Thursday, April 25, 2013

Perjalanan harga emas tahun 2008 hingga April 2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,
Bermula Januari 2010, harga emas 999.9 berkisar yang berada pada paras harga RM110/g,  telah mengalami lonjakan drastik saban minggu dan bulan sehinggalah harga emas mencapai puncak klimeksnya pada paras RM216.00 (harga domestik) bersamaan paras harga emas dunia tertinggi USD1923/oz (September 2013).

Promosi harga emas bakal melonjak naik sehingga USD2000.00/aun tahun 2012

Sungguh menakjubkan, harga emas 999.9  pada tahun 2008 di Malaysia berada pada harga sekitar  RM105/gram melonjak naik pada paras RM216/gram pada September 2011. Semua pelabur emas melahirkan rasa seronok sungguh tidak terhingga apabila pelabur-pelabur emas fizikal merasakan pilihan pelaburan jangka panjang ke atas emas fizikal adalah berbaloi pada tahun-tahun 2010, 2011 dan tahun 2012. Kenaikan harga sekitar  20% hingga 30% setiap tahun melambangkan pelaburan industri emas fizikal semakin berkembang.

Rentetan kenaikan harga emas ini, pada bulan Disember 2010 pakar-pakar pelaburan meletakkan kenaikan harga pada tahun 2011 disasarkan pada paras USD1750.

Antara Faktor-faktor melonjakkan harga emas sehingga September 2011.

1. Permintaan besar emas dunia oleh negara India yang sungguh kecewa akibat daripada kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 menyebabkan kerugian sangat besar ke atas nilai eksport. Tindakan India mengalihkan pelaburan dalam bentuk matawang kepada pinjaman kepada emas fizikal membolehkan hutang negara dapat diselesaikan apabila harga emas fizikal meningkat seterusnya mengukuhkan ekonomi India.

World Gold Council mendedahkan Asia dan Asia Timur Tengah mendemonasi permintaan pembelian emas dunia pada 2010. Laporan data menunjukkan  India membeli sebanyak 963.1 tan bernilai $38.10 billion dan meningkatkan pelbelian sebanyak 56% pada tahun 2011.

2. Permintaan dari negara China yang tinggi dengan polisi setiap rakyatnya menyimpan emas telah memberi impak dan momentum harga emas dunia sekitar tahun 2011. Nilaian permintaan pelanggan $24 billion (2010)  dan $ 23 billion (2011)

3.. Kesan kelembapan ekonomi USA, mendorong negara berkenaan melaksanakan  pelan Quantative Easing QE2 untuk mengatasi defisit negara dengan mencetak wang sebanyak $1.3 trillion ke dalam pasaran membawa kejatuhan nilai USD secara berperingkat dan secara persilangannya harga emas melonjak naik.

4. Isu hutang negara berdaulat bagi negara Eropah bermula dengan masalah di Greek, Sepanyol, Itali juga membantu mewarnai kenaikan harga emas dunia disebabkan kegagalan sistem ekonomi negara berkenaan bakal menggugat ekonomi Kesatuan Eropah.

Harga yang disasarkan ini menjadi motivasi kepada pelabur emas tempatan setelah harga emas melepasi  paras harga sekitar USD140/gram sehinggalah masuk bulan Ogos 2011 tanpa diduga  harga emas membuat lonjakan tertingginya sekitar USD1800 dan dalam masa sama harga emas domestik bernilai RM180.00/gram

Dalam bulan Ogos 2011, ramai pakar mengubah kenaikan harga sasaran emas dunia mereka pada paras harga baru iaitu antara  USD2000/aun hingga USD2300/aun. Jangkaan harga emas bakal menuju ke paras harga psikologi USD2000/aun seolah-olah akan dicapai apabila pada bulan September 2011 apabila harga emas membuat break away pada berada pada paras USD1923.

Namun menjelang bulan Oktober 2011, tiba-tiba harga emas menjunam sehingga defisit kepada USD450. Ia berlaku seketika atas dasar pembetulan harga emas dunia. Selepas kejatuhan mengejutkan harga emas kembali bersinarapabila  menuju penghujung tahun 2011 harga emas menyentuh semula paras harga psikologi USD1800.

Keadaan ini mendorong semua pakar pelaburan emas sepanjang bulan Disember 2011 mengeluarkan rumus sasaran harga ramalan masing-masing yang baru dan apabila dihimpunkan dapatlah kita simpulkan purata kenaikan harga diramalkan adalah antara  USD2500 sehingga USD3000.00. Malah yang lebih menarik harga emas dijangka akan naik sehingga USD6000/aun.


Sumber : Metro Bisnes, Sabtu, 4 Januari 2012

6:10 pm (Malaysia Time)
4 Februari 2012 Sabtu

Posting hari ini sengaja mahu membakar psikologi teman-teman bahawa info terkini mendapati ada pakar ekonomi menyatakan harga emas di Malaysia bisa mencapai paras RM6000 seaun dalam suku tahun keempat.

4 alasan diutarakan. Kepada mana-mana teman yang selalu mengikuti posting pasti akan bersetuju dengan pendapat beliauu iaiti:

Jumlah hutang negara barat yang tinggi
Kadar faedah dikebanyakan negara yang negatif
Permintaa emas yang kekal tinggi dari negara China, India danbank-bank pusat
Bekalan komoditi yang terhad dan gagal memenuhi permintaan


Wealth Wire

Gold Set to Surge to $3,000 by June

Posted by Brittany Stepniak - Wednesday, December 21st, 2011

Slight economic improvements have had positive echoes in the markets lately. It has created
a “risk on” trade within the marketplace, where demand for Treasurys lingers and the dollar
weakens. This has supported commodities, gold especially.


The most recent slump in gold prices has likely occurred because the dollar is slowly
repositioning itself as the safe-haven of choice “because of the need for liquidity.”


Ini membuatkan pelabur-pelabur emas merasakan trend penyimpanan emas fizikal sepanjang tahun 2012 adalah positif. Petujuk kenaikan harga emas bermula dengan dendangan berkenaan dasar Quantitatif Easing 3 (QE3) USA yang dijangka melepaskan lagi USD ke pasaran sentiasa dinanti-nantikan oleh semua spekulator dan pelabur emas. Sasarannya ialah lepas sahaja USD yang banyak dalam pasaran USD akan jatuh dan harga emas naik kembali.

Pelaksanaan QE3 seolah-olah akan dilaksanakan apabila peluang-peluang pekerjaan secara bulanan di USA  yang menunjukkan data sentiasa berkurangan pada setiap bulan telah dijadikan indikator utama.

Kemudian diikuti dengan pilihanraya di USA(2012) dan dimenangi oleh Obama, isu belanjawan defisit dan perbelanjaan fiskal menarik minat semua spekulator.

Namun segala rumus yang disampaikan oleh pakar-pakar dan spekulator komoditi pasaran emas .tidak kesampaian. Bermula tahun 2013 satu persatu telahan telah tidak menjadi berkenaan harga emas yang didorong dengan USD masih teguh, kenaikan nilai Euro yang dimanipulasi telah meletakkan harga emas terus berada di bawah paras USD1700.

Kemudian menyusut kepada USD1600 dan pada bulan April 2013 menyusut pada USD1498 kemudian ke paras USD1423 dan terus merudum pada USD1321.

Faktor kejatuhan harga emas mulai September 2011 sehingga 4 April 2013 dapat dirangkas sebagai berikut:

1. Tiada pelaksanaan QE3 yang ditunggu-tunggu oleh semua spekulator dan pelabur.
2. Nilai USD terus meningkat naik
3. Nilai EURO turut meningkat tetapi peningkatannya dimanipulasi.
4. Jualan paksa stok emas fizikal milik Cyprus oleh Bank Pusat EURO.
5. Penjualan ETF emas melepasi 60 billion.
6. Kejatuhan disengajakan untuk penyusunan semula harga emas yang mengalami keadaan bubble.
7. Pengalihan spakulator dari pemilikan emas kepada pembelian saham mewah yang berharga murah.

Ralat: Posting masih belum lengkap

Pendita Emas 12:57 malam 26 April 2013


No comments: