Monday, January 31, 2011

HARGA EMAS AWAL PAGI 1/2/2011 MENGIKUT LAKARAN LINE HARGA A PENDITA

salam,

Mengikut pergerakan line harga pada hari ini seperti yang Pendita ceritakan pada malam tadi



anda boleh menambah kurang 1 gram emas, emas yang anda ingin beli. sebagai contoh jika semalam harga 3031 dan kini berharga RM3020 untuk 20 gram, ini bermakna jika mahu menambah segram emas anda kena membeli 10 ketul emas 20gram (RM110 dengan membuat topup sebanyak RM39.00 lagi jika harga emas sekarang RM149.00/gram).

HARGA EMAS SEMASA PENGELUAR JONGKONG EMAS POPULAR MENGIKUT PENILAIAN PENDITA
Gold PurityWe Sell /gWe Buy /g
FGJAM 999RM 160.12RM 120.61
PUBLIC GOLD 999.9
RM 149.63RM 142.15
PAMP SUISSE 999RM 148.00RM 131.00
Gold Bar GCP 999RM 152.900RM 130.00
Public Gold mengikut perubahan harga setiap 20 minit, paparan harga hanya sebagai asas sahaja. Kemas kini:01 FEBRUARI 2011 Jam 10:00am

PENDITA MEMERLUKAN AGENT GCP NETWORKING PENDITA EMAS DISELURUH NEGARA

Salam,

Dah lama nama Pendita berada dalam online tak pula Pendita menjemput sesiapa untuk menjadi dealer GCP bawah Pendita Emas. So, hasil pertanyaan dan permintaan pelawat blog ini maka dengan ini Pendita mengumumkan bahawa Pendita memerlukan rangkaian Networking Dealer GCP diseluruh negara mulai 17/1/2011.

Kepada yang berminat ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Buat pilihan nak register RM600 (tanpa Kit GCP) atau RM1000(dengan Kit GCP)

langkah 2 : Buka laman web GCP (klik sini)
http://2.bp.blogspot.com/_IBUPYcpQb0A/TCwq6_HAy1I/AAAAAAAABEI/kpkylA5w9iI/S748/GCP_LOGO1.png

Langkah 3: Paparan muka depan web menunjukkan wall berikut, klik register.



Langkah 4: Masukkan nama Yatiman Bin Kamsidin AD1243 dan klik ikut arahan tertera.




Langkah 5 : Daftar online penuhkan semuanya. Borang manual juga kena isi dan sertakan 2 kpg gambar ukuran IC, salinan bil dan borang agent.



Langkah 6: Bank in wang pendaftaran pilihan ke AKAUN Maybank : 505103003954 GCP. Buat pengesahan bayaran emel ke sales@gcp.com.my@ mesej ke 0193791864

PANAS JUGA JADI MD SYKT X

Salam,

Panas! Panas! Panas!
Malatop rupanya ikon Pendita Emas di persada antarabangsa.

cerita menarik perhatian Pendita pada minggu ini ialah apabila tindakan Pendita membuat seminar pelaburan emas di mana-mana lokasi seperti yang disampaikan oleh pegawai dan orang kuat Public GoldSykt X telah menaikkan kemarahan CEO Sykt X.


Alasan yang diberi ialah:

1. Pendita mencampur adukkan talk Seminar Pelaburan Emas Sykt X dengan Sykt Y . (Rasanya 100% talk fokus mengenai Sykt X, perkenalkan produk Y kepada yang berminat sahaja, rasanya kemasukan dealer sykt X tek pernah susut walaupun Pendita dikatakan berbuat demikian- So buktikan tiada kemasukan dealer baru pada bulan Januari 2011 untuk sykt X, jika tiada bolehlah anda berkata demikian pada Pendita)

2. Pendita dikatakan membuat jualan barangan Y kepada dealer baru diakhir talk. (Terekod hanya jualan perak dan dinar syarikat X sahaja selepas sesi seminar, jika nak beli barang Y, mereka kena buat tempahan sendiri setelah mereka menjadi ahli syarikat Y kerana sistem lock harga Syarikat Y ialah dari jam 10.00pagi - 4.00 petang. Ini bermakna proses ini berlaku setelah Pendita berada di tempat tinggal Pendita dan dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. So apa kaitan jualan produk Y pada hari Sabtu dan Ahad).

3. Sale peribadi Pendita telah merudum dalam Sykt X tidak seperti bulan-bulan sebelumnya menjadi tanda tanya mereka.(Dalam kes ini, Pendita telah memaklumkan kepada pegawai yang rapat dengan Pendita, bahawa Pendita suka beli Cash n Carry, jika mahu Pendita sentiasa menambah pembelian setiap hari sediakan stok emas khas untuk semua MD yang boleh diperolehi dalam tempoh 48 jam. Apa kes dah buat bayaran tunai kena tunggu barang 2 hingga 3 minggu. So macam mana, endita nak buat dengan overlap pajakan. Jika cash n carry, dapat juga setiap hari Pendita overlap pajakan, pagi beli emas cash, petang buat pajakan, esok pagi beli emas lagi dengan sedikit penambahan modal, petang pajak lagi begitulah seterusnya)

4. Dikatakan juga CEO, Lembaga Pengarah, Staff , master dealer dan dealer X sudah tahu dan mempertikaikan Pendita menjadi ejen pelbagai syarikat pelaburan emas. (Dalam perniagaan memang ada persaingan dan pilihan, siapa memberi faedah pulangan paling lumayan itulah pilihan utama Pendita. Sebagai pelabur tiada istilah kesetiaan boleh diguna pakai kerana pihak syarikat juga tidak menghargai MD dalam pemberian nilai komisen yang setara dengan usaha MD, ditambah lagi tempoh yang panjang digunakan untuk pembayaran komisen atau bayaran terdiskaun selama 5o hari (mana ada dalam dunia nie kerja 30 hari, komisen bayar lepas 20 hari ), tiada imbuhan bulanan atau tahunan buat MD yang mengekalkan status MD dalam bentuk jongkong emas atau tunai sedangkan MD terpaksa bertungkus lumus untuk mempertahankan statusnya.

5. Saham Pendita dalam pelaburan emas nampaknya seiring dengan kebangkitan otai-otai pelaburan emas yang telah berabad mengabadikan diri dalam pelaburan emas. Cakap sahaja Pendita Emas semua orang telah kenal tag ini
"kalau tiada RM3000, jangan nak tanya berapa emas saya ada" . (Dalam hal ini, Pendita dikatakan telah mengugat sale mereka (orang tak mahu masuk under mereka), komisen mereka berkurang(Dealer lain lari ke Pendita), Macam mana tu ya, sila jelaskan MD MD sykt X, mungkin MD MD nie sudah terasa bahang peranan Pendita dimana ramai dealer-dealer naungan mereka sudah beralih arah untuk bernaung di bawah Pendita -langkah pemindahan mudah ajer call 0193791864 kerana kes study hal ini telah Pendita lalui)

Namun Anda Perlu Ingat, kepada D, PD dan MD di luar sana, kedatangan Pendita disesuatu lokasi seminar pelaburan adalah atas jemputan rangkaian Pendita yang mengeluarkan perbelanjaan mereka sendiri seperti iklan di lokasi seminar, flyer dan banner.

Kos pengangkutan, penginapan hotel, LCD, makan minum Pendita dan keluarga kecuali bilik seminar semuanya Pendita tanggung sendiri. So kandungan talk yang disampaikan adalah atas permintaan rangkaian. Pendita kena hormati majlis mereka.

HARGA EMAS MENYERONOKKAN KITA PADA 1 FEBRUARI 2011

Salam,

Harga emas mencemaskan pelabur baru? Begitulah apa yang Pendita hadapi pada hari ini. "Cikgu macam mana harga emas terus merudum nie? Tempahan dah masuk sistem? Boleh kita tukar harga lock yang kita buat?

Beberapa graf harga emas semasa terbitan lain-lain pihak secara online


Alhamdulillah, dengan berkat panduan yang Pendita sampaikan mereka telah memahami senario pelaburan emas. Dengan kata mudah, bila sudah lock harga emas semasa jatuh atau naik tetap tidak merugikan kita.

Apa yang perlu ada dalam minda kita ialah bagaimana mahu memanipulasikan wang atau emas tersebut supaya menjadi penjana pendapatan yang tinggi setiap masa. Maka gunakan skil yang telah Pendita berikan pada anda melalui telefon.

Mengapa beli emas tidak merugikan kita?

Pertama : Kita melabur emas sebenarnya tidak terlibat dalam jual beli emas yang ekstrim macam saham. Tak perlu kita topup wang yang kurang jika harga emas jatuh. Sebaliknya kita hanya perlu simpan emas tersebut dalam jangka panjang untuk mendapatkan untung yang maksima.


Kedua: Permintaan emas sentiasa ada. Merudum pada hari ini, hari esok akan naik semula. Lihat sahaja kegunaan emas sudah pelbagai fungsinya bukan sahaja sebagai barang kemas tetapi juga sudah banyak digunakan dalam industri, kosmetik, perubatan dan sebagainya.

Ketiga: Nilai intrinsik emas berkenaan memberi pelbagai tarikan dan aura kepada pemiliknya. Jika sebuah negara, negara akan kaya dan makmur dari segi ekonominya, jika sebuah bangunan, bangunan akan cemerlang dari segi nilai estetikanya, jika dalam sukan, pemenangnya berada dipuncak kejayaan, jika wang fiat bersandarkan pada emas, nilai wang dapat berdiri teguh dan kalis inflasi.

Keempat : Jadikan emas anda sifatnya sebagai emas replacement antara pihak syarikat dan pelanggan. Dengan kata lain jika ada pelanggan mahu membeli emas anda, locklah harga emas yang mahu diserah kepada pelanggan mengikut harga semasa yang perlu dibayar. Pelanggan bayar anda transfer pada syarikat, anda terima kembali stok anda.

Menyentuh tentang harga emas semasa pada malam ini, Pendita mengharapkan harga emas berada pada paras USD1300 hingga USD1310. mengapa Pendita berkata demikian adalah satu malapetaka jika harga jatuh melepasi USD1300 kerana ia sudah pun beredar dalam pasaran dunia selama 3 bulan. Nah inilah kelebihan jika kita melabur dalam emas. Harga emas tetap konsisten walaupun jatuh harganya. Iaitu tidak akan melepasi harga yang paling rendah. Jika berlaku bubble pun harga akan melakukan sideway yang stabil.

Berikut terdapat 3 keluk harga harapan Pendita

Line A jika harga masih stabil, anda mampu milik tambahan bawah 1 gram emas lagi.

Line B jika berlaku harga ini, kita mampu milik tambahan bawah 2 gram emas lagi.

Line C, jika berlaku pada harga ini, kita akan mampu milik tambahan 3 gram emas lagi.





Inilah kesan buatan manipulasi harga emas sepanjang bulan Januari 2011. Siapa yang untung? mereka yang memiliki ilmu emas.



Harga emas selepas jam 12.00am (antarabangsa) Malaysia (1.00am) memilih ke keluk A


BARANG PANAS JONGKONG EMAS GCP MULA BEREDAR DI MALAYSIA MULAI 31/1/2011

Salam,

Kuingatkan hujan sepanjang hari rupanya panas di siang hari. Wow tabik spring Pendita dengan syarikat Goldcrest Pavilion (GCP) atas pengeluaran produk barunya bar gold 999 GCP dengan masing-masing beratnya 10gram dan 20 gram diikuti sekali nombor siri produk. Pendita mengucapkan tahniah di atas kepelbagaian produk GCP.





Sumber: Rozaini, Pengurus Pemasaran GCP.

SPESIFIKASI PRODUK

Purity : Emas 999 (24K)
Harga : 1xx.xx/gram
Identiti Badan : pangkal 1 untuk 10 gram dan pangkal 2 untuk 20 gram
Bentuk : Rata dan Bentuk Kuboid
Ukuran :
Gangguan luaran masa sukatan: Tidak terganggu dengan bubble, gelombang air, suhu
Ketepatan Sukatan : 3 saat
Cadangan Pendita : Paling sesuai dibeli kerana harga lebih rendah dan hasil ujian mesin densimeter adalah stabil dalam bentuk timbangan dan ketulinan.


Sunday, January 30, 2011

slip pajakan KFH berpurity 24K dan tidak kena siat kulit

Salam,

Inilah bukti menyatakan standard Emas Kuwait Finance House 995 berketulinen 24K dan di sini juga tidak dilakukan penyiatan kulit cover emas yang mana jika dilakukan juga kita akan mengalami kerugian yang besar sehingga menjadikan emas anda berada dalam harga emas scrap.





Inilah hasil pajakan 7 daripada 8 gram emas 995 KFH yang Pendita lakukan. 1 gram lagi simpan.

SEPETANG DI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 30/1/11

Salam,

Rasanya dah hampir dua bulan kami sebagai tutor/pensyarah di Open University Malaysia tidak bertemu setelah tamatnya semester September 2010. Antaranya Pensyarah IPTI, UTM, Penolong PPD Kluang Unit Sains Kemasyarakatan dan bekas Pensyarah IPTI

Maka banyaklah perkara yang kami bincangkan tetang aktiviti masing-masing selama dua bulan kami tidak bertemu. Salah satu cerita yang menarik ialah tentang emas.

Lama juga kami bersembang, akhirnya salah seorang tutor telah menyuarakan perasaan sedih dan teraniaya pada Pendita.

Tutor A: Bos, betul ke si mamat tu dah beli kondo?

Tutor B: Ha, betul tu, betul ke bos?

Pendita: Ya ka, mana kau orang dengar cerita nie?

Tutor A: Dalam blog dan facebook.

Pendita : Kalau yang empunya badan dah kata lagu tu, betullah tu. Baguslah, duit masuk dah lebat kot.

Tutor A: Cuma yang aku sedih dan terkilan sangat kat mamat nie bukan apa, dulu masa ajak aku joint menda nie, pehhh baik punya ayat, nak berapa gaji 2000, 5000, 10000 boleh kita bantu. Tak ada masalah untuk saya bantu abang. Bila-bila perlu akan saya bantu.

Yang harunya kata bisnes lebat, boleh deal dengan dealer baru lebih RM100,000.00 sorang. Nie aku nak minta tolong jualkan 50 gram X 2 pc yang aku beli dengan dia, banyak pulak cerita, time tulah dia kata ada temujanji dengan itu dan ini. Sib baik 2 ketul tu harganya RM15,000.00 aje. kalau RM100,000.00 tak naya aku. Last-last dia bagitau aku, abang selesaikan sendiri, saya busy nie.

Bukan apa bos, emas tu menahan semua wang bisnes aku, aku nak jual sebab nak gunakan modal pusingan bis aku. Patut kenalah jaga customer. Tunaikanlah janji. Agak-agaknya kalau yang masuk tu RM100,000.00 dia buat benda sama kat aku, apa akan berlaku ekss?

Pendita: Wow, dashyat juga tu. Cerita menarik nie.

Tutor B: Ermmm, dia dah berjanji patut kena bantu bro. Sah kau memang mengharapkan bantuan dia atas janji manis yang telah ditabur. Macam mana boleh terpengaruh.

Tutor A: Tulah, betul tu..Lepas aku kena lagu tu, aku berkenalan dengan banyak ustaz saja tanya tentang harta yang kita miliki terutama masuk lebat.

Tutor B: Aku pernah juga dengar berbunyi jika kita susah dapat, tandanya tuhan nak bagi, kalau mudah dapat tandanya tuhan nak uji.

Pendita: Menarik cerita kau orang, bab emas bertukar plak bab agama, aku sokong pendapat kau orang berdua, sebab setahu akulah kalau dapat banyak dalam harta tu ada hak orang lain juga.

Tutor A: Betul tu bos, tapi takkan dah banyak nak cakap kat bini, Minah! Minah! nie harta kau punya, yang sikit ni orang punya. Nanti bini kata apa pulak kan. So mudah kata nie semua hak kitalah.

Tutor B : kalau kata setiap hari dapat deal dealer baru RM100,000.00. Memang mewah tu bos.

Pendita: ha ha ha..kira ajerlah, yalah pinjam kata-kata orang lain, income aku berpuluh ribu duduk goyang kaki, setiap minggu masuk beribu-ribu, setiap hari masuk ratus-ratus.

Tutor A dan B: Pehhhh...macam cerita lain ajer bos.

Pendita : Uiiih, kau ingat macam lakonan Sofia Jane dalam Perempuan Melayu terakhir..

Tutor A,B dan Pendita : Ha ha ha ha...lawak lawak.

Pendita : Woitt dah jam 2.30 petang ni, tak nak masuk kelas ke? Student kang kata apa lak kat kita.

Tutor A dan B : Jom..

Begitulah sedutan cerita kami pada petang tadi di Cafe Universiti Terbuka Malaysia

Penafian : Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa just untuk renungan, ingatan dan nasihat pada diri Pendita sendiri.

INFO: EMAS LOMBONG 93, BERATNYA 5.5 KILO TELAH TERJUAL SEMUANYA

Salam,

Alhamdulillah, iklan emas lombong 93% telah mendapat perhatian banyak pihak. kami hanya menetapkan bahawa emas jenis ini hanya bertahan selama seminggu dalam simpanan selepas diupload ke dalam blog Pendita.

Emas berkenaan telah dibeli oleh pembeli genuine. Beliau seterusnya terpilih untuk menjadi pelanggan utama kami untuk keluaran emas selanjutnya. walau bagaimanapun tender harga masih terbuka.

Difahamkan regu tauke lombong memaklumkan kepada Pendita, emas yang akan diproses dalam bentuk jongkong beratnya 10,000 gram. Kepada yang berminat untuk emas selanjutnya call Pendita 019-379 1864. Segala urusan jual beli perlu melalui Pendita. Cross bisnes akan Pendita cantas awal-awal.



Produk : Emas Lombong
purity : Emas 93%
Berat : 5500 gram
Status : Telah terjual semuanya
Rekod harga : Dirahsiakan atas permintaan pemilik

Bayaran : COD
Urusniaga: Di Johor

Urus niaga selanjutnya akan dimaklumkan oleh Pendita melalui blog ini.


Produk : Emas Lombong
purity : Akan dimaklumkan kemudian
Berat : Anggaran 10,000 gram
Status : Dalam proses pengumpulan untuk peleburan
Rekod harga : Dimaklumkan kemudian melalui telefon
Bayaran : COD
Urusniaga : Di Johor

PROMOSI PENAMA MOHD FADZLY BIN SUBOH DEALER BARU PUBLIC GOLD UNDER RANGKAIAN PENDITA EMAS

Salam,

Alhamdulillah, seorang lagi dealer baru Public Gold telah mendaftar melalui rangkaian Pendita Emas. Pendita mengucapkan selamat datang ke rangkaian Pendita Emas.

Nama: Mohd Fadzly Bin Suboh
Lokasi : Pelabuhan MSE, Pasir Gudang.
Telefon ;012-296 3256

Cadangan untuk beliau, bayar sahaja 10% pendahuluan, lebihan wang tersedia Pendita beri khidmat nasihat untuk melipat gandakan wang yang ada pada anda.

Ke mana akan dilaburkan sementara menunggu barang diterima selepas 18/2/2011 adalah teknik ekslusif menggandakan wang milik Pendita khas untuk dealer rangkaian Pendita Emas sahaja.

Saturday, January 29, 2011

PROMOSI PELABUR BARU AGENT PUBLIC GOLD RANGKAIAN PENDITA EMASNEGERI KELANTAN

Salam,

Rangkaian Pendita Emas mengalu-alukan kehadiran pelabur baru Public Gold:

Nama: Muhammad Bin Mohd Noor
Negeri : Kelantan
Lokasi : Kuala Krai
Alamat: Lot 477, Guchil 7, Kuala Krai, 18020 Kelantan.
Telefon:014-8253495
Emel:madkualakrai@gmail.com

Promosi: Kepada semua penduduk Kelantan yang berminat untuk menjadi dealer Public Gold sila hubungi penama di atas.

PELABUR BARU PUBLIC GOLD BOLEH JUMPA SAYA BILA-BILA MASA

Salam,

Berikut adalah iklan seminar kelolaan Pendita Emas pada setiap Sabtu bermula pada 22.1.2011.



Untuk makluman tuan/puan seminar ini terbuka kepada sesiapa yang mahu menjadi dealer Public gold sahaja.

Jika ada yang mahukan maklumat pelaburan lain, Pendita akan adakan pada medium yang lain.

Perbincangan pelaburan emas juga tidak terhad pada hari Sabtu, sebaliknya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut kelapangan masa tuan/puan. Jika di Pasir Gudang ikut jadual berikut:

Seminar Pelaburan Emas

Lokasi : Lobi TS Hotel Taman Scientex Depan Econsave.
Masa : Setiap hari jam 8.00 malam
Cara Pertemuan : Buat temujanji dengan Pendita call 019-379 1864

Bagi pelabur luar kawasan, Pendita akan turun ke tempat anda mengikut temujanji yang anda tetapkan.

KINI EMAS KELUARAN KUWAIT FINANCE HOUSE BUKAN SAHAJA UNTUK COLLECTOR TETAPI EMAS MUDAH CAIR JUGA

Salam,

Terdapat satu kejutan lagi, produk emas keluaran Kuwait Finance House (KFH) menjadi satu pelaburan emas yang menguntungkan buat pemilik-pemiliknya.

Seminggu juga Pendita membawa produk KFH untuk dicairkan menghadapi masalah kerana jika dipajak musnah semua sarung emas menyebabkan no keselamatan tidak boleh dibaca. Lagi teruk pihak KFH tidak menerima kembali emas yang telah rosak sarungnya.

Alhamdulillah, pelaburan ke atas emas KFH rupa-rupanya masih ada arrahnu yang menerima tanpa mengopek sil emas. Ini bermakna produk lebih selamat untuk dipajak dan dijual semula.

Menarik, pajakan yang diterima ialah emas dikelaskan sebagai berpurity 24K dan mendapat harga pajakan paling maksima. Di mana lokasinya bukan tanggungjawab Pendita untuk menyebarkannya.




7 gram emas KFH telah diuji untuk dicairkan

Friday, January 28, 2011

LONJAKAN SAUJANA HARGA EMAS DIAKHIRI DENGAN HARGA MALAR 28/1/2011

Salam,

Seperti yang dijangkakan oleh Pendita, harga emas membuat lonjakan kenaikan pada kadar USD28 dalam tempoh sejam diakhiri dengan harga malar sehingga masa penutupan harga rasmi.

Tepat nampaknya telahan pergerakan harga Pendita minggu ini iaitu:

a. Harga emas akan berada di bawah USD1320.00 dipaparkan oleh garis harga berwarna merah dengan harga emas 20 gram berada pada landasan sasaran harga Pendita RM2900 hingga RM3000.00





b. Diakhir dagangan pecutan kenaikan harga mengalami dua fasa dengan membentuk pergerakan harga berkepala ular tedung dan diakhiri dengan harga emas yang malar.





PEMBETULAN HARGA PASARAN EMAS SEMASA DUNIA MENJELANG HARI TERAKHIR MINGGU KE-4 JANUARI (24-29 JANUARI 11)

Salam,

Apakah benar berlaku kenaikan mendadak harga emas pada hari ini, Jumaat 28/1/2011 jam 11:51 waktu Malaysia (10:51 pm waktu barat)?


Melihat kepada bentuk line harga, terdapat berlaku peningkatan harga secara mendadak tetapi kecil sahaja. Walau bagaimanapun kita kena pastikan bentu kenaikannya.



Jika berbentuk kepala ular tedung, harga akan terus melambung membentuk 2 lonjakan harga sehingga pagi ini.



Tetapi jika harga yang naik mendadak kemudian diikuti dengan rebahan line yang terus mendatar alamat harga akan statik

dan jika line terus mengalami kejatuhan, harga emas juga akan terus mengalami kejatuhan.

Mengenai harga emas pada hari ini, alhamdulillah harga emas sepanjang siang hari berada kekal pada paras bawah USD1320.00 seperti yang Pendita laungkan. Wow harga yang menarik.



Dengan beransurnya harga rendah menuju ke puncak pada hari ini, Pendita ingin berkongsi cerita pelaburan emas yang genuine untuk anda.

1. Ketika harga border inilah kita membuat pembelian emas yang baru secara maksima dengan tujuan untuk menambah stok emas yang sedia ada dalam simpanan.

2. Jika ada emas fizikal dalam tangan, pajak ajerlah emas yang ada tidak kira berapa harga pajakan yang diseiakan untuk menambah stok emas sedia ada. Diperingkat ini usah buat jualan walau segram.

jom kita lihat harga emas selepas jam 12:10 =11:20 menyaksikan kepala tedung sudah menujah ke langit untuk membentuk harga tinggi fasa pertama.



Kenaikan harga terakam pada paras USD1330.56. Lonjakan yang jauh hampir USD20.00.



Sah di sini, harga emas pada pagi ini memilih untuk mengikut pilihan pertama yang Pendita sarankan iaitu pembentukan harga kepala ular tedung. Lihat lonjakan harga kedua telah berlaku seperti berikut:



Sah sampai diperingkat ini, harga emas mendaki dan terus mendaki tertinggi sampai harga USD1342. Wow kenaikan sangat drastik buat tempoh masa tidak sampai 1 jam. Kita namakan kenaikan harga ekstrim.



Inilah gambaran keluk harga yang Pendita katakan jika kita menemui bentuk ular tedung, akan berlaku 2 fasa kenaikan harga yang mendadak iaitu A dan B.




HARGA EMAS TERUS MENDAKI SECARA EMSTRIM USD1346 DENGAN KENAIKAN MELEBIHI USD28.30. WO WO WO HEBAT TUUUU



HARGA SELEPAS 1:15 (12:15) AKAN MENYAKSIKAN HARGA EMAS AKAN MENDATAR SEPERTI BERIKUT..

CIRI-CIRI MEMBAWA PAJAKAN GOLD BAR TIDAK DITERIMA LAGI OLEH ARRAHNU?

Salam,

Ini bukan spekulasi tetapi cerita benar.

Pajaklah semua jongkong emas anda dalam Arrahnu. Sampai suatu ketika emas anda akan terpasung sepenuhnya, tiba-tiba surat lelongan terhadap emas jongkong milik anda menemui anda. Terutama bagi pelabur yang membuat pelaburan emas 30%-70% yang menggunakan harga emas arrahnu paling tinggi dewasa ini iaitu Arrahnu Agrobank RM165.80 walhal harga emas sebenarnya berada pada paras terendah RM20.00/ gram.

NATIJAHNYA jika mana-mana satu satu keluaran emas jongkong membuat masalah melibatkan kes emas pajakan terlelong kerana tidak dapat ditebus maka akan keluar satu notis seperti apa yang berlaku pada bulan Mei atau Jun 2010 bahawa semua jongkong emas tidak akan diterima oleh arrahnu atas nasihat Bank Negara.

Semuanya terjadi kerana kerakusan penganjur untuk mendapatkan tunai yang tidak terkawal dan tidak terancang dari pihak pembeli melalui janji-janji manis mereka.

Pilihan ke atas pelaburan emas yang tepat perlu ada nilai kesabaran, selidik dan follow dahulu perjalanan pelaburan sebelum melibatkan diri. Dalam posting lepas, Pendita ada membincangkan jenis-jenis pelabur.

Ciri pelabur yang suka membuat penyelidikan merupakan pelabur paling selamat dunia dan akhirat . Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kini Pendita mencadangkan agar kita semua:

1. Take note dari segi tarikh tamat surat pajakan supaya tidak terbabas sehingga arrahnu mengeluarkan notis peringatan tebusan buat kali pertama, kedua dan ketiga seterusnya surat lelongan.

2. Pasang rangkaian anda sendiri untuk menyediakan teman-teman yang sedia berkongsi kasih, suka dan duka agar bila berlaku perkara keluar surat peringatan mereka boleh menghulurkan bantuan kewangan seketika untuk menebus kemudian memanjangkan semula tempoh pajakan.

3. Jika aset yang terpajak memang sudah terlampau banyak dan tidak mampu dikeluarkan, buat jualan emas semula kepada customer baru, dealer-dealer dengan niat biar terjual sedikit tapi boleh mengeluarkan emas pajakan lain.

4. Menyediakan payung sebelum hujan. Jika jongkong emas mengalami nasib seperti yang Pendita ceritakan kita ada alternatif lain instrumen yang boleh kita cairkan. Rasanya kepelbagaian projek pelaburan emas akan menyelamatkan pelaburan emas pada masa depan. Jangan terlalu taksub dengan sesebuah syarikat pelaburan emas kerana anda tidak akan mendapat manfaat paling maksima.


pelaburan bersama GCP


Pelaburan bersama Public Gold

Pelaburan bersama Z Smash

Pelaburan bersama KFH

5. Dengan wang yang berdikit, buatlah sedikit bayaran emas pajakan anda moga nilai pajakan anda menjadi rendah dan boleh ditebus bila-bila masa.


Semoga kita sama-sama menjaga perjalanan arrahnu agar terus berkembang.

Penafian : Jangan mengikut cara Pendita jika anda tiada kemampuan

STOK RANTAI TANGAN EMAS 999 SEDIA UNTUK DIJUAL CALL 0193791864

salam,

Sempena kejatuhan harga emas, hari ini Pendita telah dapat menambah stok emas dalam bentuk rantai tangan emas 999 melebihi 500 gram. Harga belian sangat kompetatif senang kata boleh jual pada market seperti harga kedai emas. Jangan lupa rantai nie semuanya berpurity 999 (24K).

kelebihannya, emas jenis ini sangat mudah untuk dijual. Siap boleh buat less n diskuan yang murah hati tapi menggembirakan hati kita.

Pendita juga boleh melantik rangkaian Pendita untuk menjalankan perniagaan ini dengan keuntungan atas angin dengan modal air liur tetapi menggunakan stok Pendita, masing-masing Pendita memperuntukkan RM4.00/gram.

Bayangkan semalam seorang teman dapat menjual barangan Pendita ini mengikut harga market harga FGJAM dengan keuntungan peribadi atas angin RM400.00 untuk 100 gram.

Tu baru sehari, bagaimana kalau dia mendapat pelanggan setiap hari dengan jualan stok Pendita 100 gram dengan andaian 25 hari X RM400.00=RM10,000.00. Wow banyak bukan, terkejut runner Pendita melihat angka yang Pendita highlightkan. Ujian pertama runner di Johor telah berjaya membuahkan hasil.

Insyallah akan menyusul program ini untuk teman-teman rangkaian Pendita yang berminat mengikuti program ini. Ingat hanya rakan networking Pendita Emas sahaja yang berhak untuk terlibat.


Thursday, January 27, 2011

UNTUK KESEKIAN BANYAK KALINYA RAMALAN PENDITA KIRALAH TEPAT MINGGU INI HARGA MENJAMAH DI BAWAH USD1320

Salam,



Sasaran harga hari ini 28/1/11

Jom rujuk kembali posting pendita bertajuk HARGA EMAS DUNIA MENURUN SEHINGGA MENGHAMPIRI USD1320 telah menampakkan hasilnya pada malam ini tepat jam 00:30 malam 28/1/2011 line harga telah menyentap turun harga emas pada kedudukan USD1316.53



Harga yang dinantikan pada harga RM2900 rupanya masih ditunaikan untuk Pendita mendapatkannya. Alhamdulillah.



HARGA SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA MASIH KEKAL PADA PARAS USD1320



REKOD HARGA JAM 2.30 AM 20/1/11 USD 1319.25



JAM 2.41AM HARGA TERUS MENURUN



TAMBATAN HARGA MAKSIMA USD1320


HARGA EMAS SELEPAS JAM 3.00 AM