Thursday, April 25, 2013

LANGKAH-LANGKAH MENJADI PELABUR EMAS YANG GENUINE

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN

Salam,

Pelabur-pelabur pelaburan emas dalam pasaran domestik adalah terlalu ramai dan silih berganti saban tahun mengikut mood harga emas semasa dunia. Mereka datang dan pergi umpama sebutir gula dikerumuni oleh 100 semut yang merebut nikmat yang ada dalam gula.


Begitu juga dengan company-company pelaburan emas, ia juga tumbuh bak cendawan yang tumbuh selepas hujan membasahi bumi. Promosi dilaungkan, bertingkah harga emas  terbaik menjadi jajaan mereka. Pelanggan yang terpengaruh, poket agen dan company menjadi lebat. Bila harga emas dilaungkan bakal menuju ke paras sesuatu harga yang tinggi, pelanggan tidak kira samada harga ditetapkan tinggi tetap dibeli kerana emas fizikal tetap emas.


Namun bayangan agen dan company yang tumbuh kerana kenaikan harga emas akan pudar dan hilang umpama pudarnya mentari apabila hujan membasahi bumi di tengahari apabila berlakunya kejatuhan harga emas mendadak.

Keadaan ini umpama putaran roda, sekejap  kita berada di bawah, naik ke atas kemudian jatuh semula berada di bawah. Bila berlaku seperti ini hanya pelabur emas yang tegar mampu bertahan lama untuk meneruskan pertarungan dalam mengikuti kenaikan harga emas semasa dunia. Tidak kira pelabur ada kepakaran atau tidak pasti kan kecundang. Manakala pelabur yang brutal seperti pendita emas juga masih kekal berada dipersada pelaburan emas dari dulu, kini dan selama-lamanya.

Apakah Langkah-Langkah Mahu Menjadi Pelabur Yang Genuine :

Ilmu Mengenal Emas Fizikal Dan Ilmu Pelaburan

Kita perlu ada ilmu mengenal ciri-ciri emas fizikal dan ilmu pelaburan dengan mengenali sifat, warna, ketumpatan dan purity emas dengan nilai semasa emas berkenaan. Pilihan terbaik untuk pelaburan ialah emas 999.9(24K) atau 950(23K), walaupun mahal emas berkenaan mempunyai ketulenan yang tepat bila diuji dan sentiasa berada pada harga maksima dalam keluarganya.

Berbanding dengan emas 916(22K), kita perlu berhati untuk dijadikan aset pelaburan berbanding untuk dipakai terutamanya yang kita panggil barang kemas agar kita tidak tertipu dengan purity sebenar. Ini disebabkan kelompok emas 916 (22K) sekumpulan dengan emas 21K, 20K dan 18K dari segi harga jualan yang dipamerkan di kedai-kedai. Kita tidak dapat membuat pemeriksaan yang tepat kerana tiada ilmu mengenal emas dimana emas berkenaan  dibezakan dengan ketumpatan peratusan(%) bahan campuran yang digunakan samada perak atau suasa.

Setelah diamati apabila kita berbicara berkenaan ilmu pelaburan, pemilikan emas fizikal antara teman-teman yang memiliki emas 999.9 dan emas 916  walaupun mempunyai berat emas yang sama dan jangka waktu simpanan dalam tempoh sama antara kedua pihak,  nilai tambah kenaikan harga tetap keka berbeza. Pemilik emas 999.9 atau 950 terus berdaya maju, pemilik emas 916 kekal menjadi orang nombor tiga, emat, lima atau keenam.

Ilmu Pelaburan Dan Persekitaran Ekonomi Antarabangsa


PERSEKITARAN EKONOMI SEMASA USD DROP 
AKIBAT KEJATUHAN PELUANG PEKERJAAN 
KESANNYA HARGA EMAS MENCANAK NAIK DAN APA YANG PASTI LINE MERAH ADA KEPENTINGANNYA YANG TERSENDIRI

Dalam pelaburan emas, harga emas biasanya dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Permintaan tinggi harga akan naik dan sebaliknya. Walau bagaimanapun antara permintaan dan penawaran ada satu lagi eleman penentu naik turun harga emas dunia. Kita panggil spekulator. Di sinilah kita menyaksikan bagaimana spekulator dapat menentukan naik turun harga emas dalam pasaran terbuka.  Jika dirasakan sentimen ekonomi global menjad isu yang menarik membawa kenaikan harga emas maka data yang berkaitan akan diangkat dan dilambung tinggi. Jika mahu pastikan harga emas merudum, spekulator akan pastikan data yang diigunakan ke arah harga merudum. Malah satu peranan spekulator juga bertindak sebagai agen pemanipulasi.

Ilmu Pelaburan,  Ilmu Analisa Teknikal dan Fundamental

Di dalam dunia ini, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan umpama satu perjudian. Pelaburan dalam emas fizikal juga tidak terkecuali. Ini disebabkan kita tidak bertindak siapsiaga dalam pelaburan kita. Kita suka mengikut sahaja pendapat dari orang lain tanpa membuat semakan sendiri. Lagipun kita jarang membuat penyelidikan berkenaan harga emas terutama yang membawa kenaikan atau kejatuhan harga semasa.

KEBOLEHAN MEMBUAT ANALISIS TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL MEMBOLEHKAN KITA MEMBUAT RAMALAN HARGA EMAS 
UNTUK KEGUNAAN PERIBADI DAN TEMAN-TEMAN






TIDAK RUGI JIKA KITA ADA ILMU MEMBACA 
ANALISIS TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL


Justeru itu satu  papan yang sangat bermakna untuk kita pelajari dan fahami serta mahir untuk menggunakannya ialah carta harga emas. Simbol-simbol dan garis-garis teknikal perlu kita tahu gunakan dengan tepat. Keupayaan membuat analisa teknikal juga perlu dikuasi.

Penguasaan analisi teknikal dan analisis fundamental mampu melonjakkan pengetahuan kita berkenaan harga emas semasa melonjak 100 kali ke hadapan daripada pelabur lain. Keupayaan menentukan harga emas semasa mengikut deria rasa keenam dan ketepatan membuat analisis sangat menguntungkan diri kita dalam urusan jual beli emas fizikal.

Nah di sinilah penentu pelabur emas yang genuine dengan pelabur emas biasa. Lihat Pendita Emas kekal sehingga sekarang memberikan info-info berkenaan harga emas semasa atau mingguan, manakala pelabur emas biasa sibuk memberi gelaran kepada Pendita Emas sebagai Pak Nujum Emas.

Ilmu Pelaburan Dan Pemilihan Syarikat Pelaburan Emas

Dalam pemilihan syarikat pelaburan kita kena bijak juga. Semak terma dan syarat penyertaan serta pakej-pakej yang diberi secara jelas. Pastikan memilih syarikat memberi keahlian seumur hidup. Memilih syarikat  yang sedia memberi harga emas terdiskaun agar kita dapat menjadi peniaga yang bernaung di bawahnya secara berterusan termasuk latihan pemasaran dan ilmu perniagaan emas yang disediakan terutama percuma. Jika kita mahu menonjolkan diri sebagai agen yang ternaik,  pihak syarikat sedia membantu kita menyediakan  sumber kewangan dalam usaha mempromosikan produk mereka. Lihat ilustrasi di bawah ini:

PILIHAN SYARIKAT YANG TEPAT DAPAT MELASTARIKAN PERNIAGAAN EMAS KITA

Ilmu Pelaburan Dan Kaedah Menggandakan Stok Emas Fizikal

Dalam kes ini Pendita Emas suka menjelaskan berkenaan penggandaan emas fizikal menggunakan dengan pelbagai konsep diperkenalkan.

Sebelum itu diperkenalkan sejarah konsep penggandaan emas fizikal yang dicanangkan oleh Pendita Emas secara berdokumentasi:

a. Menggandakan emas fizikal dengan konsep rempit. Pendita Memperkenalkan konsep ini lebih kepada menggandakan stok emas fizikal dan bukan kepada mengejar keuntungan wang fiat ketika harga emas naik meninggi.

b. Modal wang orang (Ar-Rahnu) dengan konsep 30%-70% dengan pemilik hanya bermodalkan 30% daripada harga sebenar, manakala bakinya 70% lagi diperolehi berdasarkan nilaian pajakan yang diterima. Langkah-langkah penggunaan konsep 30-70 juga dinyatakan secara terperinci. Dalam kaedah ini pemilik emas mendahulukan emas fizikal untuk dipajak.

c. Penggunaan wang milik bank melalui kad kredit turut ditampilkan. Bayaran yang dibuat kepada pemilik emas adalah secara tunai iaitu swap amount dipersetujui dan dilokasi sama emas fizikal diserahkan. Hal ini juga dipertikai.

Mengikut catatan rekod Pendita Emas kedua-dua konsep yang Pendita Emas canangkan pada awal tahun 2011 mendapat bangkangan dan celaan yang cukup besar dengan hukum haram dalam  bermuamalat terutamanya menyentuh perniagaan barangan ribawi  jika menggunakan kedua-dua instrumen berkenaan.

Sehinggalah rakan-rakan yang taksub dan fanatik dengan satu seorang ustaz turut mempersoalkan konsep yang Pendita Emas canangkan. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa perniagaan emas melalui Parameter Pelaburan Emas.

Bagi kelangsungan konsep ini, sesiapa yang berminat bolehlah memilih konsep pembelian yang Pendita Emas sampaikan mengikut kemampuan. Ini disebabkan penyampaian sangat mudah difahami tetapi dari segi praktikalnya tidak sama. Untuk menentusahkan dan kebolehpercayaan konsep ini mulakan pembelian emas fizikal yang berkuantiti kecil kemudian peretingkatkan dalam jumlah kuantiti yang lebih besar.

Apa-apapun jika berjaya melaksanakan ketiga-tiga konsep dinyatakan anda meluaskan kuasa pemilikan emas fizikal masing-masing.


Ilmu Pelaburan Dan Pilihan Bentuk Pelaburan Emas

Sepanjang tahun 2008 sehingga April 2013, banyak betul company yang mencanang dan melahirkan bentuk-bentuk pelaburan emas. Baik dengan konsep jual-beli emas fizikal, konsep skim cepat kaya, skim MLM dan   pembagai bentuk trading gold secara maya.

Pilihan terhadap bentuk-bentuk pelaburan emas ini diibaratkan kamikaze dalam pelaburan emas. Ini disebabkan modal yang terlibat adalah besar terutamanyajika  mahu merebut pulangan yang besar.

Rekod Pendita Emas yang terlibat dalam lapangan TERHADAP COMPANY YANG SUKSES adalah seperti berikut:


Ilmu Pelaburan Dan Kepelbagaian Pelaburan Berkaitan Dengannya


akan diedit

No comments: