Wednesday, January 25, 2012

Tahniah Buat Group Pendita Emas Johor Bisness Anda Sukses

10 LANGKAH KEHADAPAN BERSAMA PENDITA EMAS
7:05 pm
Rabu, 25 Januari 2012

10 LANGKAH KEHADAPAN BERSAMA PENDITA EMAS
7:05 pm
Rabu, 25 Januari 2012

Alhamdulillah pada hari ini disebuah kedai minuman di depan Ladang Mados Johor Bahru pertemuan bersama group PE berjalan secara lancar dalam membincangkan perjalanan perniagaan emas group PE disekitar Johor. Data jualan kami pada hari ini melepasi target 1500 gram. Terima kasih kepada runner yang setia dengan Group PE. Dapat juga kami membantu runner mendapat income RM7 X 1500 gram = RM10500.00.

Pelbagai situasi dilalui rakan bisness Group PE pada hari ini. Apa-apapun tahniah pada mereka kerana dapat menjalankan peranan masing-masing melaksanakan misi membuat jualan emas fizikal. Ada pelanggan yang menangguhkan pembelian, menukar purity emas dipersetujui, berada di luar kawasan bila dihubungi namun apa yang penting walaupun segram bertukar tangan ia tetap satu kejayaan buat Group PE.

Kesuraman pelaburan emas pada hari ini diperlihatkan dengan lengangnya Agrobank. Pegawai bank semua santai untuk melayan kerenah diri masing-masing.

Berbalik dengan perbincangan Group PE, kami bersetuju bahawa selepas posting ini dihebahkan, Group PE akan :

  • Membuat jualan emas fizikal mengikut harga emas kumpulan FGJAM setiap masa. harga ini kami gunakan untuk mengelakkan prejudis pelbagai pihak penjual atau pembeli sebelum ini. Pelanggan berhak membanding-bandingkan harga emas semasa. Manakala hak penjual seperti Group PE harus mempertimbangkan kos pengeluaran, kos upah, kos pengangkutan, kos penangguhan terima barang, kos bayaran awal tempahan dan penyusutan emas akibat peleburan sebanyak 0.3% hingga 0.5% bagi setiap jongkong dilebur.
  • Menetapkan kos pendaftaran wakil pengedar Group PE pada RM300.00 ( pulangan diberikan dalam bentuk Kad ID, buku resit (edaran terkawal) dan emas fizikal 1 gram). Urusan pendaftaran wakil penjual sehingga 29 Februari 2012 dan terhad untuk 100 orang terawal.
  • Wakil penjual bebas dari penyediaan modal (RM0.00), emas fizikal akan disediakan oleh Group PE.
  • Group PE tidak boleh dipertanggungjawab jika wakil pengedar selepas ini melibatkan diri dengan pelbagai skim pelaburan/ MLM mengaitkan Group PE. (motto kami mudah sahaja nak lebat profit, juallah seberapa banyak emas fizikal dikehendaki. Usaha anda dibayar dengan nilai yang tinggi dari group PE bagi setiap gram terjual.
  • Bersetuju antara rangkaian saling lengkap melengkapi dalam mengharungi pasaran emas fizikal.
  • Agihan komisen jualan diberi secara realtime maksima RM700.00 bagi setiap 100 gram jika terjual secara tunai sahaja. Jika melibatkan plan 30-70 kami hanya menyediakan komisen 3% sahaja(berdasarkan kes ini, beberapa liabiliti telah kami alami seperti pembatalan pembelian disaat akhir kerana wang 30% tidak cukup, pengurangan pembelian stok dipersetujui, penangguhan proses arrahnu, kegagalan proses arrahnu kerana teknikal sistem, gangguan masa luar jangka. Ganjaran % komisen akan dinaikkan selepas 6 bulan berdasarkan prestasi jualan yang ditetapkan oleh Group Pendita Emas.
  • Edaran flyer bermula pada minggu hadapan ( 30 Januari 2012) sebanyak 8,000 helai di seluruh Johor. Jika anda bertanya mengapa ada produk PE sendiri dan stok emas company lain, Jawapan PE mudah sahaja Perniagaan kita berbentuk santai, semua produk ini untuk memenuhi permintaan pelanggan. Jika pelanggan tidak membeli pada hari ini emas tetap naik dan pembeli akan membeli juga suatu hari nanti itupun membeli pada harga tinggi selepas menolak harga rendah yang ditawarkan pada masa kini.





No comments: