Jumaat 27 Januari 2012
Posting pada hari ini menyentuh berkenaan harga emas selepas jam 9.00 malam (waktu Malaysia) bersamaan jam 8.00 pagi bagi NY Comex dimana pertukaran masa sejak Disember 2011 telah menghuru-harakan ramai pelabur termasuk PE.
Untuk membiasakan kembali masa trading terpaksa mengadap laptop setiap masa selama seminggu. Alhamdulillah kini kebiasaan membaca graf telah kembali normal.
Menyentuh harga emas pada hari ini sebagai hari terakhir bagi minggu ini ada sedikit kejutan selepas jam 11.00 malam ini (waktu Malaysia).
Jangkaan ini berdasarkan harga emas yang bergerak secara konsistan mendatar naik turun dalam julat yang kecil. Jika tidak silap PE, ramai pelabur hanya melihat sahaja pergerakan harga emas terutama bila pasaran Asia tidak memberikan gambaran pasaran yang aktif.
Sentimen berkenaan diikuti oleh pasaran Eropah disebelah pagi dan mula menuju paras harga yang sama sahaja pada hari Khamis. Walau bagaimanapun sentimen ini bergantung kepada pelabur di US.
Meminjam data forex, pivot point bagi harga halangan tertinggi masih mengunjurkan harga tertinggi Khamis USD1730 menggunakan harga USD1724 masa kini.
Untuk menyaksikan perubahan harga kita lihat graf pada jam 8.00 malam. Tentu menarik harga malam ini disebabkan pertentangan pelabur antara mengekalkan kenaikan harga emas dan jatuhnya harga emas untuk pengambilan profit taking.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm
Dalam hal ini, perkara dasar pelonggaran sistem kewangan yang diumumkan oleh FED yang mengekalkan kadar faedah hampir sifar selama 3 tahun lagi perlu juga diambil perhatian. Jika pelonggaran ini bagi merancakkan lagi ekonomi domestik dan global bermakna saham-saham industri akan menjadi persaingan semula. Walau bagaimanapun saham komoditi akan lebih menarik terutama emas, perak dan minyak akan terus naik.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
Lihat sahaja unjuran harga ramalan minyak terkini dijangka akan meningkat pada paras RM130/tong.
Justeru itu dari diri kita dihimpit kesan inflasi, simpanlah emas bermula sekarang kerana banyak faedah yang boleh kita perolehi darinya.
No comments:
Post a Comment