Thursday, January 12, 2012

HARGA EMAS PECAH MINI PANGGUNG USD1650

Khamis, 12 Januari 2012
6:10pm (Waktu Malaysia)

Posting pada petang ini menjanjikan satu kerangupan harga emas yang terangsang meningkat naik setelah terikat pada harga antara USD1640 hingga USD1648 selama 24 jam mulai 11 Januari 2012 ketika harga emas berada dalam zon Eropah memberi satu nafas baru juga berlaku di Zon Eropah apabila harga emas sasaran Pendita pada USD1650 telah dilepasi pada jam 6.00pm sebentar tadi.

Carta pengukuran harga emas dibuat mulai jam 1.00pm 12 Januari 2012 (Malaysia Time)

Harga harapan USD1650 ditetapkan dengan cara PE berani maut membuat pembidaan harga emas pada paras USD1648 sebelumnya.



Alhamdulillah dapat juga USD22.00 pada harga sasaran yang ditetapkan. Lepas sahaja harga berkenaan tidak perlu menunggu disebabkan USD1650 merupakan harga psikologi pada minggu ini yang perlu dilepasi..

Jika boleh bertahan dalam tempoh 8 jam harga emas antara paras USD1655 hingga USD1658 harga pasti melonjak naik melepasi paras USD1660 pada mulai malam ini selewat-lewatnya jam 12.00am Jumaat 13 Januari 2012 jika carta harga emas masih berada di atas harga emas melebihi USD1650.

Walau bagaimanapun halangan harga emas untuk mendaki ke paras USD1660 juga berliku kerana akan mengalami pola naik turun harga memerlukan beberapa anak tangga harga emas menuju ke paras harga sasaran PE mungkin tiga mungkin lebih.


Menyingkap kembali bagaimana harga emas USD1650 menjadi buruan PE dapat dicapai ialah dengan pengunaan alat Pengukuran Jarak Masa Fibonacci Time Zones berserta dengan satu garisan Fibonacci Retracement pada paras USD1650 sebagai ketetapan satu harga halangan yang mesti dilepasi pada hari ini sebagai satu impak dalam menentukan hala tuju harga emas sehingga jam 7.00pm (waktu Malaysia)


Lepas sahaja harga halangan ini maka PE berkeyakinan harga emas akan menuju ke satu garisan harga menarik sebelum ia menjunam semula apabila masuk dalam zon US Market.

Persoalannya sejauh mana harga emas dapat diangkat oleh pandangan dan psikologi pelabur pada malam ini?



Kita nantikan pergerakan harga emas bermula pada jam 6:28pm hingga jam 9:00pm waktu Malaysia.

Kesimpulan pertama: Harga emas berpotensi melepasi USD1660 malam ini berdasarkan harga emas yang PE tetapkan pada jam 7:00pm waktu Malaysia menunjukkan harga emas masih bertahan dan meningkat naik melepasi USD1655.


Punca kenaikan harga emas pada 12 Januari 2012 dijangka berterusan berdasarkan rumus ekonomi yang berlaku masa ini iaitu :

1. LONDON (MarketWatch) — European stock markets edged higher Thursday, as investors awaited debt auctions in Spain and Italy as well as a monetary-policy decision from the European Central Bank, which is expected to keep interest rates in hold. Baca selanjutnya

2. Lelongan bon mengurangkan hutang oleh negara-negara Eropah meraih sasaran:




3. Kejayaan lelongan bon Itali dan Sepanyol berjaya mengubah pasaran US selepas ini



Selepas jam 8.00pm (Malaysia Time)


10 minit selepas jam 8.00pm




No comments: