihanraya. Tahniah buat Abe, kemenangan parti LDP merancakkan saham di Jepun dan Asia secara keseluruhan.

Lakaran-lakaran harga diharapkan menuju USD1324 adalah seperti berikut:

i. Harga mencapai USD1316.



ii. 20 Julai 2013 harga disasarkan mengikut garis-garis harga Pendita Emas.


iii. Spark harga dibina untuk membolehkan harga diharapkan melonjak menjadi.


iv. Perasaan bersemangat mendorong target USD1324/aun menjadi minggu depan kerana terlalu banyak lost harga emas setiap gram sejak Januari 2012.

PERSEDIAAN PENCEN: PILIH EMAS DAN PERAK ATAU MINYAK DAN GAS

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Alhamdulillah, hari ini Pendita Emas dibukakan minda untuk berkongsi pandangan berkenaan apa perlu kita sediakan untuk diri kita menuju ke zon persaraan kita dari segi ekonomi.

Pandangan ini bukan mengajak teman-teman seolah-olah kita mahu menongkat dunia tetapi mengikut kata-kata hadis yang Dhai'if yang popular masa kini " bekerjalah kami seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah akan mati esok


Marilah sama-sama menyiapkan diri untuk persaraan kita bukan sahaja hanya berpuashati dengan simpanan KWSP, wang graduiti atau pencen bulanan tetapi kita perlu mempunyai medium penyimpan nilai wang yang lebih besar untuk kita pada masa depan iaitu emas dan perak.

Pendita Emas tahu  pelabur baru yang memilih komoditi dalam pelaburan membabitkan emas dan perak seolah-olah rasa teraniaya. Anggaplah ia satu pengorbanan untuk masa depan kita yang lebih cerah.

Ini bermakna pengorbanan bukan untuk menghadapi cabaran hidup secara sosial, ia juga terjadi kepada ekonomi yang ingin kita bina.


Cuma kelebihan sanggup berkorban dalam meningkatkan ekomoni ia akan membawa kebahagiaan keseluruhan hidup kita. Dari segi agama sahaja kejayaan ekonomi kita dapat mengelakkan diri dari kekufuran.

Pilihan emas dan perak adalah satu pilihan yang bijak kerana nilai masa depan yang kalis inflasi dan melindung wang milik kita pada masa kini dan selamanya.

Hal ini adalah cadangan yang Pendita Emas dapat sampaikan kerana pada hari ini, harga emas mengalami kejatuhan yang sangat teruk melebihi 26%(emas) dan 35% (perak).


Menurut unjuran Bloomberg, pasaran barang komoditi dunia berdasarkan data selama 6 bulan pertama tahun 2013 mendapati gas dan minyak mengalami kenaikan 5-6% manakala emas den perak menjunam terlalu jauh kepada 25-36%.


Ramai pakar-pakar pelaburan menyarankan agar minyak dan gas menjadi portfolio pilihan pelaburan kepada kita kerana kelebihannya yang akan mengalami lonjakan permintaan sedunia sehingga tahun 2040.

Jika harga minyak naik dan memberi pulangan yang menarik untuk saham industri tenaga, percayalah dengan Pendita Emas, kita pilihlah logam emas dan perak sebagai salah satu portfolio pelaburan kita .



Alasan-alasan memilih emas dan perak ialah :

i. Harga minyak memang sudah naik diseluruh negara di dunia tetapi kenaikannya pada masa kini telah ditutup oleh subsidi kerajaan. Persoalannya sampai bila subsidi dapat dipertahankan terutamanya apabila tampuk pemerintah sesebuah negara berpindah tangan.

ii. Kaitan penutupan subsidi membawa maksud menampung sebahagian kos pengeluaran  makanan asas supaya masih kekal rendah. Subsidi dapat mengawal kos-kos pengeluaran dapat ditambat dalam jangka pendek.
iii. Sampai satu peringkat masalah kos yang mengembung memecah, maka subsidi akan ditarik balik dan mulalah harga barangan penggunaan naik akibat kos berantai bermula dengan kenaikan harga minyak.

iv. Apabila harga barangan asas pengguna melonjak, inflasi akan meningkat dan harga barangan akan melonjak sehingga sukar untuk dibeli terutama mereka yang miskin.

v. Bila harga barangan melonjak, nilai RM akan menyusut jika pada hari ini harga gula-gula bernilai RM0.10 mendapat sebiji gula-gula, adalah munasabah selepas ini untuk mendapatkan sebiji gula-gula memerlukan RM0.30.

So, mengapa emas dan perak perlu menjadi pilihan sebagai pelaburan jangka panjang disebabkan:

i. Menjadi penyelamat pada bila-bila masa bila diperlukan terutama apabila negara mengalami zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi.

ii. Menyimpan nilai masa kini untuk masa depan apabila dicairkan wang fiat masa kini bernilai RM150/g, insyallah 2 hingga 3 tahun lagi nilai segram meningkat RM400.00. Sejarah membuktikan dinar logam mulia pada tahun 2005 sekitar RM200 tetapi pada tahun 2010-2012(RM500 - RM800).

iii. Nilai emas itu sendiri akan tetap sama pada bila-bila masa maksudnya jika nilai 1 dinar (4.25g) mampu membeli seekor kambing bernilai RM600 (2013) pada tahun 2020 1 dinar yang sama juga dapat membeli seekor kambing (RM1200).

iv. Tiada kerajaan dalam dunia yang mampu mempertahankan kemakmuran ekonomi negara masing-masing bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyatnya. Lihat sahaja negara-negara Eropah yang membentuk blok ekonomi sendiri dan menggunakan mata wang Euro sebagai mata wang tunggal semuanya hampir ranap apabila terlibat dengan isu hutang negara berdaulat.

Amerika sendiri tidak mampu menahan nilai denomasi mata wangnya dengan nilai kuasa belinya. Sebelum itu perkara yang sama berlaku kepada negara zimbabwe apabila mendapatkan sebiji telur memerlukan kos berjuta.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyediakan diri dengan pelaburan emas dan perak walaupun menyimpannya hanya 1 gram untuk sebulan.



Friday, July 19, 2013

RM148/g-RM150/g harga emas bertahan selama 2 minggu

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Sepanjang perjalanan menuju ke tarikh 31 Julai 2013, harga emas fizikal tempatan masih kekal berada pada paras RM148 hingga RM150/g dengan harga kenaikan atau penurunan dalam lingkungan RM1.XX.

Cetakan harga emas dunia yang menjadi panduan purata pada sekitar paras harga USD1284 pada selepas jam 9.00 pagi waktu Malaysia.

Ini menunjukkan harga emas berada pada kedudukan statik atau side away di Malaysia dengan alasan negara tetap bergantung kepada harga emas forex dan ruang masa yang dijadikan rujukan harga emas semasa di Malaysia.

So, pada jajaran sesi trading gold pada minggu depan Pendita Emas masih mengharapkan harga emas akan melonjak kembali melepasi paras harga USD1324 walaupun sasaran minggu bertarikh 15 hingga 19 Julai 2013 gagal diterjemahkan.

Ini disebabkan harga emas berpotensi melepasi paras USD1300/aun berdasarkan harga penutup pada 19 Julai 2013 harga ditutup pada USD1297/aun. Perkembangan ini adalah positif untuk harga emas sepanjang minggu hadapan.



Hal ini disebabkan minda Pendita Emas telah membuat penetapan dan mewar-warkan bahawa bulan Julai 2013 adalah permulaan kenaikan harga emas sehingga sampai tempoh bulan September 2013 kerana di dalamnya mengandungi aktiviti ekonomi dunia yang bakal menentukan polisi-polisi kewangan dunia diputuskan seperti persidangan negara-negara G-20.



Kesimpulannya, Harga USD1324 kekal menjadi sasaran harga baru untuk Pendita Emas dengan susunan berikut

Harga-harga rintangan:
Harga Xtra bonus USD1345
Harga Super Dupa Bonus USD1335
Harga Super Bonus USD1324
Harga Tinggi USD1315
Harga Pertengahan USD1310
Harga Tambatn USD1305

Harga-harga sokongan:

Harga Tebatan USD1290
Harga Kaki USD1285
Harga Sinki USD1275
Harga kaki dan longkang kita kecualikan sahaja.



Petunjuk ekonomi minggu hadapan

NEXT WEEK'S U.S. ECONOMIC REPORTS
TIME (ET)REPORTPERIODACTUALCONSENSUS
FORECAST
PREVIOUS
MONDAY, JULY 22
8:30 amChicago Fed national activity indexJune---0.43% 3-mo
10 amExisting home salesJune5.28 mln5.18 mln
TUESDAY, JULY 23
9 amFHFA home pricesMay--7.4% y-o-y
WEDNESDAY, JULY 24
9 amMarkit "flash" PMIJuly--51.9
10 amNew home salesJune484,000476,000
THURSDAY, JULY 25
8:30 amWeekly jobless claims7-20341,000334.000
8:30 amDurable goods ordersJune2.3%3.7%
FRIDAY, JULY 25
9:55 amConsumer sentimentJuly84.083.9