Thursday, July 4, 2013

USD12XX.XX/AUN :APA FAEDAHNYA HARGA EMAS MURAH PADA JULAI 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Harga emas fizikal kekal rendah.

Harga emas fizikal domestik dikhabarkan berada pada keadaan murah di sana-sini baik di kedai-kedai emas kumpulan FGJAM dan lain-lain premis kedai emas.

Selepas menjunam sehingga paras USD1179 dan melonjak pada USD1234 pada sesi penutupan trading pada 28 Jun 2013, paras berkenaan bukan petanda harga emas bakal melonjak kembali.

Berdasarkan rajah pergerakan harga emas sepanjang 1 hingga 4 Julai 2013 harga emas masih bermain dalam julat kitaran harga USD1238 hingga USD1255/aun walaupun dalam keadaan aktiviti ekonomi USA bercuti sempena ulangtahun kemerdekaan negaranya.

Carta: Harga emas masih mengekalkan harga side away selepas melepasi harga USD1266/aun

Catatan harga emas pada hari ini di kedai-kedai emas yang ada menunjukkan harga emas 999 (RM155/g), 950(RM145/g) dan 916 (RM133/g).

Manakala harga dalam pasaran online purata harga ditetapkan berada pada sekitar RM147-RM152/g(999) dan RM135-RM141/g (916) mengikut skala berat ditetapkan.

Untuk harga terbaik dalam mendapatkan margin keuntungan atas pembelian adalah digalakkan pelabur menjadi ahli sesebuah company yang terlibat dengan perniagaan emas online yang mendaftar sah dalam SSM dan dalam pengetahuan Bank Negara.

Begitu juga dengan harga pajakan emas semasa sepanjang minggu ini masih kekal berada dalam kitaran harga RM145/g (emas 999) dan RM133/g (emas 916).

Ini bermakna antara harga kedai emas dan premis pajakan telah menunjukkan spread harga jualan telah mencapai titik persamaan dan berada lebih rendah dari harga emas online.

Kesan harga emas dibeli ketika harga sentiasa menyusut.

Pendita Emas tahu semua pelabur emas fizikal di Malaysia melabur untuk mendapatkan nilai keuntungan jangka panjang. Tetapi berapa lama mereka kekal bertahan untuk menghadapi kejatuhan harga emas.

Berdasarkan pengalaman Pendita Emas sesiapa yang membeli emas fizikal apabila menghadapi kejatuhan harga emas mereka hanya akan bertahan paling lama 6 bulan sahaja secara majoriti.

Kenapa Pendita Emas katakan majoriti? Bukti menunjukkan ramai pelabur emas membeli emas hanya terikut-ikut, membeli tidak menggunakan wang simpanan sendiri sebaliknya menggunakan wang pinjaman dari institusi bank samada dalam bentuk pinjaman peribadi mahupun pinjaman dari pajakan emas.

Tahun 2012 menjadi saksi ramai pelabur emas fizikal merasa diri mereka tertipu oleh info-info agen pelaburan emas fizikal mengagungkan hal kenaikan harga emas naik sekitar 30% saban tahun.

Tetapi mereka tidak memberitahu hal kitaran pasaran harga emas yang berlaku. Dengan kekelaman memahami pelaburan emas fizikal mereka menyertainya untuk mengikut teman-teman rapat yang melabur.

Akhir apa sahaja teknik menjana profit yang dipelajari memakan diri apabila harga emas diharapkan akan memberi profit berganda kini memutar dan menyenakkan kepala pelabur emas.

Agen-agen pelaburan emas yang masa tu menampakkan ciri upline yang baik, kini menutup atau membuang simcard handphone masing-masing apabila downline cuba mendapatkan nasihat.

Apatah lagi ada pelabur yang menyinga untuk agen menunaikan janji mengambil emas fizikal kembali tetapi tidak dilayan. Bertambah patah hati downline yang terlibat.

Akhirnya semua kelabu asap, profit diharap hangus, emas fizikal lesap akibat tidak mampu menampung kerugian baik dilelong atau terpaksa menjual sehingga makan harga kos. Yang penting nama mesti beb terutama melibatkan bank-bank dalam Malaysia.

Panduan bagaimana membuat penilaian membeli emas fizikal ketika harga jetuh berterusan.

i. Baca dan fahami serta membuat analisis teknikal dan fundamental urusniaga pelaburan emas.
- Keadah ini penting untuk kita mendapat untung maksima dan meminimakan kerugian.
- Melalui analisis ini kita akan tahu bila nak beli, bila nak kekal stok dan bila nak jual.
- Klik http://penditaemas999.blogspot.com/2013/07/usd1216aun-melepasi-harga-target.html untuk memahami apa yang Pendita Emas perkatakan apabila membeli pada harga terendah kemudian harga menjadi rendah lagi dalam minggu sama. Kesan pembelian gaya ini akan memaksimakan tekanan psikologi pelabur buat masa seterusnya jika masih gagal membaca analisis teknikal dan fundamental harga emas.


Carta: Menunjukkan kenaikan harga emas masih kurang memuaskan kerana ada ruang untuk turun kembali. Jika pada 1 Julai ada membuat pembelian bermakna sehingga 4 Julai 2013 harga belian masih kekal tinggi berbanding tarikh 4 Julai 2013.

ii. Pilihlah Julat spread harga jual dan beli yang kecil.

-Spread jual-beli adalah perkara normal dalam memastikan stok dipegang lebih lama dan mendapatkan margin keuntungan. Spread kecil maka untuk kecil dan spread besar margin keuntungan besar.
-Spread kecil perlu dipilih oleh pelabur yang mengharapkan keuntungan yang pantas dan tiada networking. Biasa suka duduk diam dan akan menjual kembali kepada company.
-Spread besar perlu dipilih oleh agen-agen yang aktif kerana produk sentiasa berpindah tangan(terjual) bermakna semakin aktif agen, semakin besar profit.
-Walau bagaimanapun kebanyakan company atau bank memilih spread harga jual dan beli yang besar dengan harapan :
i. Memastikan stok emas fizikal yang dibeli dapat berada di tangan pembeli dalam tempoh masa yang lama.
ii. Memastika peluang pengeluar menjana keuntungan dalam jangka panjang terjamin.
iii. Berpeluang memanipulasi harga emas setiap masa.

-Memang murah harga emas yang dijual pada masa kini, tapi jika kita mengkaji akibat kejatuhan harga emas semasa,  ini jadinya kepada nilai harga emas domestik. Terdapat banyak perbezaan.

Mengambil contoh harga emas Public Gold kita dapati huru-hara dalam setiap hari


Mengambil contoh emas 999 10 gram kita mendapati spread adalah besar dengan beza harga jual dan beli RM112 (RM1400-RM1299) pada jam 22:35pm. Bermakna untuk lebih suksess dalam perniagaan emas jadilah ahli company kerana anda akan mendapat bonus-bonus disediakan jika anda aktif untuk menyerap transaksi kerugian. Jika anda sekadar menjadi pembeli dan mahu menyimpannya bermakna harga buy yang tertera mesti harganya melepasi RM1400 baru profit masuk.

Tetapi harga huru-hara, harga sell memang tidak berganjak tetapi nilai harga buy untuk company pula menurun RM1.00



Contoh harga firma A


Tarikh : 4 Julai 2013
Kajian kes Firma A
Spread harga emas 999 setiap 10g  pada 29 Julai 2013 =RM1498.00-RM1182.20 (RM315.80)
Spread harga emas 999 setiap 10g pada 4 Julai 2013 =RM1522.70 -RM1206.70(RM262.00)
Perbezaan harga jual, pelabur ada untung RM24.70 (jual pada pelanggan baru)
Untuk tolak kepada company semula pada hari ini ada kerugian RM291.30

Besarnya spread dan jika pelabur emas fizikal yang menyimpan untuk mendapatkan sedikit profit pasti memerlukan masa lebih lama untuk memastikan harga buy diatasi oleh harga kos (sell).

iii. Sentiasa mahu menjadi seorang peniaga 

i. Pendita Emas menggalakkan sikap seperti ini.
ii. Dapat untung besar jika memilih perniagaan yang mempunyai spread harga yang besar. Makin besar julat harga, makin besar margin keuntungan. Lagi besar jika menjadi ahli company dan lagi banyak profit dijana jika dalam pasaran memiliki pelbagai harga untuk purity yang sama.

Carta : Contoh spread paling menguntungkan untuk peniaga emas -jual mahal beli balik murah.

iv. Jenama produk

Dalam hal ini jenama produk memainkan peranan penting. Semakin besar permintaan semakin mudah transaksi jual-beli dapat dilakukan atas faktor nisbah cepat(pinjam kata dalam perakauan walaupun maksud sebenar keupayaan company membayar hutang lebih ketat). Bermakna stok semasa tidak akan kekal lama menjadi liabiliti kerana mudah diniagakan. 

Jenama emas menjadi pilihan Pendita Emas masa kini:





v. Pilih company yang mudah membeli semula emas fizikal
-Kriteria ini menjadi pilihan utama Pendita Emas. Lagipun Pendita Emas sentiasa memerlukan RM untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan. Lagi mudah kecairan lagi besar % pilihan ke atas company ini. 

vi. Pilih company menyediakan pelbagai kemudahan dan bayaran keahlian sekali seumur hidup
-Lupakan company yang menetapkan kita mengekalkan had jualan setiap 6 bulan kerana difahamkan perniagaan emas tidak melibatkan skim ponzi. Jika ada melibatkan sistem rangking dan bonus ia telah mneyalahi ketetapan urusniaga emas fizikal melainkan company berkenaan mengikut amalan francais atau MLM yang terdaftar secara sah.

Kesimpulannya

i. Tiada pembelian emas fizikal sepanjang minggu ini kerana stok lama masih banyak lagi dimana semuanya mengalami penyusutan RM30.00 setiap gram.

ii. Untuk membeli dan membuat jualan serta melakukan replace emas fizikal buat masa ini tidak dapat dilakukan kerana Pendita Emas kurang mendapat motivasi untuk melariskan jualan atas peraturan baru semua company yang sengaja melewatkan tempoh penyerahan emas fizikal sehingga 20 hari lewat dengan alasan harga emas jatuh maka permintaan tinggi. 

Padahal harga emas jatuh tiada kaitan dengan hukum asas permintaan dan penawaran. Harga emas terjun disebabkan ramai panik dengan kejatuhan harga emas secara berterusan. Justeru itu, company yang mengamalkan gaya perniagaan ini memang patut diboikot oleh Pendita Emas. Secara logik selepas kejatuhan harga emas selama 2 tahun kebanyakan pelabur dunia mengembalikan saham atau emas fizikal kepada company terlibat.

iii. Simpanlah walaupun sedikit, dunia bakal menjadi huru-hara apabila harga minyak bakal menjulang naik seterusnya mengaktifkan kembali inflasi dalam kebanyakan negara di dunia akan berlaku tidak lama lagi. 

Tahun 2015 adalah tahun sinergi untuk nilai harga emas sebenar dengan alasan kebanyakan bank pusat mulai membawa masuk kembali reserve emas baru bermula tahun 2014. Kepada negara Eropah kecuali England kita jangan mengharapkan apa-apa bantuan kerana negara-negara berkenaan masih kekal dalam status menghadapi masalah hutang negara berdaulat.

iii. Terus mesra dengan emas mulai sekarang berdikit-dikit kerana selepas ini kita tidak akan menemui harga emas pada titik bawah USD1300/aun disebabkan kos pengeluaran emas sekarang antara USD1100 hingga USD1400/aun.

Berita Ini bermakna penurunan harga emas ke paras harga sokongan USD1000/aun adalah satu perkara yang tidak munasabah. Ini bermakna pembetulan harga emas yang baru telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pilihan produk adalah jongkong emas.

No comments: