Wednesday, January 11, 2012

Sasaran paras usd1640 minggu 2-6 Jan 2012 direalisasikan pada minggu 9-13 Jan 2012

PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG LEBIH MENGUNTUNGKAN

12 Jan 2012, Khamis : 9:15 pagi

Posting pada hari ini hanya mahu mengimbau sasaran harga pada minggu ini. PE telah meletakkan harga junaman pada harga paling jauh ke dalam di paras usd1610 dengan harapan harga emas akan menjulang naik melebihi paras Usd1640.

Alhamdulillah harga harapan yang tidak dapat dihampiri pada minggu lalu menjadi kenyataan. Graf harga emas berikut kini menjadi perang psikologi buat peramal harga-harga saham semasa masa kini. Jika akhir minggu lepas kebanyakan peramal menyatakn harga akn bertahan pada paras usd1620an tetapi apa yang terjadi sebaliknya. Mulai 10 Januari 2012 pantulan harga emas dimulai dengan kesan kenaikan indeks komoditi global, pulangan industri keluli serta laporan perdagangan China bulan Disember 2011 dapat dipertahan harga emas pada paras USD1630an seterusnya mengatasi harga USD1640 pada 11 Januari 2012


No comments: