Monday, January 30, 2012

INDIKATOR-INDIKATOR PENILAIAN KENAIKAN HARGA EMAS UNTUK PE GUNAKAN


ForexProsThe Exchange Rates are powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.




LAYARI WEB MASTER FOREX








This Technical Analysis is Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.



The Commodity Prices Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.


KIRAAN UNTUNG


The Profit Calculator is Powered By Forexpros, the Forex, Futures, and Stock Markets Portal.


KIRAAN PIP


The Pip Calculator is Powered By Forexpros, the Forex, Futures, and Stock Markets Portal.

KIRAAN PIVOT


http://www.forexpros.com/forex-tools/forex-pivot-point-calculator
The Pivot Calculator Powered By Forexpros, the Forex, Futures, and Stock Markets Portal.


KIRAAN FIBONACCI


http://www.forexpros.com/forex-tools/fibonacci-calculator

The Fibonacci Calculator Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.


MARKET QUOTE


The Market Quotes Powered By Forexpros, the Forex, Futures, and Stock Markets Portal.




KADAR FAEDAH


Interest Rates Powered By Forexpros, the Forex, and Stock Markets Portal.

LAPORAN EKONOMI HARIAN GLOBAL


Live Economic Calendar Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal



RUJUKAN PERTUKARAN MATA WANG


The Forex Quotes are Powered by Forexpros - The Leading Financial Portal.




Sunday, January 29, 2012

TARIKH-TARIKH SEMINAR KEUSAHAWANAN EMAS BERSAMA PE DAN GCP

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEREBUT PELUANG MENGENAL PASTI KENAIKAN HARGA EMAS SEMASA MELALUI TEKNIK 5R YANG BERKESAN.

Jika USA mencipta inflasi, nilai emas bakal melonjak

4:41pm
Ahad, 29 Januari 2012

Posting hari ini mahu berbicarakan akan pembayaran hutang US dan kenaikan harga emas

1. Tiga keadaan pembayaran hutang yang boleh dibuat oleh sesebuah negara

  • Memperbodohkan matawang dengan mencetak sebanyak mana wang yang baru
  • Melalaikan diri dari membayar hutang
  • Mencipta inflasi dengan permasalahnya ditanggung oleh penduduknya.

Jika tindakan berkenaan diambil setelah mendapat mandat dari Jawatankuasa berkuasa untuk membolehkan FED mengekalkan kadar faedah 0% hingga 1/4% dan inflasi.

  • US dolar akan mengalami deflasi
  • Euro dan matawang lain akan mengalami kenaikan nilai
  • Harga emas akan bertahan di paras puncak dalam jangkamasa lama
  • Emas akan menjadi sandaran sebagai pelindung nilai matawang dimiliki
  • Permintaan emas dunia akan melonjak manakala penawaran menjadi tanah lapang

Seminar 5R bersama GCP sehingga Mac 2012

Sejarah Teknik 5R

Teknik 5R dibangunkan selepas kejayaan teknik rempit yang PE bangunkan secara dokumentasi pada Ogos 2010 melalui paparan di penditaemas999.blogspot.com yang digunakan untuk mempromosikan pelaburan emas Public Gold. Walau bagaimanapun mereka ini orang yang tidak mengenang budi.

Hasil pendedahan ilmu berkenaan secara percuma, ia banyak membantu memperkembangkan pelaburan emas masa kini bukan untuk pihak Pendita Emas tetapi dalam kalangan agen-agen pelaburan emas yang lain terutama agen-agen Public Gold. Bermakna ilmu diberi percuma dapat memberi income lebat buat orang lain.

Ramai mengucapkan terima kasih kepada Pendita Emas di atas ilmu yang diberikan sehingga penglibatan mereka dalam pembelian emas Public Gold dibuat atas kerelaan diri sendiri bukan melalui pujukan Pendita Emas. Senang kata mereka joint pun atas talian sahaja. Lagipun pendita emas memberi input terbaik buat mereka. Sambil berniaga ada pula input motivasi diberikan.

Namun sikap beberapa pengunjung yang menyalahgunakan ilmu yang diberi secara percuma, disalahgunakan untuk mengaut keuntungan. Rakan-rakan PE yang membuat pemantauan ceramah-ceramah berbayar menggesa supaya semua ilmu berkaitan pelaburan emas ditutup dari blog Pendita Emas.

Atas saranan dan berfikir selama 3 bulan akhirnya Pendita Emas pada awal Januari 2012 , semua kaedah atau teknik memiliki emas fizikal dengan nama rempit emas telah PE tutup dari blog Pendita Emas.

Hasil maklum balas terkini dari tindakan PE:

  • Ramai rasa kecewa di atas penutupan posting berkenaan. Seolah-olah mereka hilang punca untuk meyakinkan pelabur membeli jongkong emas mereka.
  • Menggesa PE mengeluarkan e-book untuk bacaan mereka.
  • Mohon diadakan perkongsian ilmu seperti seminar Teknik 5R. Jangan bimbang PE akan kongsikan ilmu 5R dalam bulan Februari dan Mac 2012.
  • Pasaran jongkong emas dikenalpasti mengalami kelembapan dari segi permintaan dan terdapat lebihan penawaran. Jongkong emas mana, biarlah PE rahsiakan.

Akhir sekali, penerimaan dan sokongan anda semua kepada PE sangat-sangat dihargai. Semoga pelaburan emas di Malaysia selepas ini akan terus kekal dan tidak berkembang mengikut musim.

Temui PE selepas ini mengikut tarikh yang dipaparkan dalam web GCP, dalam penditaemas999.blogspot.com, Metro dan Harian Sinar.

Penggabungan Seminar 5R Bersama Goldcrest Pavilion (GCP)

Kenapa PE bergabung seminar dengan GCP?

Masih kuingat, penurunan taraf Master dealer dari Public Gold kepada dealer berdaftar hanya kerana PE membuat promosi berkenaan pelaburan emas GCP dengan tajuk “Emas Pilihan Pendita Emas Tahun 2011”

Selepas tragedi berkenaan ramai penyokong kuat Public Gold menghentam PE hanya kerana mempromosikan produk emas pihak lain di dalam blog milik peribadi Pendita Emas. Ada pula yang mengaku mereka merupakan rakan rapat Pendita Emas. Jika rakan rapat bermakna mereka adalah gunting dalam lipatan. Bahaya sebenarnya jika kita mempunyai rakan sebegini. Silap-silap bini PE pun dia nak disapu.

Kesannya PE telah mendapat surat amaran dimana klaus yang dihantar kepada PE telah digunakan pakai dalam terma dan syarat agen public gold masa kini iaitu semua agen termasuk keluarga mereka tidak dibenarkan memperdagangkan produk emas pihak lain.

Kini hasil mempelbagaikan mempromosikan produk emas mana-mana syarikat, Syarikat Pendita Emas sedia bekerjasama secara terbuka dalam urusan mempopularkan produk emas mereka. Lagipun title yang terkandung dalam pendaftaran Pendita Emas ialah:

Perunding pelaburan emas –> Mana tahu dengan seminar ini akan membantu meningkatkan sale GCP

· Eksport dan import emas/perak fizikal –> Mana-mana produk emas boleh PE uruskan

· Jualbeli emas fizikal/surat pajak – Mana-mana pelabur boleh berurus niaga dengan PE

· Ejen komisen – Boleh selit mana-mana tempat untuk mendapatkan komisen dari pelaburan emas baik emas fizikal atau saham emas

Semoga jalinan kerjasama ini akan menjadikan pelaburan emas PE dan GCP satu pelaburan yang diminati ramai selepas ini.

Kepada semua pelabur emas pelbagai aliran atau company, anda semua dijemput hadir sama.

Tarikh-Tarikh seminar :

Akan diletakkan kemudian,

Dapatkan kopun potongan 10% dalam iklan seminar di Metro atau Harian Sinar.

Saturday, January 28, 2012

Percayakah anda harga emas akan menuju kembali ke paras USD1800/oz Februari 2012

9:05 am (Malaysia Time)
Ahad, 29 Januari 2012



Hari ini posting PE ingin menumpukan sasaran harga emas dalam bulan Februari 2012 menuju paras USD1800.00/oz seterusnya harga emas domestik akan menuju harga di atas USDRM210.00berkenaan kenaikan harga emas pada bulan Februari 2012 pada paras lebih RM200/gram.

Rumus data dari PE berkaitan dengan jangkaan kenaikan harga emas tersebut ialah:

  • Terdapat jutaan saham emas dan pelabur emas yang diwujudkan dan melekat dengan komoditi ini
  • Permintaan vs penawaran
  • Kadar faedah yang rendah dan hampir sifar dikebanyakan negara
  • Jangkaan tokoh popular George Soros bahawa politik, ekonomi dan sistem kewangan dalam huru-hara
  • Kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas dengan pantas
  • Iran dan India menggunakan emas dalam dagangan minyaknya
Huraian faktor-faktor dinyatakan sebagai berikut:

Terdapat jutaan saham emas dan pelabur emas yang diwujudkan dan melekat dengan komoditi ini.

Ini disebabkan komoditi ini merupakan logam yang dapat menyelamatkan nilai wang milikan mereka buat jangka masa yang panjang. Dalam keadaan ekonomi dan krisis matawang global ini, emas merupakan aset yang paling mengembirakan semua pelabur.


Sepanjang bulan Januari 2012 sehingga pasaran ditutup pada 27 Januari 2012, PE telah menyaksikan secara realiti bahawa faedah ke atas pelaburan emas ialah lonjakan kenaikan harga emas dunia sebanyak 11.07%.

Fenomena ini sebenarnya di luar jangkaan PE, kerana PE hanya mensasarkan kenaikan harga emas dalam bulan Januari 2012 antara 5% hingga 6% setelah mengambil kira gangguan perayaan Tahun Baru Cina di dalam dan di luar negara selama tiga tahun berturut-turut (2009, 2010 dan 2011).

Kesan kenaikan ini kurang dirasai oleh pemilik emas fizikal tetapi lebih kepada pemain forex emas pelbagai platform dalam dunia masa kini. Jika melibatkan diri dengan kedua-dua produk berkenaan kita akan dapat pulangan paling maksima.


Foto: antara stok emas 999 Group PE


Rajah : Hasil trading gold dari 1 hingga Januari 2012 USD1097.86 x RM3.00=RM3513 (sold out)


Permintaan vs penawaran

Mengikut pokok emas (gambar) jika kita selidiki secara mendalam kita akan mendapat maklumat bahawa penawaran emas dalam perut bumi adalah terhad dan permintaan emas sebahagian besarnya dibekalkan melalui kitaran semula emas yang sedia ada di atas muka bumi.


Dalam kes permintaan ini, PE cuba highlightkan unjuran permintaan emas sepanjang suku tahun ketiga pada tahun 2011 yang diambil dari web world gold council.

Statistik Permintaan S3, 2011

  • Permintaan emas global pada suku ketiga 2011 meningkat 6% dengan jumlah 1,053.9 tan berbanding 991.1 tan pada suku tahun sama 2010. Dari segi nilai catatan rekod US57.7 billion berbanding US45.7 billion pada suku sebelumnya
  • Harga purata suku tahun ketiga meningkat 39% kepada US1,702.12/oz dengan rekod baru pada paras US1895/oz (London PM fix ) pada 5 dan 6 September 2011.
  • Permintaan pelaburan emas global mencapai 468.1 tan meningkat sebanyak 33% berbanding 352.1 tan pada suku tahun sama sebelumnya. Nilai meningkat naik kepada US25.6 billion berbanding US13.9
  • Permintaan jongkong dan wang syiling emas pada suku ketiga meningkat 29% berjumlah 390.5 tan metrik daripada 303.0 tan metrik pada suku ketiga tahun 2010 membawa nilai US21.4 billion (2011) dari US12.0 billion (2010)
  • Gold ETP membawa aliran masuk 77.6 tan meningkat sebanyak 58% berbanding pada volume awal 49.1 tan metrik.
  • Permintaan barang kemas emas global 465.6 tan (suku ketiga 2011) menurun 10% dari jumlah 2010 (518.9 tan metrik). Berbanding nilai permintaan pada tahun 2011(US25.5 billion) menaik 24% daripada 2010(20.5 billion) (Kes ini disebabkan kenaikan harga emas domestik di India dan negara-negara Timur Tengah mendadak naik pada tahun 2011)
  • Permintaan industri pembuatan permintaan emas daripada sektor teknologi global mengekalkan daya tahan yang tidak berubah dari setahun ke setahun pada kadar 120.2 tan metrik. Rekod permintaan dalam industri elektronik bersamaan US4.8 billion

Kadar faedah yang rendah dikebanyakkan negara

Kadar faedah yang rendah sangat diperlukan oleh setiap pelaburan emas untuk menjadi popular. Ini bagi memastikan kos pengeluaran emas dan pinjaman tunai memberi keuntungan maksima. Selain untuk merancakkan sektor ekonomi lain, pelaburan emas juga boleh turut tumpang sama.


Jangkaan tokoh popular George Soros bahawa ekonomi, politik dan sistem kewangan menjadi huru-hara

Kenaikan harga minyak mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas

Emas tetap emas dan tetap paling bernilai. Kenaikan harga minyak akan mendorong kenaikan kadar inflasi dan harga emas semasa. Sebagai contoh dari maklumat berikut kanaikan harga minyak pada tahun 2011 telah menolak kenaikan harga makanan di Malaysia dalam tahun 2011.


Soalnya kita tidak merasakan kenaikan ini disebabkan adanya peruntukan subsidi kerajaan setiap tahun. Bagaimanapula pada tahun 2012. Dimanakah kedudukan harga makanan di Malaysia pada tahun 2012 jika minyak naik pada paras RM130/tong? Sudah pasti akan menyamai atau melebihi paras pada tahun 2008 jika benar harga minyak akan meningkat.


Bagi menyerap asakan harga makanan, PE sarankan mulakanlah simpanan emas anda dari sekarang walaupun hanya untuk 1 gram/bulan. Hargapun sekarang dah mencecah RM230.00 pada harga Pendita Emas(tiada potongan harga)

Iran dan India menggunakan emas dalam dagangan minyaknya (2012)



Terbaru laporan berita dari laman web berita Israel DEBKAfile menyebut bahawa India dan Iran memeterai perjanjian pembelian minyak Iran dalam bentuk emas.

Butiran transaksi kapasiti perdagangan dipersetujui oleh kedua-dua negara ialah bekalan minyak bernilai 12 billion dollar dengan pertukaran emas pada harga $1668 atas jumlah 7.2 juta auns emas. (Persetujuan ini tidak menjadi masalah kerana minyak dan emas didagangkan dalam nilai US dolar)

Dua bank terbesar yang tidak terlibat dengan perjanjian embargo

( Perjanjian embargo ertinya mana-mana bank yang berurusan dengan Iran akan tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam urus niaga yang berkaitan dengan institusi kewanganAmerika Syarikat atau Eropah)

menjadi perantara kepada kedua-dua pihak iaitu UCO Bank (milik Negara India) dan Halkbank Turki (milik kerajaan Turki)

Laporan berita lain memetik " ini berlaku sejurus Iran dan Rusia mengumumkan mereka akan menggunakan matawang mereka sendiri dalam perdagangan bersama berbanding US dolar."

"Bagi pegawai-pegawai EU, baru-baru ini telah mengumumkan sekatan minyak ke atas Iran bermula pada 1 Julai."

Kesan perdagangan menggunakan emas antara Iran dan India sudah pasti akan meningkatkan permintaan emas dunia seterusnya menolak naik harga emas dan secara relatifnya nilai US dolar akan mengalami deflasi.


Kenaikan Emas Tidak Boleh Disekat Selepas 1 Dekad

9:48am
28 Januari 2012

Malam ini PE tertarik dengan kenaikan harga emas selepas satu dekad. Hasil tinjauan yang perlu kita kongsikan ialah hal kenaikan harga emas pada tahun 2012 tidak dapat disekat lagi.

Hal ini berasaskan laporan data dari barat menjelaskan bahawa pada masa kini telah terdapat berjuta share dalam emas dan berjuta pelabur yang melibatkan diri dengan pelaburan emas sebagai pelindung nilai wang mereka.


Rajah : Harga emas meningkat naik 518.67% selama 10 tahun

Oleh kerana ramai rakyat mereka mempunyai latar akademik yang tinggi simpanan emas mereka mempunyai wawasan. Ini disebabkan mereka dapat menilai dan memahami masa nilai wang yang tersimpan dalam emas akan berlipat ganda berbanding dengan simpanan dalam bentuk tunai.

Kenapa emas mengigit pelabur untuk melekat padanya :
  • Situasi hutang di Eropah masih lagi tidak menentu
  • Kadar faedah yang rendah diseluruh dunia
  • Seluruh negara diseluruh dunia sedang menghampiri inflasi
  • Penurunan nilai mata wang US Dolar secara berterusan
  • Percetakan kuantiti mata wang negara-negara didunia yang berterusan
  • Rekod pembelian emas di China
  • Harga emas terus meningkat naik tahun demi tahun selama 10 tahun berturut-turut
Info sasaran harga emas tahun 2012 oleh bank terkenal dunia tetapi tanpa memberi alasan :

Citibank -USD2400/oz, Morgan Stanly -USD2200/0z



POKOK EMAS ZAMAN MODEN



Berbaloikah dividen RM800 untuk setahun?

4:36 pm (Malaysia Time)
Sabtu, 28 Januari 2012


Gambar : RM70,000.00 mengisi penuh kocek beg yang ku bawa ke Jasin, UTM dan Angsana JB pada hari ini sedangkan kuantiti emas boleh dikira dengan jari.

Hari ini semasa memasukkan wang pembelian stok emas kepada syarikat pembekal emas, PE terbaca iklan berikut:


Dalam hati berkata-kata " sayangnya wang tunai RM10,000 dipendam dalam bank hanya mahu mendapatkan RM800++ setahun walhal di luar seperti Group Pendita Emas memberi pulangan lebih menarik dalam sebulan melalui pembelian emas fizikal".

Dalam fikiran PE berkata-kata "Ayuh teman-teman tukarkan RM10,000.00 dari mendapatkan ganjaran RM800++ kepada pelaburan emas yang lebih menyihatkan ekonomi kita samada sehari, seminggu, sebulan atau setahun.

PE ada pengalaman berbincang tentang emas dengan pegawai bank dan insuran yang menemui PE untuk menerangkan produk mereka. Terus terang perbincangan dengan pegawai bank dan pegawai insuran yang bertebaran dalam bumi Malaysia, minda teman-teman PE masih terlalu klasik mengagung-agungkan urusniaga wang fiat dan polisi yang kurang menguntungkan mengikut nilai pelaburan, nilai masa wang dan kuasa beli wang.

Kalau simpan ASB atau insuran siapa yang dapat jika kita memejamkan mata lebih awal? Bukan diri kita tetapi keluarga kita. PE dah alami apabila ibu PE sendiri tidak menikmati hasilnya bila meninggal dunia lebih awal dari tarikh matang sijil ASB menggunakan skim dividen dan bonus milik bank secara total.

Persoalan mengapa pulangan RM800++ ditawarkan dalam setahun dan bukan RM8000++ untuk simpanan wang fiat kita. Sedangkan wang deposit kita terpendam selama setahun. Apa yang dapat kita gunakan untuk nilai RM800++ pada jangka masa setahun akan datang. Adakah keadaan ekonomi, inflasi, harga makanan sama nilai pada masa kini dengan nilai masa depan. Fikir-fikirkan. Kesihan PE melihat teman-teman yang terlibat dalam situasi ini.

Biar PE lontarkan pendapat dalam perbahasan ini bertajuk :Wang Fiat vs Emas : Mana lebih menguntungkan? Mari kita bincangkan secara kritis dan kreatif berkenaan pendapatan yang bakal diperolehi dalam setahun berdasarkan iklan di atas.

Iklan di atas menyentuh pulangan wang fiat dalam setahun dan apa akan kita perolehi dan alami.

Penilaian nilai wang Fiat

1. Jika anda mahu mendapatkan wang tunai RM800++ dalam setahun anda perlu menyediakan deposit simpanan yang kekal selama setahun sekurang-kurangnya RM10,000.00. Ini bermakna jika kita mengikuti kaedah ini sepenuhnya sebenarnya membantutkan kitaran wang tunai dalam pasaran. Kuasa beli setiap pengguna akan berkurang dan akan menyusahkan kita sebenarnya, Matlamat kita menyertai skim berkenaan mahu mendapatkan profit lebihan atas pelaburan wang tetap dalam setahun dan bayaran dividen 8% tidak berbaloi sedangkan kalau kita menggunakan kad kredit kita dikenakan kadar 12%.

2. Kepada peminjam wang dengan bank pula, pelbagai skim disediakan, ada skim dividen tak perlu kita ambil, ada dividen dikongsi sama dan ada dividen yang menjadi hak mutlak kita. Walau bagaimanapun segala skim diadakan mengandungi syarat dan terma pelaburan yang berlainan.

3. Berdasarkan pemerhatian PE, nilai RM setiap tahun akan mengalami penyusutan sebanyak 2%, jika RM1.00 x 2% nilai RM akan menyusut sebanyak 0.02 sen. Ini bermakna selepas setahun nilai profit sebenar yang diterima bukan RM800++ tetapi kurang kepada nilai RM784.00 sahaja. Bagaiman jika kita mengambil kira kenaikan harga makanan pada tahun 2011 sebanyak 4.9%.

  • Bukti tekanan terhadap perbelanjaan barangan

4. Penyusutan nilai RM0.02 bagi setiap RM1 pada setiap tahun nampak sahaja kecil tetapi impaknya sangat tinggi. PE hanya menyentuh sedikit nilai ini berdasarkan kepada perubahan ekonomi dan kadar inflasi semasa.

5. Perubahan ini seolah-olah kita tidak merasakannya kerana kekurangan ini telah diserap dengan subsidi kerajaan pada barang-barang kawalan sahaja. Bagaimana dengan barangan yang lain?Persoalannya sejauh mana kerajaan bakal mempertahankan subsidi yang diberi pada tahun-tahun akan datang?

6. Bagaimana jika dalam masa sama inflasi meningkat naik sebanyak 2.60%. Berapa profit yang bakal kita terima hasil pelaburan wang fiat. Mengambil kira purata dividen sebanyak 8% apabila kita kira menjadi 5,40% X RM10,000.00 bermakna nilai wang boleh belanja diakhir tahun pengiraan dividen dan bonus hanya RM540.00.

Pulangan 2011: Dividen (7.65%) + Bonus (1.15%)=8.80%

Itupun rakan-rakan melahirkan rasa gembira walaupun pulangan diterima setelah genap setahun


7. Kita kena beringat bahawa wang fiat yang kita laburkan tidak bersandarkan dengan emas sebaliknya kertas yang diberi nilai oleh kerajaan sesebuah negara. Apa akan berlaku dengan nilai matawang kita jika ekonomi merudum, kejatuhan kerajaan sedia ada dan sekatan matawang oleh pihak antarabangsa?. Masalahnya kita masih tetap mempercayai wang fiat walaupun sifatnya hanya kertas kosong diberi nilai.

Berlainan dengan kaedah pelaburan emas

1. Emas merupakan logam kuning yang sangat berharga pada masa kini. Pelbagai bentuk produk memerlukannya samada untuk jongkong, wang syiling, barang kemas, kosmetik dan barang industri selain tahan lebur ia bersifat tahan kakis.

Permintaan emas dari sehari ke sehari meningkat naik. Dengan permintaan yang tinggi dan penawaran yang kurang tidak mustahil harga emas dalam sebulan mencapai kenaikan nilai sebanyak 11%, 4 bulan 15%, setahun 20% hingga 30%, 5 tahun 240% dan 10 tahun melebihi 300%.



Rajah : Graf kenaikan harga emas selama 27 hari dalam bulan Januari 2012.

Perkiraannya jika RM10,000.00 dilaburkan membeli emas fizikal berharga RM173.50/g dari Group PE pada 1 Januari 2012, berapa nilai emas anda pada 28 Januari 2012.

Kos : RM10,000.00
Harga emas : RM173.50
Kuantiti emas : 57.63 gram
Nilai terkini bila harga emas dunia naik 11.07% dan anda bergerak aktif menjadi peniaga emas di bawah PE = RM198/g x 57.63 = RM11,410.00

Keuntungan 27 hari simpan emas = RM11,410.00-RM10,000.00 =RM1418.00

Lebih menarik Group Pendita Emas mambuat tawaran sesiapa berjaya membuat deal sehingga terjualnya stok emas fizikal bagi setiap 100g akan menerima tunai terus RM700.00 selagi mengikut terma dan syarat ditetapkan.

2. Emas menjadi logam kalis inflasi dan membangunkan sesebuah negara yang hampir musnah. Ini bermakna jika harga barangan lain naik, nilai emas tetap naik sama. Ini bermakna dalam perbelanjaan harian nilai emas dimiliki sangat membantu. Sebagai contoh India sebelum membeli emas dalam kuantiti yang banyak dalam pasaran antarabangsa telah mengalami kejatuhan teruk atas eksport barangan mereka pada tahun 1998. Pinjaman dibuat melalui pembelian emas dengan London. Beberapa tahun kemudian emas telah mengubah kedudukan negara mereka di mata dunia.

Terkini ada kajian yang berpendapat inflasi bukan disebabkan oleh kenaikan harga minyak tetapi disebabkan oleh kenaikan harga emas.

3. Emas fizikal berada dalam tangan kita. Jika berlaku apa-apa bencana, emas masih dapat diselamatkan dan memiliki nilai standard diseluruh dunia. Contoh bagaimana pelarian Vietnam menggunakan simpanan emas fizikal untuk membangunkan diri keluarga mereka di luar negara.






Friday, January 27, 2012

USD1738 menjadi paras tertinggi pada 28 Januari 2012 dengan rekod kenaikan 11.07%

8:30 pagi (Malaysia Time)
Sabtu, 28 Januari 2012


Posting pagi ini PE mahu membuat rumusan berkenaan pergerakan harga emas pada minggu ini sekitar tarikh 23 hingga 27 Januari 2012.

Sasaran untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi pada sesi penutupan telah PE menangi dengan bukti trading gold yang PE bid pada harga USD1734 melepasi harga halangan USD1739 walaupun terdapat halangan disebabkan aktiviti pengambilan untung pada hari-hari terakhir.

Dengan keyakinan yang tinggi bahawa sasaran harga akan menuju USD1740, sebelum tidur PE rasa tidak ada kerugian jika menambat pada harga tinggi.


Hasilnya, penantian dalam mimpi memberi pendapatan kepada PE dengan membiarkan harga berlegar tanpa pemantauan dengan PE tidur nyenyak menghasilkan nilai USD33.40 x RM3.00 = RM100.20.

Nilai pivot yang PE gunakan pada hari terakhir minggu ini dalam menentukan harga emas pada ialah pada puncak USD1740:


Nilai pivot pilihan PE untuk dagangan saham emas bagi tempoh 5 jam ialah pivot Fibonacci dengan sasaran harga halangan R1, R2, R3 yang patut dilepasi dengan nilai masing-masing pada paras USD1738.44, USD1740.8 dan USD1744.62.


Prestasi kenaikan harga saham bermula pada 2 Januari sehingga 27 Januari 2012 mengikut penutupan harga emas dalam pasaran New York COMEX sebanyak 8.31% dengan perkiraan harga terendah USD1540 dan harga tertinggi USD1726.70.

Walau bagaimanapun kenaikan sebenar dari 2 hingga awal 28 Januari 2012 (Malaysia Time) ialah sebanyak 11.07%.


Faktor sokongan kenaikan harga emas minggu ini ialah:

Kenaikan nilai Euro berbanding USD selepas FED pengumuman pelonggaran faedah sehingga paras sifar sehingga 2015 bagi memacu ekonomi US dan global.


Dolar merosot secara menyeluruh selepas Rizab Persekutuan mengumumkan akan mengekalkan kadar faedah pada paras terendah sehingga 2014 dan permintaa data ekonomi yang kukuh seperti aset berisiko tinggi setelah dipenuhi ranjau.

Dolar US merosot masuk minggu kelima berbanding Euro akibat daripada kenyataaan Pengerusi Rizab Persekutuan , Ben S. Bernanke bahawa Fed akan melaksanakan terus "monetary accommodation" bagi memulihkan sektor pekerjaan atau dalam kes inflasi kekal bergerak di bawah paras mandat.

Peningkatan harga komoditi yang berterusan padaa minggu ini juga didorong atas jaminan Fed bahawa ia akan membekukan kadar faedah rendah sehingga tempoh yang lama.

Kes di Eropah juga memberi nafas baru ke atas ekonomi 21 negara kesatuannya iaitu terdapat laporan Greece sudah hampir mencapai perjanjian dengan pemiutang swasta untuk menyusun kembali hutangnya.

Pengekalan kenaikan harga emas memenangi persaingan pengambilan untung

Seperti pada minggu lampau, persaingan penggambilan untung dan pengekalan harga pada paras tinggi tetap berlaku. termasuk pada minggu ini tindakan kedua-dua belah pihak sangat agresif secara mikro dengan julat perubahan harga yang kecil makanya harga menjadi seolah-olah patern graf sideway jika dilihat secara makro

pandangan dari sudut mikro


Pandangan dari sudut makro.


Ringkasan sentimen mengikat kenakan harga emas

Pertentangan Profit Taking dan Pengekalan Paras Harga Emas Yang tinggi

11:02 pm
Jumaat, 27 Januari 2012

Malam ini selepas pulang dari Restoran Aliff , Taman Suria Johor Bahru buka sahaja laptop berkenaan harga emas terkini telah terjadi seperti apa yang PE ceritakan dalam posting "Harga Hari Terakhir Minggu Ini Mengalami Kejutan".

Inilah gambaran kejutan yang PE bicarakan pada posting sebelum ini. Petunjuk bahawa peranan pelabur US Market dapat dinilai pada pergerakan harga emas yang agresif malam ini (Malaysia Time) yang menyaksikan julat pertentangan antara profit taking dan pengekalan uptrend.


Tentu rakan-rakan PE tersentak seketika seolah-olah harga mahu menjunam, tetapi berlaku sebaliknya apabila harga membuat lonjakan kembali dan kembali.

Harga hari terakhir minggu ini akan mengalami kejutan?

7:21 malam
Jumaat 27 Januari 2012

Posting pada hari ini menyentuh berkenaan harga emas selepas jam 9.00 malam (waktu Malaysia) bersamaan jam 8.00 pagi bagi NY Comex dimana pertukaran masa sejak Disember 2011 telah menghuru-harakan ramai pelabur termasuk PE.

Untuk membiasakan kembali masa trading terpaksa mengadap laptop setiap masa selama seminggu. Alhamdulillah kini kebiasaan membaca graf telah kembali normal.

Menyentuh harga emas pada hari ini sebagai hari terakhir bagi minggu ini ada sedikit kejutan selepas jam 11.00 malam ini (waktu Malaysia).

Jangkaan ini berdasarkan harga emas yang bergerak secara konsistan mendatar naik turun dalam julat yang kecil. Jika tidak silap PE, ramai pelabur hanya melihat sahaja pergerakan harga emas terutama bila pasaran Asia tidak memberikan gambaran pasaran yang aktif.


Sentimen berkenaan diikuti oleh pasaran Eropah disebelah pagi dan mula menuju paras harga yang sama sahaja pada hari Khamis. Walau bagaimanapun sentimen ini bergantung kepada pelabur di US.

Meminjam data forex, pivot point bagi harga halangan tertinggi masih mengunjurkan harga tertinggi Khamis USD1730 menggunakan harga USD1724 masa kini.


Untuk menyaksikan perubahan harga kita lihat graf pada jam 8.00 malam. Tentu menarik harga malam ini disebabkan pertentangan pelabur antara mengekalkan kenaikan harga emas dan jatuhnya harga emas untuk pengambilan profit taking.


Dalam hal ini, perkara dasar pelonggaran sistem kewangan yang diumumkan oleh FED yang mengekalkan kadar faedah hampir sifar selama 3 tahun lagi perlu juga diambil perhatian. Jika pelonggaran ini bagi merancakkan lagi ekonomi domestik dan global bermakna saham-saham industri akan menjadi persaingan semula. Walau bagaimanapun saham komoditi akan lebih menarik terutama emas, perak dan minyak akan terus naik.


Lihat sahaja unjuran harga ramalan minyak terkini dijangka akan meningkat pada paras RM130/tong.

Justeru itu dari diri kita dihimpit kesan inflasi, simpanlah emas bermula sekarang kerana banyak faedah yang boleh kita perolehi darinya.


Thursday, January 26, 2012

Bagaimana rumusan harga emas di penghujung Pasaran NY COMEX

2:23am
Jumaat, 27 Januari 2012

Posting pagi ini hanya membuat sedikit rumusan berkenaan keluk harga emas dalam zon New York Comex sama ada atau tiada persamaan patern keluk lakaran PE dengan keluk harga sebenar.

Keluk sebenar yang terhasil adalah sebagai berikut:


Kesimpulannya tiada padanan yang sama diakhir zon New York Comex

Bacaan posting yang berkaitan:




Yabeda bedu USD1724 dilepasi pada USd1726

9:34 malam (Malaysia Time)
26 Januari 2012

Sasaran harga USd1724 telah dilepasi

Bacaan untuk posting berkaitan


Mai Dok Santai Sambil Baca Graf Emas Dalam Zon Perdagangan US

8:53 malam
Khamis, 26 Januari 2012

Posting malam ini menyentuh berkenaan perjalanan harga emas apabila masuk ke dalam zon perdagangan US. Adakah ia akan mengikut patern yang berlaku masa kini atau melonjak naik?
Berdasarkan sentimen terbaru dan terkini, pasaran New York Comex akan menjadi pemimpin kenaikan harga emas yang baru

Harapan PE patern harga emas terkini akan mengikut keluk harga yang berlaku pada awal pagi tadi. Gambaran keluk harga disasarkan sebagai berikut:


Kembali kepada keluk harga dalam zon Eropah, sebentar tadi dapatlah PE membuat rumusan berkenaan pertanyaan PE dalam posting bertajuk ' Bagaimanakah harga emas dalam pasaran Zon Eropah pada petang ini?'

Harga emas masih bertahan pada paras yang tinggi antara USD1703 hingga USD1719.98 dengan mengekalkan letusan harga emas di awal pagi 26 Januari 2012.


Nilai Euro berbanding USD masih mengekalkan posisinya sejak awal pagi hingga sekarang. Secara relatifnya USD berada pada paras yang lebih rendah.



Merujuk kepada pivot point bagi harga halangan tertinggi meletakkan harga USD1725 patut diatasi. Jika berlaku harga paras terbaru USD1795 dan USD1800 bakal menjelma.


Ini bermakna harga emas dalam lingkungan RM198/gram bakal melonjak lagi pada harga melebihi RM200/gram menjelang pembukaan bulan Februari 2012 selewat-lewatnya dalam minggu kedua.



Wednesday, January 25, 2012

Bagaimanakah harga emas dalam pasaran Zon Eropah pada petang ini?

11:13am
Khamis, 26 Januari 2012

Posting kali ini PE mahu berceloteh tentang harga emas dalam dagangan Pasaran Zon Eropah yang akan ditemui dalam tempoh 3 jam lagi. Adakah harga meningkat naik atau berlakunya pengambilan untung secara redikal seterusnya harga emas kembali merudum selepas terbina pada aras tertinggi pada USD1713 pada hari ini? Kita nantikannya.

Sebelum itu, kita dapati harga emas terus melonjak naik setinggi USd1713.95 di Zon Asia. Memontum ini masih dikekalkan sehingga pasaran masuk pertengahan hari.



Sentimen ini sangat penting diambil perhatian bagi membolehkan kita menentu hala tuju pergerakan harga emas dunia samada benar-benar terus mendapat sinergi yang baru.

Apa-apapun keputusan FED pada malam tadi menjahanamkan nilai US dolar tetapi melonjakkan nilai Euro dan harga emas dengan masing-masing berada pada paras $1.31 dan USd1710. Sehingga masa posting ini ditulis harga emas, nilai Euro menunjukkan tanda positif.


Sejarah harga emas dunia hingga 26 Januari 2012


Sejarah harga emas di Malaysia


Alhamdulillah harga emas USD1724 dihampiri minggu ini

7:29 pagi
Khamis, 26 Januari 2012


posting pada pagi ini PE hanya mahu menyentuh harga ramalan yang PE buat dalam minggu ini bertajuk : Bolehkan harga emas mendaki USD1680 -USD1700 pada jam 1:00am hingga 3:00am pada 25 Januari 2012.

Dalam posting berkenaan antara intipatinya ialah harga sasaran PE pada USD1724 samada berlaku pada minggu ini atau pada minggu hadapan. Lihat bicara PE sebagai berikut:


Pada hari ini, 26 Januari selepas jam 3:00am harga emas sudah berada dalam posisi USD1712. Bermakna posisi harga USD1724 sedang dihampiri.


Forexpros - Gold futures moved sharply higher on Wednesday, as the Federal Reserve pledged to hold its target for the federal funds rate at zero to 0.25% for a "highly accommodative" monetary policy.

On the Comex division of the New York Mercantile Exchange, gold futures for February delivery traded at USD1707.05 a troy ounce during late U.S. trade soaring 2.56%.

Gold futures were likely to find support at USD1645.15 a troy ounce, Friday's low and technical resistance exists at USD1681.65 a troy ounce, the high of January 23.

Weakness in the U.S. dollar worked to lift precious metal prices. The dollar index, which tracks the performance of the greenback versus a basket of six other major currencies, fell 0.30% to trade at 79.75.

Interestingly, gold's correlation with the euro/dollar exchange rate is at its most positive in nearly 2 years. This means that gold is more likely to move in synch with the euro than at any other time since January 2010.

The Fed had pledged to keep its target rate in place until mid 2013. However, it has now moved this date until late 2014 resulting in the greenback's weakness and gold's bullish move.

Greece continues to lead the bearish worries in the euro zone. Yesterday, hopes were dashed of a last minute bond deal to avoid default when officials rejected a final offer.

Reports of the European Central Bank being opposed to restructuring its Greek holdings added to the risk adverse gold positive sentiment of the session.

Meanwhile, the start of India's wedding season last week, where gold is a traditional gift, increased bullishness in the precious metal.

Elsewhere on the Comex, silver for March settlement gained 3.78% to trade at USD33.18 a troy ounce, while March copper futures surged 1.01% to trade at USD3.84 a pound.

Terima kasih keluk emas pagi ini kerana anda telah memberi sinergi pada saham emas yang PE bid pada 25 Januari 2012 dalam nilai USD453.78 + USD98.52 =USD552.3 x RM3.10 =RM1712.13. Tidak sia-sia menanti pembelian harga saham emas pada harga rendah dalam zon trading New York.


Dengan profit ini, lepas sudah buat modal emas fizikal yang dilock semalam untuk menampung sebahagian kos harga emas fizikal sebanyak 10 gram.


Dengan kenaikan ini, mari kita nantikan paras harga Kijang Emas Bank Negara Malaysia yang bakal tercetak selepas jam 9.00am 26 Januari 2012. Berikut rekod harga emas sepanjang Januari 2012.

Sumber: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141&eId=box1, jam 7:58am 26 Januari 2012

Kesimpulannya:

  • Buat teman-teman Group PE yang menyokong pendapat
    PE dalam pertemuan di kedai makan berhadapan Ladang Mados bahawa harga emas akan naik pada malam atau pagi 26 Januari 2012 dan membuat lock harga pada petang hari 25 Jan 2012 tahniah harga emas anda belum diterima lagi dalam tangan telah meningkat sebanyak RM7.00
  • Kepada teman PE, Tauke GCP yang telah kita sembangkan berkenaan lonjakan harga emas pada Isnin (23 Januari 2012) bakal berlaku pada Rabu ini (25 Jan 2012) di Yong Peng dengan selepas sesi malam pada 25 Jan 2012 telah berjaya kita capai. Moga belian emas jongkong pada pagi Rabu (25 Januari 2012), emas MKS tuan memberi impak pada hari ini(Khamis 26 Januari 2012).
  • Buat rakan-rakan yang membuat provokasi mempertikaikan harga sasaran PE akan melepasi USD1724 samada dalam minggu ini atau minggu depan , PE ucapkan pergi jalanlah dengan harga rendah suadara/saudari nanti-nantikan. PE sarankan tunggu dan tunggu sehingga harga yang dikehendaki ditemui. Yang penting PE dan keluarga PE menerima laba diharapkan.