4:36 pm (Malaysia Time)
Sabtu, 28 Januari 2012
Gambar : RM70,000.00 mengisi penuh kocek beg yang ku bawa ke Jasin, UTM dan Angsana JB pada hari ini sedangkan kuantiti emas boleh dikira dengan jari.
Dalam hati berkata-kata " sayangnya wang tunai RM10,000 dipendam dalam bank hanya mahu mendapatkan RM800++ setahun walhal di luar seperti Group Pendita Emas memberi pulangan lebih menarik dalam sebulan melalui pembelian emas fizikal".
Dalam fikiran PE berkata-kata "Ayuh teman-teman tukarkan RM10,000.00 dari mendapatkan ganjaran RM800++ kepada pelaburan emas yang lebih menyihatkan ekonomi kita samada sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
PE ada pengalaman berbincang tentang emas dengan pegawai bank dan insuran yang menemui PE untuk menerangkan produk mereka. Terus terang perbincangan dengan pegawai bank dan pegawai insuran yang bertebaran dalam bumi Malaysia, minda teman-teman PE masih terlalu klasik mengagung-agungkan urusniaga wang fiat dan polisi yang kurang menguntungkan mengikut nilai pelaburan, nilai masa wang dan kuasa beli wang.
Kalau simpan ASB atau insuran siapa yang dapat jika kita memejamkan mata lebih awal? Bukan diri kita tetapi keluarga kita. PE dah alami apabila ibu PE sendiri tidak menikmati hasilnya bila meninggal dunia lebih awal dari tarikh matang sijil ASB menggunakan skim dividen dan bonus milik bank secara total.
Persoalan mengapa pulangan RM800++ ditawarkan dalam setahun dan bukan RM8000++ untuk simpanan wang fiat kita. Sedangkan wang deposit kita terpendam selama setahun. Apa yang dapat kita gunakan untuk nilai RM800++ pada jangka masa setahun akan datang. Adakah keadaan ekonomi, inflasi, harga makanan sama nilai pada masa kini dengan nilai masa depan. Fikir-fikirkan. Kesihan PE melihat teman-teman yang terlibat dalam situasi ini.
Biar PE lontarkan pendapat dalam perbahasan ini bertajuk :Wang Fiat vs Emas : Mana lebih menguntungkan? Mari kita bincangkan secara kritis dan kreatif berkenaan pendapatan yang bakal diperolehi dalam setahun berdasarkan iklan di atas.
Iklan di atas menyentuh pulangan wang fiat dalam setahun dan apa akan kita perolehi dan alami.
Penilaian nilai wang Fiat
1. Jika anda mahu mendapatkan wang tunai RM800++ dalam setahun anda perlu menyediakan deposit simpanan yang kekal selama setahun sekurang-kurangnya RM10,000.00. Ini bermakna jika kita mengikuti kaedah ini sepenuhnya sebenarnya membantutkan kitaran wang tunai dalam pasaran. Kuasa beli setiap pengguna akan berkurang dan akan menyusahkan kita sebenarnya, Matlamat kita menyertai skim berkenaan mahu mendapatkan profit lebihan atas pelaburan wang tetap dalam setahun dan bayaran dividen 8% tidak berbaloi sedangkan kalau kita menggunakan kad kredit kita dikenakan kadar 12%.
2. Kepada peminjam wang dengan bank pula, pelbagai skim disediakan, ada skim dividen tak perlu kita ambil, ada dividen dikongsi sama dan ada dividen yang menjadi hak mutlak kita. Walau bagaimanapun segala skim diadakan mengandungi syarat dan terma pelaburan yang berlainan.
3. Berdasarkan pemerhatian PE, nilai RM setiap tahun akan mengalami penyusutan sebanyak 2%, jika RM1.00 x 2% nilai RM akan menyusut sebanyak 0.02 sen. Ini bermakna selepas setahun nilai profit sebenar yang diterima bukan RM800++ tetapi kurang kepada nilai RM784.00 sahaja. Bagaiman jika kita mengambil kira kenaikan harga makanan pada tahun 2011 sebanyak 4.9%.
4. Penyusutan nilai RM0.02 bagi setiap RM1 pada setiap tahun nampak sahaja kecil tetapi impaknya sangat tinggi. PE hanya menyentuh sedikit nilai ini berdasarkan kepada perubahan ekonomi dan kadar inflasi semasa.
5. Perubahan ini seolah-olah kita tidak merasakannya kerana kekurangan ini telah diserap dengan subsidi kerajaan pada barang-barang kawalan sahaja. Bagaimana dengan barangan yang lain?Persoalannya sejauh mana kerajaan bakal mempertahankan subsidi yang diberi pada tahun-tahun akan datang?
6. Bagaimana jika dalam masa sama inflasi meningkat naik sebanyak 2.60%. Berapa profit yang bakal kita terima hasil pelaburan wang fiat. Mengambil kira purata dividen sebanyak 8% apabila kita kira menjadi 5,40% X RM10,000.00 bermakna nilai wang boleh belanja diakhir tahun pengiraan dividen dan bonus hanya RM540.00.
Pulangan 2011: Dividen (7.65%) + Bonus (1.15%)=8.80%
Itupun rakan-rakan melahirkan rasa gembira walaupun pulangan diterima setelah genap setahun
7. Kita kena beringat bahawa wang fiat yang kita laburkan tidak bersandarkan dengan emas sebaliknya kertas yang diberi nilai oleh kerajaan sesebuah negara. Apa akan berlaku dengan nilai matawang kita jika ekonomi merudum, kejatuhan kerajaan sedia ada dan sekatan matawang oleh pihak antarabangsa?. Masalahnya kita masih tetap mempercayai wang fiat walaupun sifatnya hanya kertas kosong diberi nilai.
Berlainan dengan kaedah pelaburan emas
1. Emas merupakan logam kuning yang sangat berharga pada masa kini. Pelbagai bentuk produk memerlukannya samada untuk jongkong, wang syiling, barang kemas, kosmetik dan barang industri selain tahan lebur ia bersifat tahan kakis.
Permintaan emas dari sehari ke sehari meningkat naik. Dengan permintaan yang tinggi dan penawaran yang kurang tidak mustahil harga emas dalam sebulan mencapai kenaikan nilai sebanyak 11%, 4 bulan 15%, setahun 20% hingga 30%, 5 tahun 240% dan 10 tahun melebihi 300%.
Rajah : Graf kenaikan harga emas selama 27 hari dalam bulan Januari 2012.
Perkiraannya jika RM10,000.00 dilaburkan membeli emas fizikal berharga RM173.50/g dari Group PE pada 1 Januari 2012, berapa nilai emas anda pada 28 Januari 2012.
Kos : RM10,000.00
Harga emas : RM173.50
Kuantiti emas : 57.63 gram
Nilai terkini bila harga emas dunia naik 11.07% dan anda bergerak aktif menjadi peniaga emas di bawah PE = RM198/g x 57.63 = RM11,410.00
Keuntungan 27 hari simpan emas = RM11,410.00-RM10,000.00 =RM1418.00
Lebih menarik Group Pendita Emas mambuat tawaran sesiapa berjaya membuat deal sehingga terjualnya stok emas fizikal bagi setiap 100g akan menerima tunai terus RM700.00 selagi mengikut terma dan syarat ditetapkan.
2. Emas menjadi logam kalis inflasi dan membangunkan sesebuah negara yang hampir musnah. Ini bermakna jika harga barangan lain naik, nilai emas tetap naik sama. Ini bermakna dalam perbelanjaan harian nilai emas dimiliki sangat membantu. Sebagai contoh India sebelum membeli emas dalam kuantiti yang banyak dalam pasaran antarabangsa telah mengalami kejatuhan teruk atas eksport barangan mereka pada tahun 1998. Pinjaman dibuat melalui pembelian emas dengan London. Beberapa tahun kemudian emas telah mengubah kedudukan negara mereka di mata dunia.
Terkini ada kajian yang berpendapat inflasi bukan disebabkan oleh kenaikan harga minyak tetapi disebabkan oleh kenaikan harga emas.
3. Emas fizikal berada dalam tangan kita. Jika berlaku apa-apa bencana, emas masih dapat diselamatkan dan memiliki nilai standard diseluruh dunia. Contoh bagaimana pelarian Vietnam menggunakan simpanan emas fizikal untuk membangunkan diri keluarga mereka di luar negara.
Klik sini untuk Input berkaitan kelebihan pelaburan emas.
No comments:
Post a Comment