Tuesday, September 24, 2013

Bagaimana harga emas sehingga ke penghujung tahun 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Dah lama tidak menulis posting dalam blog Pendita Emas ini. Segalanya kerana Pendita Emas sudah letih melayan harga emas yang masih belum pasti dimanakah kedudukan sebenarnya harga support akan berhenti.

Mengikut perkiraan Pendita Emas, ramai pakar mengharapkan harga emas akan berhenti pada paras terendah bawah USD1000 selepas pengumuman pengurangan pembelian bon daripada 85 billion/bulan  kepada jumlah yang lebih kecil pada 19 September 2013.

Namun harapan berkenaan telah berkecai apabila Ben Bernanke gagal mencapai kata sepakat dalam kalangan ahli FED apabila undian ahli 9-1 berpihak supaya program pembelian bon 85 billion ini diteruskan.

Dengan pengumuman berkenaan harga emas telah memecut naik sebanyak USD70/aun seterusnya melonjakkan harga emas ke paras USD1367 membentuk fenomena terbalik dengan jangkaan bearish tetapi menjadi bullish.

Persoalannya bagaimanakah harga emas untuk tempoh bulan Oktober, November dan Disember 2013?

Graf line masa O,N dan D mewakili bulan-bulan Oktober, November dan Disember 2013

i. Ketika posting ini ditulis harga emas dunia masih mengalami tekanan dari segi teknikal. Ini bermakna harga masih mengikut perancangan teknikal yang diunjurkan sebelum pengumuman FED mengenai pengurangan program pembelian bon sebanyak 85 billion/bulan.

Alasan harga mengalami tekanan kerana ramai spekulator dan pemerhati sedang berhati-hati terhadap kemungkinan akan adanya pengumumum pengurangan program pembelian bon dalam mesyuarat FED pada 29 dan 30 Oktober 2013. Disamping itu kejayaan penyandang Canselor Jerman yang lama pada Ahad lepas menyaksikan bahawa ramai pemerhati melihat ekonomi Eropah dalam keadaan kukuh turut menolak harga emas sedikit.


ii. Harga emas akan melonjak melepasi USD1500 sehingga USD1600/aun sebelum pertengahan  bulan Disember 2013 disebabkan oleh sebab:

a. Ramai pakar meramalkan tiada keputusan pengurangan program belian bon sebanyak 85 billion/bulan akan diumumkan atas faktor tiada disertakan dengan sidang mesyuarat.

b. FED sibuk membincangkan polisi dan dasar baru untuk dilaksanakan dan pengumuman pengurangan pembelian bon sebanyak 85 billion/bulan jika dibuatpun selepas mesyuarat FED pada pertengahan Disember 2013.

c. Jika pada bulan Oktober 2013 harga emas boleh menokok sebanyak $70/aun daripada paras harga tertinggi bulan Ogos (USD1435) kita akan melihat harga panik pra-pengurangan program pembelian bon menyaksikan harga emas berada pada sekitar USD1500 dan jika keluar terus dijangkakan sekitar harga USD1600.

Sunday, September 15, 2013

Bagaimana harga emas pada minggu 16-20 September 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Macam harga emas pada minggu ini.

Bacaan awal minggu trade 16 September 2013



Bacaan harga pada 15 September 2013 Ahad

i. Harga emas masih terumbang-ambing.
ii. Kita menantikan hasil mesyuarat FED pada 17-18 September 2013 berkenaan tindakan yang akan diambil berkenaan pemberhentian program pembelian 85 billion bon-bon kerajaan USA pada setiap bulan. Jika mesyuarat gagal melaksanakan apa diperkatakan, harga emas akan boom.

Siapa beruntung dan perlu berbangga dengan Kenaikan harga minyak RM0.20 pada 3 September 2013?

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam buat semua mantee,

Hari ini Pendita Emas terpanggil untuk menyampaikan info kes kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 ke atas Petrol Ron95 dan Diesel dengan harga baru masing-masing bernilai RM2.10 dan RM2.00 bagi setiap liter.

video


Perkara yang menarik atas kenaikan harga minyak dan pemotongan subsidi  adalah disebabkan oleh penyusutan nilai RM berbanding mata wang forex yang lain.

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Ringgit mungkin bergerak rendah minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan langkah Rizab Persekutuan AS mengurangkan program suntikan modal akan terus menjejaskan mata wang tempatan.
Terdapat ura-ura menyatakan Rizab Persekutuan akan mengumumkan rancangan mengurangkan program rangsangan itu di mesyuarat dasarnya minggu depan.
Bagaimanapun, RHB Research berkata, tukaran asing Malaysia kekal mencukupi dan akan terus menyediakan asas sokongan kepada ringgit.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang Asia lain, tetapi rendah berbanding dengan mata wang Eropah seiring dengan pengukuhan Euro.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada 3.2880/2920 daripada 3.3270/3300 Jumaat lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130916/ek_03/Ringgit-dijangka-rendah#ixzz2f1156VmN
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Beberapa pihak akan mendapat keuntungan  atas penurunan nilai RM mulai bulan September 2013 iaitu:

Pekerja Malaysia di Singapura 

Jika sebelum ini pekerja Malaysia yang bekerja di Tesco Singapura bergaji asas SGD1000 boleh membawa pulang gaji sebulan dengan nilai RM2,460.00 dengan kejatuhan nilai RM sekarang rakyat Malaysia boleh membawa pulang RM2592.17 bagi setiap SGD1000.


Sektor Perniagaan dan Perumahan di Johor

Sektor perniagaan dan perumahan yang berada di Johor pasti boom apabila sekitar Johor menjadi syurga berbelanja. Rakyat Singapura akan merasa seronok untuk berbelanja apabila tiba-tiba nilai 1SD telah meningkat naik seterusnya menambah kuasa beli  lebih RM2.50 dan dijangka akan meningkat naik dalam RM2.75 dalam tempoh 6 bulan seterusnya SD1 mengukuh pada paras RM3.00 untuk tempoh jangka panjang.

Tukaran forex mata wang USD/MYR  bakal membesar.

Sesiapa yang membuat trading forex mata wang atau komoditi emas dan silver bakal mendapat  keberuntungan atas perubahan nilai mata wang RM.


Pemilik Emas Fizikal domestik

Tahniah kepada semua mantee Pendita Emas  yang telah bersedia dengan simpanan emas fizikal walaupun hanya sekadar 1 dinar atau 1 gram anda kekal menjadi rakyat Malaysia yang paling beruntung kerana kejatuhan nilai RM pada masa sekarang  bakal melonjakkan harga emas domestik sebanyak RM5.00 bagi setiap gram yang tersimpan dimana pergerakan ini tidak akan kita jangkakan sama sekali dimana harga emas pada paras RM300.00 akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.



Formulanya mudah jika nilai RM menyusut kita kena menokok Ringgit untuk mendapatkan emas fizikal manakala nilai RM melonjak kita akan merasa kelegaan untuk mendapatkan harga emas dengan nilai RM yang kurang bagi setiap gram.








Apa jadi nilai saham FGV merudum bawah harga asas RM4.55 sepanjang minggu 9-13 September 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Hari ini sajer memberi komen berkenaan harga saham FGVH yang dikata amat baik dimiliki sebelum pelancarannya yang terus melonjak pada RM5.55 kini telah merudum keparas RM4.290 yang menyusut dari harga pra IPO yang ditawarkan.


Rekod pergerakan harga saham sepanjang setahun:

Sebagai rekod harga saham FGVH yang diapungkan sejak Jun 2012.

Harga tertinggi :RM5.55/saham Jun 2012
Harga Buka IPO: RM4.55/saham Mac 2012
Harga Terendah : RM4.35/saham 12 Ogos 2013
Harga Semasa : RM4.40/saham 13 Ogos 2013


Berita-berita berkaitan saham FGVH:

1. Penyenaraian FGVH ditentang oleh kumpulan Oren

2. Pelancaran saham FGVH menguntungkan http://www.sinarharian.com.my/bisnes/harga-saham-felda-global-rm5-30-hingga-jam-12-04-tengah-hari-1.61759

2. Saham FGVH terus jatuh ke RM5.00
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/12161-saham-fgvh-jatuh-kepada-rm5-seunit-hari-ini

3. Saham FGVH menjunam sebenarnya jika tidak disokong oleh dana KWSP an Kumpulan Wang Amanah Pencen(KWAP) 
http://www.keadilandaily.com/harga-saham-felda-menjunam-jika-tak-guna-dana-kwsp-anwar/

4. Terkini saham FGVH jatuh kerana harga minyak sawit jatuh...ayo yo yo macha, dapat dana berbillion takkan tiada program sokongan atau hiliran untuk menyerap kerugian, dah tau harga minyak sawit turun naik takkan tak ada sistem bunker untuk menepisnya?http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130805/ek_10/Saham-FGVH-turun-kerana-harga-sawit-tak-baik---Isa

Terkini persoalannya adakah saham Felda akan terus merudum...kita nantikan lagipun kerajaan kata harga minyak Diesel dan Ron95 naik RM0.20 selain disebabkan oleh krisis di Syria, ia juga disebabkan kejatuhan niilai RM berbanding mata wang lain. Jika betul kita nak lihat adakah harga saham akan menurun sehingga RM3.40 akhir tahun 2013 atau akhir tahun pengauditan Jun 2014.


Video membimbangkan berkenaan kejatuhan ringgit pada September 2013



Berita terkini menjelaskan isu minyak sawit gagal menembusi pasaran USA dan Eropah

KEKANGAN eksport minyak sawit ke Amerika Syarikat dan Eropah antara isu utama yang bakal dibincangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) pada mesyuarat perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan datang.

Ketua Setiausaha Miti, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria berkata, pihaknya menyedari kekangan yang bakal dihadapi dan perbincangan itu bukan sahaja akan menyentuh isu halangan perdagangan bagi eksport minyak sawit, tetapi semua barangan dan produk dari Malaysia.

Menurutnya, segala peraturan dalam perdagangan termasuk isu pelabelan perlu dijelaskan sebelum kerajaan bersetuju dengan sesuatu perjanjian.

“Kekangan teknikal seperti ini sentiasa dibincangkan dalam perjanjian perdagangan bebas untuk memastikan barangan atau produk eksport dari Malaysia dapat dipasarkan ke luar negara tanpa halangan.

“Perbincangan juga menjurus untuk meminimumkan atau menghapuskan terus sebarang tarif dan halangan perdagangan,” katanya kepada media selepas majlis pertemuan Miti dengan pelajar Universiti Multimedia (MMU) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 250 orang penuntut Fakulti Perniagaan MMU diberi taklimat mengenai peranan Miti dan agensi dibawahnya seperti SME Corporation.

Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Kerjasama Ekonomi Miti, Wong Seng Foo berkata, program bersama pelajar itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial Miti dalam memainkan peranan meningkatkan kefahaman kepada pelajar.

“Taklimat seperti ini juga membuka peluang buat pelajar terutama mereka yang berada di tahun akhir sebagai laluan membina kerjaya," katanya.