Wednesday, January 25, 2012

Bagaimanakah harga emas dalam pasaran Zon Eropah pada petang ini?

11:13am
Khamis, 26 Januari 2012

Posting kali ini PE mahu berceloteh tentang harga emas dalam dagangan Pasaran Zon Eropah yang akan ditemui dalam tempoh 3 jam lagi. Adakah harga meningkat naik atau berlakunya pengambilan untung secara redikal seterusnya harga emas kembali merudum selepas terbina pada aras tertinggi pada USD1713 pada hari ini? Kita nantikannya.

Sebelum itu, kita dapati harga emas terus melonjak naik setinggi USd1713.95 di Zon Asia. Memontum ini masih dikekalkan sehingga pasaran masuk pertengahan hari.



Sentimen ini sangat penting diambil perhatian bagi membolehkan kita menentu hala tuju pergerakan harga emas dunia samada benar-benar terus mendapat sinergi yang baru.

Apa-apapun keputusan FED pada malam tadi menjahanamkan nilai US dolar tetapi melonjakkan nilai Euro dan harga emas dengan masing-masing berada pada paras $1.31 dan USd1710. Sehingga masa posting ini ditulis harga emas, nilai Euro menunjukkan tanda positif.


Sejarah harga emas dunia hingga 26 Januari 2012


Sejarah harga emas di Malaysia


No comments: