Wednesday, May 22, 2013

USD1370AN MENANTI SPARK BERDASARKAN ANALISIS FUNDAMENTAL 22/5/2013

PENDITA EMAS MENTRANFORMASIKAN MINDA PELABURAN EMAS ANDA JIKA TAKUT DENGAN RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PELABURAN


Salam pelaburan,

Tahniah atas kejayaan mantee Pendita Emas dalam trading gold

Sebelum meneruskan catatan harga emas harian, Pendita Emas ingin mengucapkan tahniah kepada mantee Pendita Emas saudara Huzaifah Faruqi yang berjaya dalam tradingnya.

Tahniah Pendita Emas ucapkan kerana kejayaan anda memberi kebanggaan pada diri Pendita Emas. Sekurang-kurang setitis ilmu t sumbangan dari Pendita Emas memberi kejayaan yang besar dan besar kepada saudara sebagai pelabur yang berilmu.

Seronok melihat data trading dengan memilih mood sell USD1.00 telah mendapat profit USD850. Siapa mahu bagikan,  sendiri buat sendiri dapat.



Data membuktikan hasil diraih melalui trading gold dari salah seorang Mantee Pendita Emas yang telah menghadiri Kelas Analisis Teknikal dan Fundamental Pendita Emas 2012. 

Apa-apapun syukran dan alhamdulillah, semoga dengan info-info percuma yang Pendita Emas sampaikan dapat membantu ekonomi rakan-rakan mantee yang lain.

Bagaimana pergerakan harga emas pada 22 Mei 2013

Jam menunjukkan 2:46 petang tanggal 22/5/2013. Harga emas menunjukkan patern sideaway yang bergerak dalam lingkungan USD1370an sahaja.

Seperti biasa, pergerakan ini merupakan satu tempoh bertenang buat kebanyakan spekulator mencari hint-hint yang dapat mengubah pergerakan harga emas. Nampaknya propaganda mengatakan harga emas melonjak telah berjaya. Namun jangan lupa semua data akan dilupuskan apabila keluarnya kandungan minit mesyuarat FED yang lalu.



So, pilihan kita pada petang dan malam ini, mahu menyaksikan ke arah mana pergerakan harga pada 22 Mei 2013 ini samada ke A atau B. Realistiknya Pendita Emas memilih pergerakan ke A lebih dominan.

Alasan laluan harga emas ke A:

i. Berdasarkan analisis teknikal, carta pergerakan harga emas di bawah ini, menyaksikan patern  harga emas sedang mengembang untuk melonjak ke atas. Jika menjadi harga USD1400 bakal dicecah secara psikologinya.

Walau bagaimanapun untuk bertahan bergantung kepada faktor fundamental yang akan berlaku pada petang dan malam ini.


 ii. Dari segi pemilihan skala masa pergerakan harga emas untuk 4 jam kita mendapati candlestik bullish memainkan  peranan lebih dominan selepas candlestick bearish mendominasi harga sebelum ini.


Berdasarkan carta terkini, kita mendapati harga emas sudah melonjak ke A. Harga terkini pada jam 3:11 petang berada pada USD1386.


Kenaikan harga ini disebabkan oleh faktor fundamental rumus berkenaan:

a. Jangkaan spekulator dan pelabur terhadap ulasan ekonomi oleh Ben Bernanke dan minit mesyuarat FED 

Investing.com - Gold futures were higher on Wednesday, ahead of congressional testimony on the economy by Federal Reserve Chairman Ben Bernanke later in the day.

Gold traders also looked ahead to Wednesday’s Federal Reserve minutes for further hints regarding the central bank’s monetary policy.http://www.investing.com/news/commodities-news/gold-futures-gain-ahead-of-bernanke,-u.s.-stimulus-in-focus-248075



b. Nilai USD kembali lemah





No comments: