Salam,
Dinar Iraq sedang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelabur dari seluruh dunia sama ada oleh bank pusat, raja-raja, pemerintah-pemerintah yang berkuasa, pak-pak menteri sehingga ke status rakyat biasa.
Nilai Dinar Iraq Mengikut Rate Bank Pusat Iraq
Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahukan, bahawa dari segi pasaran sebenar nilai Dinar Iraq telah melonjak pada nilai USD1 = DI148 bermakna Dinar Iraq kearah untuk lebih bernilai bakal berlaku.
Tentu ramai pembaca mengatakan Pendita Emas auta sahaja. Mana buktinya bukan. Pendita Emas sedia memberi bukti yang terang lagi nyata sebagai berikut:
a. Niaga matawang Dinar Iraq pada 31 Mei 2013 nilai USD1=DI148 walaupun CBI mencatatkan nilai DI mereka pada USD1=DI166. Bermakna nilai DI telah meningkat sebanyak 18 mata.
b. Jika kita tinjau bilakah masa DI mengalami perubahan nilai. Nah nie dia sejak Januari 2013 melalui carta di bawah kita menyaksikan Mei 2013 menjadi pergerakan agresif nilai DI berbanding USD. KLIK SINI UNTUK LAMAN WEB DIPERKATAKAN.
Ada juga rumus mengatakan Mei 2013 sebagai permulaan kepada pengembangan nilai Dinar Iraq. Tetapi semua itu hanya spekulasi sahaja kerana sehingga 31 Mei 2013 belum ada berita yang sahih untuk kita ikuti.
Terdapat 4 keadaan ramalan Dinar akan diberi nilai oleh masyarakat antarabangsa dan pihak Bank Pusat Iraq antaranya:
i. Dinar Iraq tidak dinaikkan nilai atas alasan Iraq terlalu banyak masalah, Iraq tidak stabil menyebabkan nilai Dinar tidak dapat dinaikkan
ii. Dinar Iraq akan RI dimana nilai Dinar Iraq akan terus diletakkan semula mengikut harga pra peperangan iaitu DI1 = USD3.22.
iii. Dinar Iraq akan RV dimana nilainya akan melonjak antara 0.01 hingga $5. Ramai berpendapat jika RV harga DI1 bernilai antara $3 dan $4.
iv. Dinar Iraq akan diapungkan ke dalam pasaran bebas bermakna nilai Dinar Iraq akan mengalami naik turun nilai setiap hari.
Bacaan Untuk Posting Lampau KLIK SINI
Berita terkini mengenai Dinar Iraq sepanjang Mei 2013.
No comments:
Post a Comment