Thursday, January 26, 2012

Mai Dok Santai Sambil Baca Graf Emas Dalam Zon Perdagangan US

8:53 malam
Khamis, 26 Januari 2012

Posting malam ini menyentuh berkenaan perjalanan harga emas apabila masuk ke dalam zon perdagangan US. Adakah ia akan mengikut patern yang berlaku masa kini atau melonjak naik?
Berdasarkan sentimen terbaru dan terkini, pasaran New York Comex akan menjadi pemimpin kenaikan harga emas yang baru

Harapan PE patern harga emas terkini akan mengikut keluk harga yang berlaku pada awal pagi tadi. Gambaran keluk harga disasarkan sebagai berikut:


Kembali kepada keluk harga dalam zon Eropah, sebentar tadi dapatlah PE membuat rumusan berkenaan pertanyaan PE dalam posting bertajuk ' Bagaimanakah harga emas dalam pasaran Zon Eropah pada petang ini?'

Harga emas masih bertahan pada paras yang tinggi antara USD1703 hingga USD1719.98 dengan mengekalkan letusan harga emas di awal pagi 26 Januari 2012.


Nilai Euro berbanding USD masih mengekalkan posisinya sejak awal pagi hingga sekarang. Secara relatifnya USD berada pada paras yang lebih rendah.



Merujuk kepada pivot point bagi harga halangan tertinggi meletakkan harga USD1725 patut diatasi. Jika berlaku harga paras terbaru USD1795 dan USD1800 bakal menjelma.


Ini bermakna harga emas dalam lingkungan RM198/gram bakal melonjak lagi pada harga melebihi RM200/gram menjelang pembukaan bulan Februari 2012 selewat-lewatnya dalam minggu kedua.



No comments: