Sabtu, 21 Januari 2012
Posting pada hari ini PE mahu melontarkan sedikit hujah ke atas pertanyaan dalam kalangan keluarga kumpulan Pendita Emas iaitu :
- Simpan emas dan perak sangat menguntungkan
- Bagaimanakah prospek atau emergine pelaburan emas masa kini (Tahun 2012) dan pada masa depan?
- Ramalan harga emas semasa dunia dan domestik (Malaysia)
- Kesan ke atas pelaburan lain seperti ASN, ASB, Tabung Haji, Passbook Gold (Maybank), bond, public Mutual dan lain-lain pelaburan.
- Penangan kesan psikologi emas kepada rakan-rakan sejawat yang meletak jawatan
- Kesan sampingan permainan Ar-rahnu
Simpan emas dan perak sangat menguntungkan
Diringkaskan cerita sejarah pelaburan emas merupakan pelaburan tertua di dunia. Perkataan dinar emas telah digunakan secara meluas dalam Al-Quran :
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
- "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar
- harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara
- mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
- "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)
Pengunaan dinar dalam hadis:
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
- "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
- Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)
Sumber : wikipedia.org
Istilah dinar juga telah digunakan sebagai mata wang Islam sejak zaman permulaan perkembangannya lagi.
"Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al- Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusiahinggalah ke Bukhara, Delhi dan
Asia Tenggara kemudiannya."
Kelebihan menyimpan emas dan perak:
- Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
- Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
- Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
- Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
- Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
- Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
- Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
- Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
- Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
- Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
- Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
- Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
Sumber : wikipedia.org
Bagaimanakah prospek atau "emergine" pelaburan emas masa kini (Tahun 2012) dan pada masa depan?
Petikan kata-kata tokoh pelabur terkemuka
Jim Roger: Labur Dalam aset Fizikal
Pelabur lagenda syorkan logam berharga
Jim Roger merupakan pengasas bersama Quantum Fund pada tahun 1970an yang mencatatkan pulangan tinggi untuk tempoh 10 tahun. Beliau pesara daripada Quantum Fund sejak tahun 1980an. Pada tahun 1998, beliau telah mengasaskan Rogers International Commodity Index.
Kini beliau menetap di Singapura kerana berpendapat Asia akan menerajui dunia pada masa akan datang dengan diketuai oleh China. memang benar pendapat beliau sejarah membuktikan pembelian emas dunia oleh India pada tahun 2008 dan diikuti dengan pembelian oleh negara China harga emas yang berada pada paras USD800/0z telah melonjak naik sehingga harga emas mencapai USD1924/oz pada September 2011
Jim Rogers juga telah menulis beberapa buah buku termasuk Hot Commodities: How Anyone Can Invest Profitably in the World's Best Market, A Bull in China: Investing Profitably in the World's Greatest Market dan A Gift to My Children: A Father''s Lessons For Life and Investing.
Dalam temuramah bersama Yahoo, beliau melontarkan pendapat bahawa banyak pasaran sedang naik sekarang tetapi ekonomi semakin merosot. Contohnya saham emas, tenaga dan komoditi lain meningkat selepas bank of Japan menurunkan kadar faedah kepada sifar. Bank Pusat AS juga dijangka meneruskan program pelonggaran kuantitatif. Ini bermakna mereka bebas memcetak lebih banyak wang untuk menangani kegawatan ekonomi.
Justeru itu beliau menyarankan untuk pelaburan terbaik ialah logam berharga dan komoditi pertanian. Malah di akhir zaman ini kita dapati dunia sudah tidak berpijak pada paksinya dengan tetap.
Beliau juga berpendapat "bank-Bank Pusat diseluruh dunia akan terus mencetak wang dan menyebabkan logam berharga meningkat. Pandangannya menjurus kepada emas, walaupun sudah naik tinggi, dijangka akan mendatar atau turun buat seketika, tetapi akan terus naik lagi."
Beliau juga menyarankan supaya memiliki komoditi itu sendiri lebih baik berbanding saham syarikat, tambahnya lagi.
Mark Mobios adalah pengerusi eksekutif Templeton Asset Management, Ltd. Pada masa ini, beliau menerajui pasukan penyelidikan Templeton yang berpangkalan di 15 pejabat negara-negara sedang membangun. Beliau telah menulis beberapa buah buku termasuk “Trading with China,” “The Investor’s Guide to Emerging Markets,” “Mobius on Emerging Markets,” “Passport to Profits,” “Equities—An Introduction to the Core Concepts,” “Mutual Funds—An Introduction to the Core Concepts” dan “Mark Mobius: An Illustrated Biography.”
Mobius berpendapat pasaran sedang menaik (bull market) boleh kekal beberapa tahun lagi, kerana kemelesetan baru sahaja berlaku dua tahun lepas. Dalam pasaran sebegini, mungkin peningkatan luar biasa berlaku.. Menurutnya, wang kini disalurkan bukan menerusi bank, seperti yang berlaku pada tahun 1993, tetapi kepada pasaran ekuiti.
Faktor Permintaan dan Penawaran Suku Ketiga 2011 Berbanding 2010
Permintaan emas pada suku ketiga 2011 mencecah 1,053.9 tan metrik, meningkat sebanyak 6% berbanding dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini bersamaan dengan AS $ 57.7billion, dari segi nilai.
Menurut World Gold Council trend permintaan emass bagi S3 2011 yang dikeluarkan hari ini, peningkatan ini didorong oleh permintaan pelaburan yang meningkat sebanyak 33% tahun-ke-tahun sebanyak 468,1 tan, menjana permintaan rekod suku tahunan AS $ 25.6billion.
Data laporan :
Menurut World Gold Council trend permintaan emass bagi S3 2011 yang dikeluarkan hari ini, peningkatan ini didorong oleh permintaan pelaburan yang meningkat sebanyak 33% tahun-ke-tahun sebanyak 468,1 tan, menjana permintaan rekod suku tahunan AS $ 25.6billion.
Data laporan :
- Permintaan pelaburan di Eropah mencapai nilai rekod suku tahunan € 4.6billion, bersamaan 118,1 tan - peningkatan tahun ke tahun sebanyak 135%. Peningkatan dalam permintaan pelaburan keseluruhan ini sangat mengagumkan memandangkan pembetulan mendadak harga emas pada bulan September, yang menggalakkan gelombang pengambilan untung di kalangan pelabur bar dan syiling. Hampir semua pasaran menyaksikan pertumbuhan dua angka yang kukuh dalam permintaan untuk bar emas dan syiling.
- Permintaan barang kemas China adalah 13% lebih tinggi dari tahun ke tahun sebanyak 131,0 tan, bersamaan dengan RMB46.0billion.Sebahagian besar peningkatan ini berlaku di bandar-bandar yang lebih kecil sebagai rantaian rangkaian runcit yang berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat didorong oleh peningkatan dalam pendapatan. Selera pelaburan emas penduduk China berkembang dalam permintaan bar emas dan syiling yang berkembang sebanyak 24% dari awal tahun bermula dengan 60.2 tan.
- Permintaan barang kemas di India pada masa ini adalah lembap daripada bulan-bulan sebelumnya pada bulan bermusim akhir bulan Julai dan Ogos, diburukkan lagi oleh inflasi yang tinggi dan ketidaktentuan yang lebih besar dalam harga emas tempatan. Pembelian emas memulih sedikit bermulanya musim perayaan dan perkahwinan. Secara keseluruhan, permintaan barang kemas India pada S3 menyaksikan penurunan sebanyak 26% dalam tan, jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun 2010, 125,3 tan. Walau bagaimanapun, permintaan tahunan untuk akhir bulan September hampir menyamai rekod yang dilihat pada tahun 2010.
Statistik Permintaan S3, 2011
- Permintaan emas global pada suku ketiga 2011 meningkat 6% dengan jumlah 1,053.9 tan berbanding 991.1 tan pada suku tahun sama 2010. Dari segi nilai catatan rekod US57.7 billion berbanding US45.7 billion pada suku sebelumnya
- Harga purata suku tahun ketiga meningkat 39% kepada US1,702.12/oz dengan rekod baru pada paras US1895/oz (London PM fix ) pada 5 dan 6 September 2011.
- Permintaan pelaburan emas global mencapai 468.1 tan meningkat sebanyak 33% berbanding 352.1 tan pada suku tahun sama sebelumnya. Nilai meningkat naik kepada US25.6 billion berbanding US13.9
- Permintaan jongkong dan wang syiling emas pada suku ketiga meningkat 29% berjumlah 390.5 tan metrik daripada 303.0 tan metrik pada suku ketiga tahun 2010 membawa nilai US21.4 billion (2011) dari US12.0 billion (2010)
- Gold ETP membawa aliran masuk 77.6 tan meningkat sebanyak 58% berbanding pada volume awal 49.1 tan metrik.
- Permintaan barang kemas emas global 465.6 tan (suku ketiga 2011) menurun 10% dari jumlah 2010 (518.9 tan metrik). Berbanding nilai permintaan pada tahun 2011(US25.5 billion) menaik 24% daripada 2010(20.5 billion)
- Permintaan industri pembuatan permintaan emas daripada sektor teknologi global mengekalkan daya tahan yang tidak berubah dari setahun ke setehun pada kadar 120.2 tan metrik. Rekod permintaan dalam industri elektronik bersamaan US4.8 billion
sumber : world gold council
Ramalan harga emas dunia dan domestik pada tahun 2012
Dalam ruang lingkup ini pihak kami tidak menyarankan anda terlalu taksub dengan harga sasaran yang dibuat. Ini disebabkan pakar-pakar pelaburan termasuk Pendita Emas menggunakan instumen berbeza dalam membuat ramalan harga emas semasa dan masa depan.
Kepelbagaian ramalan harga emas dunia tahun 2012
Ramalan harga emas dunia pada USD2500/0z
Ramalan harga emas pada USD3000/0z
Ramalan harga emas pada USD5000/oz
Ramalan harga emas pada USD10,000/oz
Ramalan harga Pendita Emas USD3200/0z
Ramalan harga emas domestik(Malaysia)
Ramalan harga emas RM240/g
Ramalan harga emas RM280/g
Ramalan harga emas R300/g
Ramalan harga emas RM350/g
Ramalan harga emas RM500/g
Ramalan harga emas Pendita RM320/g
Kesan terhadap pelaburan ke atas produk-produk kewangan lain
Kajian kes antara pelaburan emas berbanding porduk kewangan yang lain sangat menarik untuk diulas. Dapatan ini diperolehi dari pengalaman sendiri, pemerhatian, bacaan dari blog teman-teman, interview dalam kalangan rakan dan pelabur emas yang baru.
Tren Penarikan wang keluar oleh pendeposit dalam bentuk simpanan tunai, simpanan tetap dan pelaburan ke atas saham-saham amanah berlaku setiap hari. Emas fizikal merupakan aset paling selamat dalam portfolio pelaburan semasa pada masa lalu, kini dan selamanya. Ini disebabkan :
- Rakyat kita kini sudah terdidik dan pandai memilih pelaburan yang paling menguntungkan. Perbandingan paling banyak dibuat ialah perbezaan keuntungan yang boleh diperolehi dalam setahun. Jika emas memberi pulangan antara 20% hingga 30% mengapa kita perlu memilih simpanan yang hanya memberi pulangan paling tinggi 8.5% atau 15% sahaja sedangkan amount pelaburan milik kita ciput dan telah ditetapkan pemilikan atau pembeliannya. Persoalannya mengapa pelaburan yang diluluskan kerajaan dihadkan pemilikannya. Justeru itu, pilihan pelaburan terbaik ialah memiliki komoditi emas sebagai pelaburan pada masa depan.
- Tekanan perbelanjaan ke atas barangan pengguna terutama perbelanjaan bahan api dan makanan asas serta dapur yang meningkat naik 2% hingga 4% sesuka hati setiap hari yang ditanggung oleh penduduk berbanding kenaikan gaji setahun kurang RM100 membuka ruang rakyat untuk mempelbagaikan projek menambah pendapatan peribadi. Justeru itu pilihan pelaburan dalam emas menjadi pilihan utama berbanding simpanan tunai dalam bank. Ini disebabkan dalam pelaburan emas jika pelabur berkenaan seorang genuine perniagaan tanpa menggunakan modal peribadi boleh mendatangkan hasil.
- Posting lalu yang boleh diambil iktibar berkenaan kenaikan harga makanan di Malaysia.
- Bukti tekanan terhadap perbelanjaan barangan pengguna awal-awal lagi telah dijelaskan oleh kerajaan dalam berita pagi hari ini, 21 Januari 2012, melaporkan kerajaan telah memperuntukkan subsidi pada tahun 2012 sebanyak 19 billion berdasarkan pecahan bahan api (RM17.0 billion) dan keperluan makanan asas ( 2 billion sahaja). Mengapa subsidi bahan api begitu besar? Ini jawapannya: Purata harga minyak dunia bagi pasaran hadapan bulan Mac 2012 telah melepasi USD100 setong hari ini.
- Penarikan keluar pelaburan public mutual juga menjadi satu femonena baru. PE sendiri merasa kurang senang apabila satu produk yang PE sertai telah dilupuskan untuk diganti dengan produk yang baru. Perubahan-perubahan ini jugalah yang menjadikan PE hilang keyakinan untuk mempertahan atau menambah simpanan dalam produk berkenaan.
- Penarikan keluar pelaburan emas berasaskan buku simpanan emas turut menjadi trend masa kini apabila keluarnya fatwa dari pihak tertentu yang mengatakan simpanan berbentuk produk berkenaan didapati haram. Bab ini PE tidak mahu menjawabnya. Ini disebabkan pakar-pakar syariah dilantik oleh pihak bank sudah pasti telah memperhalusinya. PE juga masih mengekalkan simpanan emas menggunakan produk dinyatakan. Banyak kerugian diterima oleh pihak pelabur walaupun perubahan berlaku sebanyak 1 sen. Ini disebabkan harga belian bank tidak mengikut harga paparan di papan-papan elektronik milik mereka. Sebaliknya harga mengikut laman web semasa yang terpampang dalam skrin komputer tanpa memberi peluang pelanggan untuk melihat harga sebenar. Dipermudahkan cerita harga jualan balik disampaikan secara lisan.
Dalam hal ini, 100% PE setuju bahawa 9/10 pendapatan yang lumayan datangnya dari perniagaan. Tahniah kepada rakan yang bertindak gentleman bulat hati keluar dari perkhidmatan kerajaan. Sekurang-kurangnya keluarnya anda dari perkhidmatan sedia ada memberi peluang sebuah keluarga baru untuk membangun, mengelakkan rakan-rakan menahan geram asyik menggantikan dan menjalankan tugas anda.
Tetapi perlu diingat dalam bidang perniagaan ada jatuh bangun yang perlu dihadapi bergantung kepada kekuatan semangat dalam diri kemana hala tuju perniagaan anda. Apa-apapun kepada rakan yang keluar PE ucapkan selamat berjaya dalam lapangan yang baru.
Kalau rakan-rakan bertanya kenapa PE tidak keluar?
- PE telah terlibat dalam sektor swasta selama 6 tahun bekerja sebagai operator pengeluaran, pengawal keselamatan, stor keeper dan juruteknik. Semuanya mengajar diri PE bagaimana kita perlu mengekalkan daya tahan dalam kerja dilakukan.
- Pengambilan cuti belajar separuh gaji ketika ekonomi negara berada dalam zaman kemelesetan mengajar PE, hargailah pekerjaan yang dimiliki jangan sampai dengar guruh air tempayan dicurahkan. Kata mudahnya tidak selamanya kita menerima durian runtuh, sampai satu masa kita akan menghadapi halangan. Niat untuk keluar dari perkhidmatan PE tarik balik.
- Profit pelaburan emas merupakan income sampingan sahaja. Simpanan jangka panjang fokus utama. Dalam masa sama suka mendidik teman-teman dalam blog ini mengenai pelaburan emas. Sebab itu, dengan mudah title "Master Dealer Public Gold" PE tinggalkan dan dengan senyuman PE dapat membina semula imej sendiri sehingga kini.
No comments:
Post a Comment